Bab 8: Keturunan Cik Mawar Cantik

274 6 0
                                    


SITI memandang ke siling rumah kampung itu. Bertemankan lampu tidur kecil, Siti berbaring tenang di atas katil. Dia memakai baju tidur nipis tidak berlengan. Kedua tangannya memeluk tubuh. Di dalam kepalanya asyik memikirkan Seri.

Siti teringat bagaimana Seri sering mengganggunya ketika 'zaman sakit' dulu. Seri menyamar sebagai Kak Nisa, pelajar senior di madrasah tempat dia berubat. Siti masih ingat lagi leher 'Kak Nisa' penuh darah seperti dikelar dan ketawa mengekek-ngekek.

Siti mengenang Seri menjilat darah pemuda-pemuda Jerman yang mabuk itu. Pemuda-pemuda itu asalnya ingin mengganggu Siti yang berjalan seorang diri membeli barangan keperluan. Dia tidak tahu ketika itu para penyokong bolasepak Jerman sedang menuju ke arahnya dalam keadaan mabuk.  Terbayang-bayang di matanya, adegan Seri terbang melayang berpusing-pusing sambil mencapuk di bahu para pemuda itu dan menikam gigi taring berbisanya ke leher mereka. Pengalaman belajar di luar negara menjadi pengalaman mimpi ngeri.

Siti tidak hairan Seri datang ketika di tanahair, tetapi kejadian di Jerman itu membuatkan Siti terfikir bahawa Seri mengikutnya ke mana saja. Siti tersenyum.

Kalau begitu, marilah datang. Bisik Siti sambil matanya merenung siling.

"Seri..."

"Seri..."

"Seri..."

Siti menjeling ke sana ke sini. Suasana bilik yang samar-samar kelihatan tenang. Dahulu, tidur keseorangan di dalam gelap begitu adalah keadaan yang mesti dielakkan oleh Siti.

Siti menunggu. Jam sudah menunjukkan pukul 1.22 pagi. Siti berbisik lagi nama Seri. Setengah jam berlalu, namun tiada apa-apa yang berlaku.

"Sial! Diseru tak mahu datang pula. Bodoh punya saka!" cetus Siti tiba-tiba melepaskan geram. Mana tidaknya, dahulu punyalah Siti berubat di sana-sini supaya dapat menghilangkan gangguan Seri, kini bila diseru-seru tidak munculkan diri pula. "Adakah setan itu sudah mampus?" getus Siti sambil tersengih.

Siti mengambil keputusan untuk tidur saja. Sebenarnya bukanlah keputusan apa pun. Gadis itu akhirnya tertidur ketika menanti Seri untuk munculkan diri. Dalam tidurnya, Siti bermimpi berada di sebuah kolam. Dia duduk di tepi kolam sambil melihat sekeliling. Keadaan sekeliling seperti di waktu malam, namun anehnya rembulan yang tergantung di langit begitu terang cahayanya bagaikan lampu limpah stadium.

 Keadaan sekeliling seperti di waktu malam, namun anehnya rembulan yang tergantung di langit begitu terang cahayanya bagaikan lampu limpah stadium

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siti merenung kolam yang berlumut-lumut itu. Air di dalam kolam kelihatan tidak bergerak, seolah-olah beku. Sedang Siti termanggu-manggu di tepi kolam, tiba-tiba muncul tubuh tanpa kepala dari dalam air kolam, serentak dengan deburan air yang kuat. Siti amat terkejut dengan kejadian itu lantas berundur ke belakang. Tubuh tanpa kepala berenang ke tepi kolam. Siti memerhatikan lehernya. Tampak di potongan leher itu pucat tidak berdarah. Ada keratan kerongkong serta urat berselirat di atas potongan leher itu. Tubuh tanpa kepala duduk di tepi kolam dengan tertib. Siti menanti dengan berdebar-debar apa yang berlaku seterusnya.

Tubuh tanpa kepala kelihatan bergoyang-goyang. Lagaknya seperti orang beratib. Perasaan seram bertambah dalam diri Siti. Batang leher itu bergoyang-goyang bersama tubuhnya menimbulkan satu perasaan misteri dan aneh. Seolah-olah seekor ular tedung yang bergoyang-goyang mengikut irama seruling. Sedang asyik Siti mengawasi tubuh tanpa kepala, tiba-tiba ada sesuatu terbang dari arah kiri. Siti mengamati apakah benda yang terbang itu. Oh, kepala manusia!

Kepala manusia itu terbang menuju ke arah tubuh tanpa kepala. Rambutnya panjang. Wajah kepala itu sangat pucat dengan matanya terpejam. Kepala manusia itu terus mendekati tubuh tanpa kepala dan bercantum di leher yang terpotong itu. Tidak semena-mena wajahnya di kepala menjadi segar dan matanya terbuka!

"Kenapa cari aku?"

Siti memberanikan diri mendekati perempuan aneh. "Seri?"

Perempuan aneh tiba-tiba ketawa. "Siapa lagi sayang...hahahaha!"

"Kenapa wajah kau lain? Macam orang tua," balas Siti agak tersinggung dengan perbuatan Seri.

Seri bangun dan merenung ke arah kolam. "Aku masih tidak dapat menghisap darah Sufian," ujar Seri sambil mengerling ke arah Siti.

Siti menjadi amat cemas mendengar kata-kata itu. Biji matanya terbeliak seperti mahu keluar dari soket mata.

"Mana dia?! Mana dia?!" Siti menengking. Seri tiba-tiba memekup telinga. "Kak... jangan tengking Seri. Apa salah Seri? Seri hanya bergurau," tiba-tiba wajah Seri berubah seolah-olah meminta simpati.

Siti tahu tabiat Seri yang membahasakan dirinya 'kakak'.

"Sekarang aku nak tahu mana Sufian sekarang!" bentak Siti membeliakkan matanya ke arah Seri.

"Aku tak tahu...aku tak tahu!" Seri menggeleng-gelengkan kepala. "Bukan aku yang sorokkan!"

"Bohong!" Siti membentak lagi. "Kalau bukan kau, siapa?"

Seri menampakkan riak muka sedih. Dia berpaling ke arah kolam. "Aku tak tahu kak... memang bukan aku yang sorokkan. Tapi aku tahu tempat dia paling suka. Kami paling suka."

Siti merasa keliru mendengar kata-kata Seri. "Di mana? Siapa 'dia'? Kami?"

Tiba-tiba bumi seakan bergegar. Pandangan Siti berpinar-pinar. "Hei, jawab soalan aku!" jerit Siti.

Suasana menjadi kabur. Siti merasa tubuhnya kebas. "Jangan pergi! Jawab soalan aku! Mana Sufian!"

"Mawar Cantik, keturunan Cik Mawar Cantik..."

Sayup-sayup suara Seri dalam keadaan yang kacau bilau itu. Kemudian keadaan tiba-tiba menjadi gelap gelita.

Siti tersedar. Dia menarik nafas panjang. Dia bangun dan duduk dengan kaki melunjur. Termenung dia memikirkan mimpi tadi.

"Mawar Cantik?"

Hanya nama itu yang dia dapat sekarang. Bagaimana hanya dengan nama itu, dapat membantunya untuk mencari Sufian?

 Bagaimana hanya dengan nama itu, dapat membantunya untuk mencari Sufian?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Vampire of Grahi IIWhere stories live. Discover now