bab 3

3.9K 83 0
                                    

Lalu tanpa sebarang patah perkataan keluar dari mulutku, aku menaikkan tangan kananku dan menghayunkannya ke pipi kanan Ardi.

Pappp!!!

Semua murid- murid dalam kelas tergamam. Aku juga tergamam. Aku tidak menyangka yang aku telah melakukan perbuatan yang bodoh sekali.

Ardi yang setentunya tergamam, terkejut dan malu dengan tindakan yang tidak terduga. Dia hanya mengusap pipinya yang kemerahan, dan dia masih lagi memandang aku namun kali ini pandangannya redup dan matanya mempamerkan perasaan yang terluka.

Aku dengan pantas memalingkan badanku, lalu melangkah menuju ke tempat dudukkku tadi. Ruziana yang juga tergamam dengan pendedahan kelakuan negatifku itu langsung tidak menanyakan soalan atau kenyataan tentang kejadian sebentar tadi.

Aku masih tidak percaya akan perkara tersebut. Dari manakah datangnya keberanian itu? Lebih- lebih lagi kesalahan yang dibuat Ardi tidak setimpal dengan hukuman yang telah aku berikan. Atau salahkah Ardi dalam hal ini?

Itulah kali pertama aku melahirkan sebuah tamparan.

-------------------------

Setahun kemudian, ayah ditugaskan kembali di kampung halamanku. Memang gembira tidak terkata, namun kali ini aku disekolahkan di sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Rendah Bukit Zaitun. Aku tidak ingat atas sebab apa aku tidak boleh kembali ke sekolah yang terdahulu di mana Rina berada.

Sekolah yang baru kali ini terletak di kawasan yang sedikit terpencil. Murid- muridnya terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Dusun dan Dayak.

Seperti biasa, aku dikenalkan kepada kelas 4 dan cikgu kelas iaitu Cikgu Zakaria. Tiada beza sekolah di bandar mahupun di kampung. Tingkat atas diperbuat daripada kayu dan tingkat bawah pula diperbuat daripada konkrit.

Cuma mungkin dari segi cara pembelajaran sedikit berbeza. Sebaik saja aku dan adik lelakiku, Jonas dikenalkan kepada murid- murid kelas 4, kami diberi tempat duduk dan kelas berjalan seperti biasa. Latihan pada hari itu adalah Matematik. Setiap murid diberi sekeping kertas dan diberi masa untuk menjawapnya. Seperti yang aku katakan tadi, berbeza kerana dalam masa yang begitu pantas aku adalah murid pertama yang menjawap kertas soalan itu dan selang beberapa minit, Jonas pula menyiapkan kertas soalannya. Sementara kesemua murid yang lain masih tekun menjawap kertas soalan itu, dan aku ingat aku menunggu begitu lama untuk murid ketiga menyiapkan kertas soalan.

Oh ya, aku dan Jonas berada dalam kelas yang sama. Bukan kerana aku gagal peperiksaan lalu ditahan dari kenaikan kelas, tetapi kerana umur kami hanya jarak setahun. Dan semasa bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Hening, Jonas juga berada di kelas 3 namun dia ditempatkan di kelas 3A, manakala aku pula dalam kelas 3B. Memandangkan kelas di sekolah baru ni hanya ada 1 kelas, jadi kami dua adik- beradik pun terpaksalah duduk satu kelas.

Setelah beberapa lama di sana, aku baru mengetahui bahawa ada 5 adik- beradik lagi yang duduk sama kelas dengan aku. 2 orang adik- beradik itu ialah kakak, Yati dan adik, Azmi. Manakala 3 orang beradik yang lain adalah semua lelaki iaitu Javier, Freddie dan Dino.

Dan di sekolah yang baru ini aku sekali lagi mempunyai seorang kawan rapat, Rosdiana. Aku bersyukur ada juga yang mahu berkawan dengan aku, kerana aku merasa tersisih daripada murid perempuan yang sekelas dengan aku. Mereka memandangku seolah- olah mereka jijik melihatku. Walaupun banyak kali aku cuba untuk menjadi ramah, namun yang aku dapat hanya jelingan tajam. Namun, tidak semua murid perempuan yang berkelakuan begitu. Hanya segelintir yang mahu memberikan senyuman padaku.

Separuh dari murid kelas 4 adalah berbangsa Dayak. Itu termasuk Yati, orang yang aku rasa paling benci padaku. Aku tidak tahu apa salahku padanya.  Masih segar dalam fikiranku tentang sebuah kejadian ini.

Seperti biasa, waktu pagi murid- murid akan membuat barisan di hadapan cikgu- cikgu dan lagu kebangsaan akan dinyanyikan sambil bendera dinaikkan oleh dua orang murid. Seterusnya doa akan dibacakan oleh seorang murid yang diganti setiap hari, dan selepas itu cikgu atau guru besar akan memberi sepatah dua kata. Jikalau tidak ada, maka murid- murid akan diberi tugasan untuk membersihkan kawasan sekolah. Antara tugasan- tugasan yang lazim diberikan ialah mencuci tandas, membersihkan longkang, memutik sampah di kawasan sekolah dan membersihkan kelas masing- masing.

Pada hari itu, aku, Yati dan beberapa lagi murid diberikan tugas untuk membersihkan kawasan kantin sekolah. Yati yang memang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan rajin, menggalas tugas untuk menyapu daun- daun di tanah manakala aku memutik sampah- sampah di sekitar kawasan kantin. Sedang aku duduk dalam keadaan mencangkung memutik daun- daun di hadapanku, tiba- tiba Yati datang dari arah yang aku tak sedar, lalu menyapu daun- daun di hadapanku, menyebabkan daun- daun dan sampah- sarap terkena sedikit pada mukaku. Kalau aku yang sekarang, mungkin Yati pada masa itu sudah kenyang makan daun, namun aku pada waktu itu bagi aku adalah seorang yang sangat baik, tidak pandai menyimpan dendam. Apa tidak baiknya, dia dengan sengaja menyapu daun dan sampah- sarap itu ke mukaku, dan aku masih setia duduk di situ sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Yati.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now