bab 6

2.3K 61 0
                                    

Bermacam- macam ragam murid yang ada di kelas 5. Ada seorang murid yang muka baru, namun bukan baru sebenarnya. Dia telah gagal kelas 5, maka dia ditahan dari menaiki kelas 6. Namanya Azim, seorang budak yang begitu digeruni di sekolah itu. Umurnya dua tahun lebih tua dari kami semua. Dia seperti seorang gangster sekolah itu, oleh kerana dia seorang kaki pukul.

Aku memang benci dengan perangainya itu. Perasan kuat. Duit pun minta dari ayahnya. Ada hati nak berlagak samseng! Yang membuatkan aku benci dan sakit hati padanya, adalah kerana dia sering mengacau dan membuli aku. Setiap hari! Hidupku sungguh tidak aman. Perbuatannya memang melampau sampai pernah suatu kali ketika aku sedang minum air dari botol tupperware, tiba- tiba dia menolak botolku ke atas hingga menyebabkan aku tersedak dan tidak sedikit air masuk ke dalam hidungku. Tanpa berfikir panjang, aku menyimbah semua air yang dalam botolku itu ke wajahnya. Padan mukanya! Tetapi hanya sedikit yang terkena muka dan bajunya. Selebihnya terkena pada Yati. Opppsss! Aku memang tidak sengaja menujukannya pada Yati juga. Walaupun keadaan itu nampak seperti membunuh dua ekor burung dengan sebuah batu.

Azim masih mampu ketawa selepas terkena simbahan air itu. Mungkin dia memang suka main dengan air. Aku memang takut juga kalau dia mengamuk, kerana sudah 2- 3 kali dia melepaskan amarah pada aku. Mengamuk ala- ala gangster. Tak kiralah perempuan atau lelaki, dia baisanya mengamuk sampai menendang kuat meja dan kerusi, setiap kali dia marah pada aku. Aku tidak ingat dan tak nak ingat sebab- sebab yang membuatkan dia mengamuk. Setiap kali dia mengamuk, kami berdua akan berdiri menghadap satu sama lain sambil bertentangan mata. Aku memang tidak mahu mengalah padanya. Walaupun dia seorang samseng, aku juga mempunyai maruah dan ego.

"Kau ingat kau perempuan aku takut ke?" Tengkingnya lalu menumbuk meja di sebelahnya dan menendang meja tersebut. Sejujurnya aku memang menggeletar, dan jantungku berdegup kencang namun kugagahkan juga.

"Kau ingat aku takut sebab kau lelaki?" Balasku sambil merenung matanya tajam. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Aku ingin supaya dibawa lari dari drama itu. Lazimnya kami cuma akan bertentang mata tanpa mengeluarkan sebarang kata. Dan selalunya drama itu akan berakhir apabila cikgu masuk kelas, atau apabila kami berkelahi pada waktu sekolah sudah tamat, maka Rosdiana dan kawan baik Azim, iaitu Sudin akan berulang kali meleraikan keadaan itu sehingga berjaya.

Mungkin banyak yang akan menyimpulkan bahawa Azim menaruh hati padaku namun aku merasakan sebaliknya. Aku rasa dia sebenarnya membenci diriku kerana aku sering melawan cakapnya. Kalau dia betul menaruh hati padaku, kenapa dia bertindak agresif seperti orang yang tidak waras? Dan pernah sekali, dia meninju dadaku menggunakan kertas- kertas yang dilenyek menjadi bulat menyamai boxing glove. Meskipun tumbukannya tidak begitu kuat bagi tumbukan seorang lelaki, tetapi ia cukup sakit apabila diterima oleh seorang perempuan.

Aku memang sering menjadi mangsa amarahnya. Mungkin saja kerana aku seorang yang berani menentangnya. Murid perempuan yang lain begitu takut akannya. Dan mungkin saja dia mencari orang yang lemah, dan pada masa yang sama orang boleh yang menjadi lawannya.

Aku berharap dia tidak akan melakukan perkara yang lebih teruk daripada itu terhadapku. Namun harapanku hancur lebur...

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now