bab 2

4.5K 91 10
                                    

Hari- hari persekolahan berjalan dengan lancar. Aku telah mempunyai seorang kawan rapat bernama Ruziana. Ruziana mempunyai teman lelaki pada usia yang muda. Dia seorang yang cantik jadi tak hairanlah lelaki kelas 5 tu jatuh hati dekat dia.

Manakala aku, aku belum mempunyai teman lelaki. Ye lah, umur muda sangat. Manalah nak fikir tentang benda tu. Tak macam zaman sekarang, para murid sekolah seperti berlumba untuk mencari teman lelaki walhal duit poket sekolah masih lagi mengharapkan dari ibu bapa.

Kalau setakat memuji lelaki handsome dan cute tu memanglah aku tak nafikan tetapi berfikir ke arah hubungan yang serius, memang tidak pernah sedikitpun terlintas dalam fikiran ini.

Dipendekkan cerita, murid yang melemparkan senyuman pada aku tempoh hari ialah Ardi. Dari apa yang Ruziana ceritakan, dia berdarah kacukan Melayu dan Filipin. Patutlah muka dia seakan perfect; hidung mancung, mata yang galak dan sepasang bibir yang cantik. Kalau diarahkan semua murid lelaki berbaris, memang Ardi akan kelihatan menyerlah dengan wajah yang berbeza dan tidak tipikal. Dan Ruziana juga memberitahu bahawa Ardi mempunyai ramai peminat di sekolah tersebut.

Di pendekkan lagi cerita, berlaku satu kejadian malang yang tidak akan aku lupakan sampai ke tua pun. Pada hari itu, cikgu Sabariah tidak masuk kelas untuk mengajar. Jadi seperti lumrah murid- murid apabila tiada cikgu masuk kelas, iaitu kelas jadi huru- hara bak kata peribahasa seperti anak ayam lepas dari reban.

Masing- masing dengan ragamnya. Ada yang main kejar- kejaran, dan ada juga yang merayau keluar dari kelas. Kurang dari separuh hanya duduk dengan kawan masing- masing sambil bercerita. Aku pula jatuh pada kategori duduk bercerita dengan kawan, tak lain tak bukan Ruziana.

Ruziana seperti biasa hanya bercerita tentang teman lelakinya dan aku hanya menjadi pendengar yang setia. Bukan tak ada modal cerita, tetapi tidak ada apa yang menarik tentang diriku untuk diceritakan. Hmm lebih kurang seperti tidak ada modal untuk bercerita lah kan?

Sepanjang Ruziana bercerita, aku sekali lagi perasan sepasang mata yang menatap aku tidak jauh dari tempat dudukku. Mataku mencari sepasang mata yang sedari tadi menatap aku. Lalu aku menangkap sepasang mata itu.

Ardi!

Dengan cepat dia mengalihkan pandangannya, apabila aku menangkap pandangannya. Aku hanya abaikan kejadian itu sambil lewa. Seperti aku dan Ruziana, dia juga duduk bercerita dengan kawan baiknya, Hamzah.

Tidak lama kemudian, aku merasakan dari sisi mataku yang Ardi sekali lagi menatap aku dari jauh. Lalu aku arahkan pandanganku sekali lagi kepadanya, dan kali ini dia tidak mengalihkan pandangannya. Matanya terus menatap aku tanpa berkedip, manakala aku sudahpun beralih pandangan kepada Ruziana.

Hatiku memujuk, aku patut membiarkan Ardi berbuat demikian, kerana tidak akan lama tatapan itu. Ternyata aku salah. Dia masih setia menatapku hingga terbit satu perasaan kurang senang di hati ini. Iaitu rimas! Ya, aku rimas apabila dipandang begitu lama.

Semakin lama dia menatapku, semakin gelisah rasa hati ini. Aku pula tak tahu kenapa aku melakukan perkara seterusnya.

Aku bangun dari kerusiku tanpa memaklumkan kepada Ruziana kemana aku pergi. Ruziana tetap saja bercerita tanpa henti. Lalu aku menapak perlahan menghampiri Ardi. Ardi yang memang sudah tahu aku menghampirinya, hanya tetap duduk di tempatnya tadi dan tetap setia memandangku.

Tanpa aku sedari, aku menghampiri Ardi dan tanpa fikiran yang waras aku telahpun...






Korang rasa aku buat apa? Okay aku bagi multiple choices:

A) aku cakap, "apa yang kau tengok- tengok aku dari tadi??"

B) aku menghayunkan tangan dan menampar pipinya

C) aku dekatkan wajahku dengan wajahnya lalu mencium bibirnya yang merah.

Jurnal: Makhluk bernama LelakiWhere stories live. Discover now