bab 10

2K 52 22
                                    

Peperiksaan besar semakin dekat. Aku menyiapkan diri ke arah itu. Aku tidak menaruh sebarang impian, namun cikgu- cikgu menaruh harapan yang tinggi kepadaku. Mereka semua berharap aku akan memperolehi straight A's. Apabila musim ulangkaji dijalankan, kami dibawa ke tempat yang berlainan agar suasana belajar dapat menaikkan semangat dan memberi motivasi diri. Di sekitar sekolah terdapat taman- taman dan pondok- pondok yang diperbuat daripada buluh dan daun pelepah. Ada beberapa kumpulan murid yang di bawa cikgu untuk belajar di pondok tersebut.

Pada suatu hari, kami pada hari itu tidak ada kelas dan kami cuma berjalan- jalan di sekitar pondok itu. Aku bersama Rosdiana melawat setiap pondok seperti biasanya, apabila aku terdengar namaku dipanggil.

"Alissa!" Ada tangan yang melambaiku dari jauh. Kulihat ada sekumpulan cikgu yang duduk bersila di dalam pondok tidak jauh dari kami berdiri. Semakin aku menghampiri, aku melihat dengan jelas suara yang memanggilku.

Cikgu Tahir!

Aku serba salah. Aku tidak ingin perkara terdahulu kembali berulang.

"Tak nak lah cikgu!" Aku menolak permintaannya sambil melorekkan senyuman.

"Heyyy, sinilah kejap. Cikgu nak cakap sesuatu dengan kau." Tangannya melambai memanggil aku. Aku terpaksa akur dan mengambil risiko. Aku tidak rasa dia berani melakukan perbuatan keji itu di hadapan cikgu- cikgu yang lain.

Aku mendaki perlahan tangga kecil itu, dan mereka semua duduk di atas lantai buluh. Kesemuanya cikgu lelaki. Salah seorangnya adalah cikgu bahasa Melayuku, Cikgu Isa.

Sebaik saja aku menghampiri Cikgu Tahir, beliau dengan pantas menarik tanganku sehingga aku terduduk di sampingnya. Dia kemudian menarik aku ke ribanya. Tekaanku salah. Dia sudah mulai memeluk aku di depan cikgu- cikgu lain. Aku sudah pun menggeliatkan tubuhku, berusaha untuk melepaskan diri. Namun usahaku gagal. Kali ini dia betul- betul memelukku dengan erat.

Tidak lama itu, tangannya merayap naik ke dadaku. Dan tangannya mulai meramas kasar dadaku. Aku tidak tahu kenapa dia meramas buah dadaku yang belum tumbuh itu. Waktu itu buah dadaku baru sahaja hendak tumbuh jadi dalam erti kata lain, dadaku tiada apa- apa yang menarik. Dan apabila tangan kasarnya meramas dadaku, aku cuma merasa kesakitan.

Cikgu- cikgu yang lain?? Mereka hanya memandang seketika dan menundukkan kepala. Dan mereka menyambung perbualan seolah- olah apa yang mereka saksikan adalah sesuatu yang tidak salah. Aku masih berusaha untuk melepaskan diri, walaupun tangannya terlalu kuat mengunci pergerakanku. Aku merasa sungguh malu diperlakukan sebegitu. Aku tidak ingat berapa lama dadaku diramas kasar. Tidak sedetik pun aku mengalah dari melepaskan diriku, meskipun aku tahu kekuatanku tidak dapat melampaui kekuatan seorang lelaki. Setelah dia merasa puas mencabul kehormatanku, akhirnya dia melonggarkan sedikit genggaman tangannya dan aku berjaya melepaskan diri, dan berlalu pergi.

Meskipun peristiwa itu telah berlaku lebih dari 15 tahun, namun kesan yang dirasakan masih ada. Sampai hari ini, aku begitu kesal dengan cikgu- cikgu lain yang menyaksikan perbuatan keji Cikgu Tahir. Kenapa mereka membiarkan perbuatan itu berlaku di depan mata mereka?? Di manakah tanggungjawap mereka sebagai guru untuk melindungi murid- murid di sekolah? Kalaupun mereka rasa itu bukan tanggungjawap seorang cikgu, kenapa mereka tidak boleh bertindak sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan? Tidakkah terlintas dalam fikiran mereka jika perkara itu terjadi kepada anak perempuan mereka?

Di sebabkan peristiwa yang ku alami pada usiaku 12 tahun, aku diselubungi rasa takut kepada lelaki. Aku takut tersentuh kulit dengan lelaki. Aku takut jika perkara yang sama akan berulang kembali.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now