bab 9

1.9K 58 2
                                    

Selepas kejadian buli sekumpulan yang diketuai oleh Azim, aku ingatkan dia sudah menyesal. Ternyata, dia tidak pernah bosan mengacau aku. Kadang aku tertanya- tanya kenapa dia melakukannya. Apakah dia menaruh hati padaku? Urgh! Tak mungkinlah! Biarpun dia lelaki terakhir yang tinggal di dunia ini, aku rela hidup bersendirian. Begitulah rasa benciku terhadap dirinya. Sampai hari ini pun, jika aku terserempak dengannya atau yang mirip wajahnya, aku akan melarikan diri.

Aku tahu siapa saja yang menaruh hati kepadaku. Bukan aku perasan, tetapi mereka sendiri yang berterus- terang padaku. Namun tidak seorang pun aku balas cintanya. Memang tidak terlintas sedikitpun dalam fikiranku untuk bercinta.

Aku masih ingat seorang murid dari kelas 4 yang bernama Dahlan. Aku sebenarnya tak hafal pun semua nama junior di sekolah itu, tapi namanya memang terkenal di sekolah kerana dia budak samseng dan sering didenda oleh cikgu- cikgu di sekolah. Pada suatu hari waktu rehat, aku berjalan- jalan melihat gambar- gambar aktiviti sekolah yang dipamerkan di ruang bersebelahan dengan tangga pejabat cikgu- cikgu. Setentunya gambarku sering dipamerkan di situ atas kejayaan dalam beberapa kuiz dan keputusan peperiksaan. Zaman tu zaman kodak lagi. Gambar- gambar akan dicuci dan filem negatif akan disimpan. Jadi setiap gambar yang dipamerkan akan diberi kod, maka sesiapa yang ingin memiliki gambar tersebut bolehlah mencatit kod- kod yang dikehendaki dan menyerahkannya kepada cikgu bahasa Inggeris, Miss Claire.

Sedang aku menatap setiap gambar, tiba- tiba Dahlan menyapaku. Tubuhnya kecil dan lebih rendah daripada aku.

"Saya beli semua gambar awak." ujarnya sambil tersengih- sengih menampakkan barisan giginya yang separuh buruk.

"Huh? Kenapa awak beli gambar saya?" Aku merasa aneh kerana tidak pernah terlintas dalam fikiranku ada orang lain yang membeli gambarku.

"Sebab saya suka awak!" Dia kemudian lari meninggalkan aku. Dan aku pada ketika aku sedikit tergamam dengan keberanian budak tu. Patut lah samseng! Meluahkan perasaan jiwang pun berani.

Bercakap mengenai luahan perasaan, aku pernah ditelefon oleh Javier, abang kepada Freddie. Bagaimana dia tahu nombor telefon rumah? Senang saja cari dalam buku panduan telefon. Penduduk daerah kami tidak ramai, jadi senanglah mencari nama penuh ayah. Jadi Javier pernah menelefonku di rumah.

"Hello Alissa. Aku ada sesuatu nak cakap pada kau." ujarnya separuh berbisik.

"Apa dia Javier?" Aku menjawap selamba.

"Aku cinta padamu." Suaranya begitu perlahan, namun jelas di telingaku. Cuma satu saja perasaanku pada saat itu. Geli!

"Hah? Apa dia? Cuba kau cakap kuat sikit! Tak dengar lah!" Aku berpura- pura tidak mendengar.

"Aku cinta padamu." Balasnya perlahan sama seperti tadi.

"Hahh? Tak dengar lah! Kuat sikit!" Aku tidak mahu menerima kenyataannya itu, dan mengambil jalan mudah iaitu pura- pura pekak.

"Hmmm... Takpe lah... Jumpa besok." Akhirnya dia putus asa.

"Okay." Lalu aku meletakkan gagang telefon. Perasaan geli dan hendak muntah rasanya saat itu.

Keesokan harinya Javier ada bercakap denganku, namun aku tidak mengendahkannya. Biarlah dia berfikir yang aku tidak mendengar luahan hatinya. Itu lebih baik daripada dia mendengar aku membalas dengan kata- kata kesat.

Selain Javier, aku juga pernah mendapat beberapa panggilan daripada Azmi, adik kepada Yati. Dia ada cuba menyatakan perasaannya kepadaku namun dia malu. Aku juga mendapat tahu bahawa dia pernah mengirim sepucuk surat kepadaku, namun tidak pernah kesampaian. Sumber mengatakan bahawa Yati telah merampasnya. Jadi sekarang aku tahu kenapa Yati begitu dingin melayanku.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now