Bab 12 : "Red Mengkong"

494 17 8
                                    


Sempadan Perak-Legeh

Dammakorat merasa-rasa tanah lembab di lantai hutan. Dia mencium-cium bau tanah. Askar-askarnya menunggu di belakang. Semuanya dilengkapi pedang krabi dan segelintir dari mereka memiliki senjata api bercop Kompeni Inggeris.


"Mereka pernah lalu di sini, ke sana!" mata Dammakorat terbeliak bengis sambil tangannya mengarah ke sebelah barat. Seramai kira-kira 100 orang-orangnya segera mengikut arahan. Mereka berjalan dalam satu barisan menuju ke arah satu bukit. Dammakorat yang mengetuai pasukan itu menggeledah di balik bukit.

"Haha! Aku pasti mereka tidak  terlalu jauh. Tambahan pula ada seorang perempuan dan kanak-kanak. Itu akan melambatkan pergerakan mereka. Ayuh!" Dammakorat mengangkat pedangnya

Askar-askar Siam pun berjalan pantas menuju ke arah matahari jatuh. Dammakorat pasti tentang itu. Dia pasti Raja Ali akan cuba memasuki negeri Perak.

"Haha... pengecut! Aku lebih hormat Raja Nongchik yang gigih berlawan dengan orang-orangku sebelum dibunuh. Malah perempuannya lebih berani dari Raja Legeh, hahahahaha!" gumam Dammakorat sambil berjalan itu, disambut dengan gelak ketawa oleh orang-orangnya.

Pasukan askar itu melewati laluan yang sukar. Hutan rimba semakin tebal. Suasana agak berkabus walaupun sudah hampir tengahari. Walau diancam dengan pacat, nyamuk dan serangga-serangga lainnya, mereka tetap meredah hutan dengan masing-masing berwajah bengis. Mereka yakin dapat menangkap Raja Legeh itu dan membawanya ke hadapan Phra Klang. Sudah pasti Phra Klang akan memberi mereka habuan emas perak yang dirampas dari penduduk Patani.

Setelah sekian lama berjalan, tiba-tiba Dammakorat mengangkat tangannya. Dia merebahkan badannya. Serentak dengan itu kesemua orang-orangnya juga merebahkan badan ke tanah. "Kalian nampak apa yang aku nampak?" ujar lelaki Siam itu kepada orang-orangnya.

"Kampung," kata orang di sebelah kirinya. "Kampung kepala anjing kau! Itu adalah sebuah kubu, lihat bagaimana tembok yang diperbuat dari kayu balak itu. Ia amat kukuh," bentak Dammakorat. Matanya memerhatikan parit besar di hadapan pintu masuk kubu itu. Ada satu jambatan sederhana besar yang diperbuat dari susunan batang-batang kayu berhampiran pintu masuk kubu. Muat untuk dua orang berjalan beriringan.

"Kubu ini boleh menahan tembakan peluru meriam di Fort Cornwallis. Kubu ini boleh muat kira-kira 50 orang askar," kata seorang lelaki Inggeris yang turut sama dalam pasukan Dammakorat. Lelaki Inggeris itu adalah wakil Kompeni Inggeris dan sebagai pemerhati.

"Bagaimana kamu tahu John?" tanya Dammakorat.

"Aku dapat menghidu hasil kerja orang-orang Kapten Low," balas John sambil tersenyum lebar ke arah Dammakorat. Dammakorat menggenggam penumbuknya sambil tersenyum juga.

"Nai Korat, kalau tak silap aku, ini adalah kubu Mengkong Merah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nai Korat, kalau tak silap aku, ini adalah kubu Mengkong Merah. Mengkong Merah memang menguasai sempadan antara Perak dan Legeh," ujar Wiciankiri pula, pembantunya yang tahu selok-belok kawasan itu.

"Mengkong Merah? Adakah dia ini satu puak dengan Deleha dari Reman?" tanya Dammakorat.

"Dia bukan sepuak dengan Mengkong Deleha yang setia itu. Dia adalah murid kepada Raja Andak, kerabat diraja Perak," balas Wiciankiri.

"Huh, Raja Andak... aku sendiri salah seorang dari pasukan bantuan kepada raja Reman yang ikut mengejar perempuan belut itu. Gajah betinanya bagaikan kuda perang yang tangkas. Orang Reman dan orang Siam bergabung tenaga tidak dapat juga menangkapnya. Aku masih tidak dapat melupakan kecantikannya yang lebih cantik dari mana-mana perempuan Lanna yang aku jumpa. Kalau aku dapat menangkapnya, mahu aku merasa tubuhnya dahulu sebelum diserahkan kepada raja Reman yang tidak berguna itu," Dammakorat tersengih sambil merenung kosong.

Dammakorat mengalihkan pandangannya ke arah kubu. "Aku mesti mencari Raja Legeh itu di dalam kubu ini. Aku pasti dia bersembunyi di dalamnya. Orang-orang dalam kubu sudah tentu kasihankan anak dan isterinya yang kelaparan. Aku tidak yakin Raja Legeh itu terus melarikan diri kerana anak isterinya sudah pasti tidak mampu bertahan."

Wiciankiri mengangguk setuju.

"Mengkong Merah... hehe bagaimana seorang lelaki yang punya gelaran menggerunkan bergurukan seorang perempuan?" Dammakorat terus bangun. Wiciankiri bagaikan mahu berkata sesuatu tetapi dipotong cakap oleh ketuanya.

"Arahkan separuh orang-orang kita mengikut aku menyeberangi parit besar itu. Separuh lagi tunggu di sini. Yang ikut menyeberang parit, tunggu di luar. Biar aku masuk ke dalam bersama John dan dua orang kita. Kamu tunggu bersama yang lain di luar kubu," kata Dammakorat tanpa memandang ke arah Wiciankiri, terus laju bergerak ke arah jambatan batang kayu.

Dammakorat berjalan di atas batang kayu sambil kedua tangannya diangkat ke atas. Dia memandang ke arah seorang lelaki yang berdiri di atas tembok kubu. "Aku mahu berjumpa dengan ketua kamu!" pekik Dammakorat dalam loghat Reman yang pelat.

Pintu kubu dibuka. Dammakorat dibenarkan masuk bersama John dan dua orangnya. Sebelum memasuki kubu, Dammakorat sempat berpesan kepada Wiciankiri. "Jika kamu rasa apa-apa terjadi kurang baik di dalam, arahkan di luar parit segera berundur ke Patani. Yang lain..." Dammakorat menggoyang-goyangkan pedangnya. Wiciankiri mengangguk keras.

Dammakorat memerhatikan sekeliling kubu. Sambil itu dia mengerling ke arah empat orang kubu yang mengiringi mereka. Tangannya terasa kebas-kebas kerana tidak dapat memegang pedangnya yang selalu berada di sisinya. Ketika di pintu kubu tadi, mereka diarahkan melucutkan senjata.

Dammakorat diarahkan berhenti. Lelaki Siam itu mendongak.

Seorang perempuan muda sedang duduk di atas kerusi kayu di anjung sebuah rumah.

"Red Mengkong..."

Dammakorat menjeling ke arah John. Kemudian dia memandang ke arah perempuan  yang berkebaya merah tadi.

Vampire of Grahi IIWhere stories live. Discover now