Bab 15 : Pujaan Hati Mahadhammaraja BHG II

336 8 0
                                    


SERI terbang melayang-layang mengitari sebuah batu megalitik. Kemudian dia turun perlahan-lahan lalu duduk bersimpuh di hadapan batu tersebut.

"Eeehhhhaaaaa!!"

"Eeeeeehhhhhhaaaaaa!!"

Suara mengilai-ngilai yang panjang memecah kawasan lapang di tengah hutan. Seri memejamkan mata sambil bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian kedua tangannya dicantumkan. Gaya bersimpuh Seri berlainan dengan gaya bersimpuh orang bila mahu mengadap raja Siam. Gaya bersimpuhnya adalah gaya istana Tambralinga. Malah adat bersimpuh begitu ditiru terkemudian oleh raja-raja Sukhodaya, orang gasar dari utara.

Bulan purnama sekejap bersembunyi, sekejap muncul dari balik awan. Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Seri membuka mata. Dia merenung tepat kepada batu megalitik berbentuk lonjong itu. Batu itu sebenarnya sejenis totem - tanda keluarga yang pernah memerintah bumi Janin Perba.

"Wahai keturunan ratu-ratu Janin. Aku seru semangatmu. Wahai pendeta Gangganegara, aku tuntut tulang temulang Dayang Uri dari tanganmu!"

Seri membentak keras. Tiba-tiba batu megalitik bergerak-gerak. Mata Seri mengawasi sekeliling. Hidungnya kembang kuncup seakan-akan menghidu sesuatu yang kuat. "Setanggi dari Lawapuri," bisik Seri.

Tiba-tiba terdengar bunyi yang amat kuat. Telinga Seri cuba mengesan dari mana arah bunyi itu. Kemudian kelihatan wajah Seri agak tergamam. Dari arah batu megalitik, menjelma dua batang tubuh lelaki botak.

 Dari arah batu megalitik, menjelma dua batang tubuh lelaki botak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedua lelaki itu memakai sepersalinan kain seperti sami Buddha. Namun warnanya bukan jingga, tetapi hitam. Kedua lelaki itu menghampiri Seri. Seri bangun lalu mendekati mereka.

Melalui hubungan fikiran, lelaki botak berbadan gempal  menggerakkan bibirnya. "Apa mahumu mengejutkan kami dari dalam neraka!"

Seri tersengih. Dia memusatkan fikirannya. "Kau berdua bukankah sami besar Gangganegara? Beramal ibadat bertahun-tahun pun tidak dapat pengampunan dewa?"

Sami yang berbadan tinggi agak terganggu dengan kata-kata Seri. "Itu bukan urusan kau, langsuir! Katakan saja apa mahumu?"

Tiba-tiba Seri ketawa terbahak-bahak. "Kalian berdua sepatutnya mengucap syukur padaku kerana aku telah mengeluarkan kalian dari seksaan neraka. Berlaku lembutlah kepadaku."

Sami gempal menghentak kakinya. "Jika kau masih membuang masa, kami akan kembali... "

Batu megalitik seakan bergegar lagi. Jelas perasaan cemas di wajah Seri.

"Jangan! Nanti dulu! Aku mahu nyatakan keperluanku!"

Kedua sami botak berselempangkan kain hitam tidak jadi ke batu megalitik. Seri menghampiri seraya berkata, "Aku perlukan maklumat tentang siapa yang menolong anak angkat ratu besar Tanah Serendah Sekebun Bunga!"

Sami-sami botak berkerut dahi. "Tiada siapa yang menolong Saadong! Apa kau cakap ni?"

"Bukan yang itu! Sebelumnya, anak angkat Cik Siti Bibir Merah. Sezaman dengan Mahadhammaraja yang mati dipancung itu," ujar Seri.

Tiba-tiba wajah sami gempal menjadi sayu. "Srimat Urdujawijayamala Srisaptasuwarnabhumi."

"Kau kenal? Roh kau pernah hidup di masa itu bukan?" tanya Seri kepada sami gempal.

Sayu benar wajah si sami gempal. Riak wajahnya semakin murung. Bahunya jatuh dan keseluruhan badannya jatuh ke tanah. Dia berteleku. Kedua tangannya dicantumkan.

"Dia ibarat kakak kandungku. Dia mengajarkanku erti kehidupan ini. Jauh dari sengsara dunia. Jauh dari hidup mengikutkan nafsu. Dia mengajarkan aku dharma yang aku tidak pernah jumpa dalam risalah-risalah Buddha."

Seri menggertap bibir. Nampak lesung pipitnya di sebelah kanan. "Baiklah, aku... sebenarnya... tidak mahu mendengar sangat cerita sedih kau dengan kakak kau itu. Aku cuma mahu tahu siapa yang tolong anak angkat Cik Siti Bibir Merah... err... kakak angkat kau itu," kata Seri.

Namun sami gempal tetap melayan kesedihannya. Seri bercekak pinggang sambil matanya melilau ke atas; menunjukkan rasa bosan. Tiba-tiba sami tinggi menunjuk ke arah batu megalitik.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seri berjalan menuju ke arah batu megalitik. Rupa-rupanya ada tulisan berkilat-kilat di atas batu tersebut. Seri cuba membaca tulisan-tulisan aneh itu.

rajadhiraja ramdvara dharmarajatejo jayabarma
rajadhiraja mesvara dharrmikaraja tejo jayaparma
rajadhiraja ramesvara dharrmiggharaja tejo jaiyabarrphma
rajadhiraja ramesvara dharrmmikaraja tejo jaiyabarrma

mahadharrmarajadhipatisri yuddha parama pabitra

ramadhipati sri srindra parama cakrabartti rajopadbyaya


Apakah maksud kata-kata ini? Bisik hati Seri

Seri terus membaca kata-kata seterusnya yang sukar difahami. Dia terus membaca sampailah kepada satu perkataan yang menarik perhatiannya.

...sri srisudassana rajadbiraja mangku bhakti sarighaparinayaka tilakaratnamabasvarni...

Mangku?

Mata Seri bersinar.

"Siti, aku tidak tahu sama ada aku mesti menyelamatkan kau atau tidak. Tapi nyawa kau bergantung kepada aku!"

Hahahahahhaha

Hahahahahahahahaha

Hahahahahahahahahahahahhahahahahahaha!

Seri terus terbang ke atas melayang-layang. Suara ketawanya menggegarkan kawasan batu megalitik itu.

Vampire of Grahi IIWhere stories live. Discover now