bab 1

5.4K 111 0
                                    

Aku masih ingat pada ketika itu, keluargaku berpindah ke sebuah bandar di Kuala Lumpur. Ayah telah pun menerima arahan dari supervisornya untuk bertugas di sebuah bandar yang jauh dari kampung halaman kami.

Aku ketika itu baru kelas 3 dan jauh di sudut hati, aku sedih untuk meninggalkan sekolah di kampung halaman, kerana itu bermakna aku harus berpisah dengan sepupuku, Rina yang juga merangkap classmate sejak kelas pra lagi.

Aku sedikit takut untuk menghadapi persekitaran yang baru. Aku takut tidak akan diterima oleh kawan- kawan sekelasku yang baru nanti.

Pada hari pertama aku masuk sekolah baru iaitu Sekolah Rendah Sungai Hening, aku dibawa ke pejabat cikgu- cikgu yang terletak di blok B tingkat 1. Lalu aku diperkenalkan kepada cikgu darjahku iaitu Cikgu Sabariah. Dia bertubuh tegap dan tinggi bagi seorang perempuan. Raut mukanya kelihatan garang. Aku cuma berharap aku tidak akan dimarahi pada hari pertama.

Aku kemudian dibawa ke kelasku iaitu kelas 3B. Cuma ada 2 kelas untuk kelas 3, iaitu 3A dan 3B, dan kedua- duanya bersebelahan. Sambil aku menoleh kiri dan kanan melihat sekeliling kelas- kelas yang ada di sana, mataku tertancap pada seorang murid perempuan yang berdiri di luar kelas sambil kepalanya menunduk melihat lantai kayu itu.

Hatiku berdegup kencang memikirkan mengapa dia berada di luar kelas sedangkan murid- murid yang lain duduk di dalam kelas tersebut. Aku mendongak ke atas pintu kelas itu untuk melihat dalam kelas apakah murid itu berada.

Kelas 3B! Aku menelan air liur dengan payah.

"Hahhh, murid tu didenda berdiri di luar kelas kerana dia tidak menyiapkan kerja rumahnya", seolah mengerti persoalan yang mengacau mindaku, Cikgu Sabariah memberi pencerahan dan aku hanya mengangguk faham.

Setibanya kami di kelas 3B, cikgu yang mengajar pada ketika itu menyambut kami lalu memperkenalkan aku kepada seluruh kelas. Aku hanya memandang sekilas seluruh wajah- wajah kawan sekelasku yang baru. Dan tiba- tiba aku perasan ada sepasang mata yang melihatku dengan pandangan yang tajam. Aku mencari tuan empunya sepasang mata itu, dan pandanganku kaku seketika melihat tuan empunya mata itu.

Budak lelaki yang berwajah putih mulus, bentuk wajah yang bujur panjang, rambut yang sedikit panjang yang disikat tepi dan menutupi separuh dahinya, dan sepasang mata yang bersinar dan renungan yang dalam. Dia melemparkan sebuah senyuman kecil, lalu aku mengalihkan pandanganku ke arah lain tanpa membalasnya.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now