bab 11

2.1K 71 13
                                    

Keputusan peperiksaan sudahpun keluar. Dan aku berjaya memperoleh straight A's! Itu juga melayakkan diriku ke Maktab Bestari iaitu maktab yang khas untuk murid- murid yang berjaya mendapat straight A's. Oleh kerana maktab tersebut terletak di bandar, maka aku sekali lagi harus meninggalkan kampung halaman. Dan sekali lagi kesemua kami kelas 6 telah lulus peperiksaan. Orang yang paling gembira adalah Cikgu Hidayah. Tidak sia- sia pengorbanannya selama ini.

Aku kali ini merasa gembira kerana dapat pergi dari kenangan pahit, dan memulakan hidup baru. Tiada lagi Azim dan Cikgu Tahir.

Oh ya, selepas beberapa minggu keputusan peperiksaan keluar, Yati ada menelefonku.

"Hello Alissa? Aku minta maaf..." Suara Yati teresak- esak menangis. Aku tidak sempat menanyakan apa- apa kerana dia sudah pun meletakkan ganggang telefon.

Kini kehidupanku di Maktab Bestari begitu aman. Tiada lagi gangguan dari segi buli dan sexual harassment. Akan tetapi aku hanya mempunyai kawan perempuan kerana aku rasa selesa dan selamat. Aku belajar dari pengalaman masa lalu, dan aku berhati- hati untuk bergaul dengan sesiapapun termasuk cikgu lelaki.

Hanya satu doaku, iaitu supaya mereka yang menganiaya dan membiarkan aku teraniaya merasa menyesal dan bersalah sepanjang hidup mereka. Kerana perbuatan yang mereka lakukan telah meninggalkan parut yang tidak akan pernah pudar di ingatanku.

Setiap kali aku terkenang peristiwa- peristiwa tersebut, aku sentiasa tertanya- tanya sama ada aku membenci mereka. Dan setiap kali itu juga aku akan memaafkan mereka meskipun pahit kurasa.

- tamat -

----------------------

Thank you for reading. Kindly vote if you think this story deserves it.

Kalau sudi, luangkan masa untuk membaca novel saya yang lain:

Hingga Nafas Terkahir
Si Hodoh & Si Kacak
Aku Haram Untukmu
Cinta Dua Zaman

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now