Nombor 31

64 6 0
                                    

  Baekho merupakan seorang guru Sains di sekolah menengah asrama perempuan. Baekho sangat garang dan terkenal dengan hukuman beratnya. Dia menjaga satu kelas yang mempunyai 30 anak murid yang nakal dan tidak berdisiplin. Kadang-kadang jika ada anak muridnya melakukan kesalahan, Baekho akan menghukum mereka untuk berjaga di perpustakaan sehingga lewat malam.

Untuk memastikan anak muridnya tidak lari dan tertidur semasa hukuman itu, Baekho memberi nombor telefon rumahnya dan mengarah anak muridnya menggunakan telefon perpustakaan dan menelefon Baekho pada waktu tertentu. Anak muridnya perlu memberitahu nombor pelajar mereka.

Hukuman itu berjalan dengan lancar sehingga pada suatu malam Baekho mendapat satu panggilan yang tidak dikenali. Baekho dalam keadaan mamai menjawab panggilan itu. Kedengaran suara gadis berbisik, "Hi cikgu... nombor saya 31..."

Belum sempat Baekho nak menjawab, panggilan telefon itu telah terputus. Baekho merasakan ada anak muridnya membuat panggilan main-main kepadanya. Anak murid Baekho hanya ada 30 orang sahaja.

Pada keesokan hari, Baekho masuk kelas dalam keadaan marah. Dia mengarahkan anak muridnya mengaku siapa yang melakukan panggilan semalam. Namun tiada siapa yang mengaku. Malah mereka tidak mengetahui perkara tersebut. Baekho mengugut anak muridnya supaya jangan melakukan panggilan seperti itu.

Tanpa dijangka, panggilan itu berlaku lagi pada waktu yang sama. Ketika Baekho mahu tidur dia menjawab panggilan itu.

"Hi cikgu... Nombor saya 31..."

  Baekho cuba tanya nama gadis itu namun panggilan terputus sekali lagi. Baekho bengang.

Keesokan harinya Baekho datang ke kelas dan merotan semua anak muridnya supaya ada yang mengaku namun tiada siapa yang bertanggungjawab membuat panggilan itu. Sampai satu tahap Baekho pergi bertanya ke semua kelas tapi tiada siapa juga yang mengaku.

Panggilan itu berterusan pada setiap malam. Gadis itu bercakap perkara yang sama dan panggilan terputus. Baekho mula hilang akal. Tapi akhirnya pada malam yang berikut, Baekho berjaya bertanya sebelum gadis itu memutuskan talian.

"Siapa kamu hah!" tegas Baekho

Dengan nada yang lemah gadis itu berkata.

"Saya anak murid cikgu... Nombor saya 31..."

"Anak murid aku ada 30 orang sahaja! Jangan kau main-main dengan aku! Siapa nama kau!" jerit Baekho

"Ahn Reum..."

"Ahn Reum? Aku tiada anak murid nama Ahn Reum!"

"Saya selalu memerhatikan cikgu... tapi... saya tak pernah lihat wajah cikgu... cikgu selalu membelakangi saya..."

"Hah? apa kau cakap ni?" tanya Baekho

Tiba-tiba talian terputus. Baekho mula mengesyaki sesuatu. Dia tidak percaya apa yang dia fikirkan. Demi membuktikan sangkaannya, Baekho keluar dari rumahnya dan pergi ke sekolah asrama itu. Baekho membawa sebuah tukul besi bersamanya.

Apabila sampai di sekolah, keadaan agak gelap dan sunyi. Baekho terus masuk ke kelasnya. Dia terkejut apabila melihat ada suatu lakaran gadis di papan hitam kelasnya. Baekho seakan-akan kenal dengan gadis itu.

"Bang! Bang!"

  Baekho terkejut lalu terjatuh. Bunyi hentaman itu datang dari papan hitam. Apabila Baekho bangun balik, dia lihat lakaran gadis di papan hitam itu keluar cecair merah seperti darah. Ia keluar dari lakaran mata gadis itu.

  Baekho toleh kiri dan kanan tapi tiada tanda ada orang yang melakukannya. Baekho mula teringat balik panggilan gadis sebelum ini. Dia yakin sangkaan dia betul. Baekho ambil tukul besinya lalu menghentak papan hitam itu sekuat hatinya.

Hentakan demi hentakan sehingga pecah dinding di belakang papan hitam itu. Air muka Baekho terus berubah apabila dia melihat ada sebuah lubang di dinding itu. Terdapat satu mayat yang sudah reput dalam keadaan terikat. Mayat itu berpakaian sekolah dan mempunyai tanda nama di poket bajunya.

Tanda namanya ialah Ahn Reum.

Pada 5 tahun yang lepas, terdapat satu kes pelajar perempuan bernama Ahn Reum hilang di sekolah asrama perempuan itu. Ketika itu ada satu pengubahsuaian sebuah bangunan kelas dan dipercayai Nadia telah dilarikan oleh salah seorang pekerja buruh di situ. Oleh kerana tiada bukti, kes itu masih belum selesai dan Nadia masih belum ditemui.

Kini Baekho telah berjaya merungkai kes kehilangan Ahn Reum dan polis berjaya menangkap pekerja buruh itu. Baekho tidak menyangka selama ini dia mengajar bersama mayat yang tertanam di belakang papan hitam kelasnya. Sejak dari itu, dia tidak lagi menerima panggilan dari anak muridnya yang ke 31 itu...

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/ or http://mycreepypastacollection.blogspot.com

CREEPYPASTA(MALAY VER.)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin