bab 4

3.1K 75 1
                                    

Di SR Bukit Zaitun, aku sering diganggu oleh murid lelaki sekelas aku. Freddie ialah salah seorangnya. Aku masih ingat sewaktu peperiksaan akhir tahun telah selesai, murid- murid diberikan aktiviti bebas untuk bermain, dan tidak kurang juga tidak menghadirkan diri ke sekolah. Cikgu pula jarang masuk kelas. Aku sebenarnya lebih selesa jika cikgu menjaga kelas kerana aku tidak suka akan suasana bising.

Pada ketika itu, aku sedang bermain scrabble dengan Rosdiana di dalam kelas, manakala Freddie juga berada di dalam kelas itu bersama kawannya. Pada mulanya dia hanya berseloroh mempersendakan nama ayah. Ye lah, memang kesukaan kanak- kanak untuk mempersendakan nama ayah dan nenek. Aku pun tidak tahu di manakah kelakarnya benda itu. Bagiku perkara mempersendakan itu adalah suatu sikap yang kurang ajar.

"Oiii Yahya!!!", ejekan yang membuat aku sakit hati apabila nama ayah dipersenda.

Freddie pada ketika itu berdiri tidak jauh dari aku dan mentertawakan aku. Dia nampaknya terhibur melihat aku yang meradang, apabila nama ayah dipersenda. Namun di depan lelaki, aku bukan malaikat. Aku ejek kembali nama ayahnya.

"Lembing!!! Booo!" Puas hati aku mempersendakan nama ayah Freddie! Tetapi nampaknya Freddie tidak putus asa, dia teruskan mengejek benda yang sama. Sampai pada satu tahap, aku begitu marah dan meninggikan suaraku.

"Kau ni tak ada kerja lain ke selain mengacau orang???"

"Hahahahaha Yahya!!!!" Balas Freddie sambil menjelirkan lidahnya.

Aku hanya menjeling tajam dan mendiamkan diri berharap supaya dia tidak menggangguku lagi. Tekaanku salah! Dia malah menghampiriku lalu mencuit daguku dan berkata dalam bahasa Dayak, "anang nganu Alissa sayauuuu (jangan marah Alissa sayanggg)".

Tatkala jarinya menyentuh kulitku, aku dalam separuh sedar telahpun mengenggam huruf- huruf scrabble yang terletak di depanku, lalu bangun dari tempat dudukku dan memusingkan badanku sedikit menghadapnya. Dengan sekuat tenaga, aku campakkan huruf- huruf tadi tepat ke mukanya.

Dia yang terkejut dengan tindakanku itu hanya tersengih malu, lalu berlalu keluar dari kelas itu. Dan aku dengan selamba, duduk kembali dan meneruskan permainan scrabble yang tergendala tadi. Aku tidak merasa bersalah, dan aku tidak merasakan perbuatanku tadi bodoh. Memang Freddie layak menerimanya.

Namun budak lelaki akan tetap berkelakuan seperti budak- budak. Aku sangkakan dia tidak lagi mengganggu aku. Rupanya semakin teruk tindakannya kali ini.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now