bab 5

2.8K 70 1
                                    

Menempuh alam kelas 5 memang banyak menyimpan memori suka duka. Cikgu kelasku sudah pun bertukar. Cikgu Hidayah ialah seorang insan yang baik hati dan seorang yang sanggup mengorbankan masa peribadinya hanya untuk mendidik kami sekelas.

Dia mengadakan kelas tambahan pada waktu malam untuk kami semua tanpa meminta bayaran sedikitpun. Lebih dari separuh daripada kami terdiri dari golongan susah. Susah sehinggakan ada beberapa murid yang terpaksa berjalan kaki setiap hari ke sekolah. Ada juga yang menumpang kereta. Itupun kalau bernasib baik. Dan tidak kurang, ada yang tidak ada duit poket.

Aku masih ingat seorang murid ini, namanya Hanafi. Semasa kelas berjalan, Cikgu Hidayah yang mengajar ketika itu. Cikgu Hidayah perasan Hanafi kelihatan lemah dan tidak bermaya.

"Hanafi, awak okay ke tak ni? Kenapa nampak lemah sangat??" Tanya cikgu Hidayah.

"Saya okay cikgu." Hanafi hanya menjawap dengan nada yang lemah dan suara yang halus.

"Awak dah makan ke tadi?" Soal Cikgu Hidayah risau.

"Belum cikgu" Hanafi hanya menundukkan mukanya.

"Kenapa tak makan? Pergi beli makanan kat kantin bawah tu sekarang." Kalau diikutkan, memang murid- murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa alasan tertentu apatah lagi ke kantin. Namun cikgu Hidayah memberi kebenaran kepada Hanafi.

"Saya tak ada duit cikgu." kini wajahnya berubah, dan dia tertunduk malu.

Terdetik rasa hiba dengan keadaan Hanafi, lalu cikgu Hidayah menghulurkan duit kepada Hanafi, dan menyuruhnya pergi ke kantin.

Satu lagi kebaikan Cikgu Hidayah. Dia mengambil Nadhirah sebagai anak angkatnya. Nadirah ialah seorang anak yatim yang begitu susah. Ibunya yang hanya mengusahakan sawah padi mempunyai pendapatan rendah dan tidak tetap. Dan beliau berusaha keras menanggung perbelanjaan 6 orang anaknya yang masih bersekolah. Mengetahui tentang kesusahan keluarga Nadirah, Cikgu Hidayah mengambil Nadirah sebagai anak angkat. Tetapi bukanlah maksudnya Nadirah tinggal bersama cikgu Hidayah, dia cuma dibelikan peralatan sekolah dan diberi duit poket setiap bulan.

Di satu sisi yang menakutkan, Cikgu Hidayah juga seorang yang amat garang. Ada satu kejadian di mana beberapa kawan sekelas aku mungkin dalam 15 orang, tidak menyiapkan kerja rumah yang ditugaskan. Aku setentunya tidak termasuk dalam angka itu, kerana aku adalah murid yang sering mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan. Kalau bukan aku, Nadirahlah yang mendapat tempat pertama. Berbalik kepada cerita tadi, Cikgu Hidayah nampaknya terkilan dengan sikap acuh tak acuh murid- murid yang tidak menyiapkan kerja runah mereka. Beliau mengarahkan murid- murid tadi untuk berdiri di tempat masing- masing. Aku melihat riak muka cikgu Hidayah yang berbaur sedih dan marah. Mungkin tidak dapat mengawal perasaannya, beliau mengambil sebuah buku bersaiz A4 dan menggulungnya erat. Dia berjalan dari mejanya ke hujung kiri lalu menghampiri murid pertama yang berdiri tadi, kemudian dengan sekuat tenaganya memukul lengan murid tersebut.

"Papppp!!!!!"

Seluruh kelas terkejut dengan tindakan Cikgu Hidayah. Ini kali pertama dia bertindak marah secara fizikal.

"Kamu ni memang malas! Kamu tahu kamu dari keluarga yang susah, kenapa kamu tidak mahu mengubah nasib kamu? Kamu malas siapa yang rugi? Cikgu rugi ke? Cikgu setiap bulan dibayar gaji. Cikgu tak kan rugi. Yang rugi adalah kamu! Masa depan kamu! Ibu bapa kamu susah payah menghantar kamu ke sekolah supaya kamu berjaya dan dapat menolong mereka suatu hari nanti. Apa kamu buat? Kamu mengabaikan pelajaran! Kamu tidak kasihankah dengan ibu bapa kamu? Kamu tahu tak ibu bapa kamu sering bertanya pada cikgu bagaimana dengan prestasi kamu? Cikgu hanya menjawap kamu baik- baik sahaja!"

Suaranya keras dan aku melihat air mata cikgu sudahpun mengalir jatuh. Namun dia kuatkan hatinya dan berjalan menghampiri murid yang seterusnya, lalu memukul kuat lengan murid itu. Aku yang melihat keadaan itu sudahpun mengalirkan air mata. Aku tidak pernah melihat beliau marah sebegitu. Hatiku berdebar kencang kerana gerun melihat beliau memukul satu persatu murid- murid yang berdiri, meskipun aku bukan salah seorang dari mereka.

Aku hanya tertunduk menahan tangisku. Bahuku terhinjut- hinjut dan suara sebakku semakin kuat kedengaran oleh cikgu, apabila dia semakin menghampiri barisan dudukku. Tiba- tiba, beliau berhenti memukul lengan murid di barisan sebelah kiriku, tatkala dia menoleh dan mencari suara tangisan. Mungkin dia merasakan aku takut dengan keadaan itu, lalu dia berhenti dan pulang semula ke mejanya. Hanya tinggal dua barisan lagi yang belum dihukum. Cikgu Hidayah duduk seketika lalu mengambil beg tangan dan barang- barangnya, sebelum keluar dari kelas meninggalkan kami tanpa sebarang perkataan.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now