Bab 2: Cempakapura

596 11 0
                                    


Wajah menyerupai Sufian seolah-olah merungut-rungut dengan dahi berkerut-kerut. Butir-butir percakapannya tidak jelas. Cahaya rembulan sekali-sekala seakan-akan samar-samar diakibatkan oleh pergerakan wajah Sufian yang bergerak-gerak; kadang-kadang mengangguk-angguk, kadang-kadang menggeleng-geleng.

Siti yang tadinya ketakutan, mula memerhatikan apa yang terjadi dengan penuh minat. "Pian, kenapa kau begini?"

Siti bersuara. Timbul rasa kasihan dengan wajah Sufian di dalam rembulan menjadi tidak keruan tiba-tiba.


"Saat-saat indah di Cempakapura. Masa lelaki sopak itu menjadi raja. Aku titipkan dia, kekasihmu... di di dalam menara lelaki sopak itu."


Suara bisikan perempuan tadi kembali mengocak suasana. Habis sahaja suara itu menghabiskan kata-kata, wajah menyerupai Sufian tiba-tiba meraung. Suaranya amat nyaring seakan-akan kesakitan dicucuk seribu pisau. "Pian!"

Pian!

Pian!

Pian!

Siti bergerak ke kepala katil mencari bantal. Dia merebahkan kepalanya ke katil dan memekup telinganya dengan bantal. Tidak sanggup dia mendengar jeritan sepupunya itu dengan wajah menahan kesakitan.

"Iti....!"

"Iti....!"

Siti tersedar. Kelihatan Bibik Farida duduk di hujung kakinya. Wajahnya diselubungi kebimbangan. Siti terus menoleh ke arah jendela. Aneh, jendela tertutup rapat. Siti bingkas bangun dan menyelak langsir. Gelap. Malam gelap tanpa cahaya rembulan.

Mata Siti tiba-tiba berair. Dia terkenangkan Sufian. Siti terus menoleh ke arah Bibik Farida. Wanita Indonesia pertengahan umur itu semakin tidak tenang melihat perlakuan Siti yang ganjil. Sudahlah tadinya mengingau menjerit-jerit. "Mengapa kamu ini, Iti?"

Siti terus meluru ke arah Bibik Farida lantas memeluknya. Siti menangis teresak-esak. "Mengapa kamu ini? Cuba beritahu bibik," ujar Bibik Farida lembut. Tangannya membelai rambut Siti yang panjang melepasi bahu.

"Pian, bibik... Pian kesakitan..."

Siti seolah-olah menggeleng-gelengkan kepala sambil menangis. "Sabarlah Iti...insya Allah, Pian dilindungi Allah. Semua orang saban waktu mendoakannya. Allah pasti mengabulkan permintaan kita," ujar Bibik tenang.

Walaupun Bibik Farida baru sahaja bekerja sebagai pembantu rumah Encik Firdaus, namun dia sudah maklum tentang masalah yang dihadapi keluarga berkenaan. Memang Puan Zana mendesak suaminya untuk mencarikan pembantu rumah untuk menjaga Siti di rumah yang baru sahaja pulih dari sakit.

Bagi Bibik Farida, Siti adalah gadis yang baik dan bersopan santun. Walaupun Siti anak orang berada, tetapi dia menghormatinya dan layanan Siti kepadanya seolah-olah dirinya bagaikan ibu angkat ketika ketiadaan Puan Zana yang sibuk bekerja di salah sebuah syarikat insurans terkemuka di bandar.

Pukul 9.00 pagi. Siti masih termenung memikirkan mimpi peliknya malam tadi. Sudahlah mimpinya berlapis-lapis, wajah Sufian di dalam rembulan itu amat-amat mengganggu jiwanya. Dia mengingat-ingat isi mimpinya itu.

"Suara itu...suara itu macam suara Seri, tapi agak merdu. Dulu serak-serak basah sikit," Siti mengecilkan matanya, tanda memikirkan dengan mendalam suara perempuan tanpa wajah yang didengar dalam mimpi yang berlapis-lapis itu. "Ada tiga bisikan, dua yang awal pasal cinta...dan terakhir tu," bisik Siti.


Saat-saat indah di Cempakapura.


"Ya! Ini inilah dia bisikan terakhir itu," Siti tersenyum menandakan dia sudah berjaya mengingati bisikan dalam mimpinya malam tadi. Fikirannya ligat mencantumkan pencarian. "Macam pernah dengar, tapi di mana ya?" Siti merenung tajam pada barisan minyak wangi dan alat mekapnya di atas meja solek.  "Aku tahu!"

Siti bingkas menuju ke arah rak buku. Dia mengeluarkan sebuah buku tebal dengan kulit grafik yang agak ganjil namun berseni.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Siti menyelak-nyelak halaman buku itu. Lama dia menyelak. Wajahnya agak serius apabila apa yang dicarinya kelihatan tidak ditemui. Cempakapura...cempakapura, bisik hatinya. Siti menyelak-nyelak lagi. Aku ada nampakla dalam buku ni...mana pulak perginya?, getus hatinya lagi.

Tidak semena-mena dia ternampak peta yang dicari-carinya. Bibirnya mula mengukirkan senyuman. Pada mukasurat 383, jari-jemarinya memegang kemas halaman buku itu. "Ini dia! Cempakapura, dalam Tarikh Patani:


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Siti membaca keterangan dalam gambar itu. Perasaan misteri membuak-buak dalam dirinya.

Vampire of Grahi IIWhere stories live. Discover now