MERAH

68 6 0
                                    

Seorang lelaki muda yang bernama Haechan datang ke sebuah hotel memandangkan hotel tersebut terletak berdekatan dengan rumah saudara yang ingin dilawatinya. Ketika check in, si receptionist  memperingatkannya,
"Tolong jangan masuk ke bilik yang tak ada nombor."
  Haechan hanya mengangguk dan segera mencari biliknya yang bernombor 10. Pada waktu itulah, dia melihat sebuah bilik tanpa nombor yang tadi dikatakan oleh si receptionist. Kerana ingin tahu, dia mengintip melalui lubang kunci untuk melihat apa yang berada di dalam bilik tersebut.
Dia hanya melihat seorang wanita tua berwajah pucat sedang duduk di atas katil. Sungguh pelik, seakan-akan seluruh kulit tubuh wanita itu berwarna putih, tidak seperti kulit manusia kebanyakan.
Tiba-tiba saja wanita itu menoleh dan menatapnya.
Kerana takut,Haechan pun berlari ke biliknya.

Malam itu Haechan tidak dapat tidur. Dia masih tertanya tanya mengapa receptionist itu memperingatkannya untuk menjauhi bilik itu. Dan mengapa pula bilik itu tidak diberi nombor?
Kerana terlalu ingin tahu tentang bilik tersebut dia bangun dari pembaringannya dan secara perlahan lahan keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik tidak bernombor tersebut, dan mengintip bilik itu sekali lagi melalui lubang kunci.
Namun yang dia lihat hanyalah warna merah.
  Haechan berfikir, mungkin wanita itu merasa terganggu kerana tadi dia mengintipnya dan memutuskan untuk menutup lubang kunci dengan sesuatu yang berwarna merah.
  Haechan pun kembali ke biliknya untuk tidur.
Keesokan harinya ,semasa check out, Haechan itu bertanya mengapa bilik yang dia lihat kelmarin tidak diberi nombor.


Receptionist itupun bercerita dengan wajah sedih.
"Dahulu ada sepasang suami isteri yang menginap di bilik itu. Suatu hari mereka bertengkar dan si suami membunuh isterinya itu. Sejak kejadian itu, kami tak berani menyewakan bilik itu, jadi kami mencabut nombornya dan membiarkannya kosong."
  Haechan pergi dan tertawa. Dia sama sekali tak percaya dengan cerita hantu. Yang dia lihat kelmarin jelas-jelas manusia dan bukan hantu.
"Oh,ya," sang receptionist berkata ketika Haechan  hampir sampai di ambang pintu.
"Wanita itu tidak seperti manusia kebanyakan. Ia menderita kelainan genetik sehingga seluruh kulit tubuhnya putih."
Langkah Haechan itu terhenti.
Sang receptionist mengakhiri ceritanya.
"Dan matanya merah."

CREEPYPASTA(MALAY VER.)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora