Selingan: Vampire of Grahi II Menang Award Wattys 2018!

368 4 2
                                    


Salam semua!

Baru-baru ini Vampire of Grahi II (VOG II) telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Wattys 2018 dan memenangi Anugerah Penggerak Dunia (The Worldbuilders).


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Saya sebenarnya tidak tahu menahu tentang anugerah ini sementelah antara bulan 9 hingga bulan 10, saya terlalu sibuk sehingga jarang membuka akaun Wattpad saya apatah lagi untuk mengemaskini cerita VOG II.

Namun dalam awal bulan ni, apabila saya membuka akaun Wattpad saya, tiba-tiba ada emel dari The Wattys memberitahu saya terpilih dalam Longlist. Emel dah sebulan lepas. Oleh kerana saya sudah lama tidak membuka emel Wattpad itu, saya lihat ada satu emel lagi yang memberitahu saya telah pun terpilih ke Shortlist (3 minggu lepas).


Kemudian pada 6 Oktober 2018, saya dapat emel lagi yang mengumumkan kemenangan saya sebagai pemenang Anugerah Wattys 2018!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian pada 6 Oktober 2018, saya dapat emel lagi yang mengumumkan kemenangan saya sebagai pemenang Anugerah Wattys 2018!

Sebagai pengetahuan, untuk Longlist, VOG II telah terpilih dari 378 penyertaan. Bagi Shortlist pula, VOG II telah terpilih dari 160 penyertaan. Akhirnya hanya 60 penyertaan dipilih sebagai pemenang yang mana dianugerahkan kepada 12 anugerah berasingan. Setiap anugerah ini memiliki keunikan masing-masing. Setiap anugerah dimenangi 5 cerita. VOG II telah memenangi Anugerah Penggerak Dunia seperti yang diberitahu awal-awal tadi.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kesemua tahap tadi (Longlist, Shortlist dan Winner) disertakan dengan pakej-pakej hadiah berupa sticker khas, banner, alat-alat promosi, dan pelbagai lagi keistimewaan yang disediakan oleh Wattpad sendiri.

Istimewanya pemenang mendapat sijil yang ditandatangan oleh pengasas Wattpad sendiri!

Award The Wattys 2018 ni saya nak dedikasikan kepada dua orang, iaitu:

1) Izmar Zulkarnain, freelancer/ghostwriter yang saya bagi job buat VOG I. Dari beliau saya banyak belajar teknik-teknik menulis novel dan bagaimana nak kembangkan fakta sejarah/historiografi kepada ayat-ayat naratif.

2) Helmi Effendy, penulis novel profesional yang banyak tolong saya dalam hal ehwal Wattpad dan menulis di Wattpad. Saya juga sekali-sekala jeling-jeling novel Menggunung beliau untuk belajar buat perenggan atau komposisi yang sesuai untuk satu-satu bab.

Buku bukan-fiksyen beliau yang terbaru adalah Jangan Selewengkan Sejarah Melayu: https://www.thepatriots.store/store/books/jangan-selewengkan-sejarah-melayu/

Sebagai 'freshie' yang baru memulakan cerita di Wattpad pada tahun ini, tidak dinafikan sudah tentu saya teruja dan tertarik dengan anugerah yang disediakan oleh pihak Wattpad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebagai 'freshie' yang baru memulakan cerita di Wattpad pada tahun ini, tidak dinafikan sudah tentu saya teruja dan tertarik dengan anugerah yang disediakan oleh pihak Wattpad. Ia seperti satu penghargaan kepada kerja-kerja saya.

Anda juga berpeluang yang sama seperti saya, menulis dan dianugerahkan The Wattys!

Apapun, terima kasih kerana membaca novel saya, yang berkongsi, yang vote atau yang komen. Nantikan bab demi bab yang penuh debaran, aksi, tekateki dan misteri yang menggelitik minda!


~humairaseri

Penulis Vampire of Grahi II

Vampire of Grahi IIWhere stories live. Discover now