Unnie

70 9 4
                                    

Na young kelihatan leka menonton tv di ruang tamu .Kreeekkk!!Bunyi pintu dibuka membuatkan Na young menoleh ke arah pintu rumah di mana dia dapat melihat kakak tunggalnya itu sedang berjalan perlahan lahan memasuki ruang tamu lalu menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

Na young mengerling ke arah jam di dinding yang menunjukkan tepat 12 tengah malam.Pelik,itu yang dirasakan oleh Nayoung .Kakaknya itu sering pulang ke rumah pada pukul 12 malam dalam keadaan lesu dan pucat.Matanya juga sembam dan pakaian kakaknya itu juga tidak terurus.

"Na young"Na young mula menoleh ke arah suara yang memanggilnya tadi.Rupanya,yang memanggilnya tadi ialah ibunya yang sedang berada di dapur.Na young melangkah menuju ke arah dapur dengan penuh bersemangat.

"Ada apa omma?"

"Nak tolong omma sediakan bahan untuk masak sarapan pagi esok tak?"

"Nak !!!"

Maka,mereka berdua pun berjaga lah untuk menyediakan bahan untuk sarapan selama hampir 30 minit.

Keesokkan harinya.....

Kelihatan Na young sedang menikmati mee goreng yang dimasak oleh ibunya dengan penuh selera sekali.Entah kenapa,kebelakangan ini makanan yang dimasak oleh ibunya terasa sungguh enak membuatkan dia sangat berselera sekali untuk makan.

Sedang seronok dia menikmati sarapan bersendirian,tetiba matanya tertumpu kepada kakaknya yang kelihatan baru saja turun dari tingkat atas.Dia hanya mendiamkan diri sambil memerhati kakaknya itu berjalan menghampirinya.

"Jom"

Na young terkejut apabila kakaknya itu mempelawanya.Pelik,kebelakangan ini kakaknya hanya mendiamkan suara dan tidak bercakap dengan sesiapa pun dalam rumah itu.

"Nak pergi mana?"

"Kau ikut je lah"

Kakaknya itu dengan selambanya menarik tangannya .Na young meronta ronta supaya kakaknya melepaskan tangannya kerana dia berasa tidak sedap hati.

"Omma!!!"

Na young mula menjerit dengan harapan bahawa ibunya akan datang namun kelibat ibunya memang tidak kelihatan dari tadi.

Akhirnya,dia merelakan saja dirinya untuk mengikuti kakaknya itu.Kakaknya itu mula membawa dirinya pergi ke suatu tempat dengan menaiki sebuah motosikal milik arwah ayahnya.

Di suatu tempat.....

Sebaik saja sampai,Na young melihat keadaan sekelilingnya.Dia berasa pelik apabila kakaknya memberhentikan motosikal di satu kawasan yang mempunyai banyak lalang.

Na young dengan cepat turun dari motosikal dan berjalan laju mengikuti kakaknya.Tetiba kakaknya itu memberhentikan langkah membuatkan Na young yang berjalan di belakang hampir terlanggar belakang kakaknya.

"Aduh,apa main brek mengejut ni.Lain kali bagi lah signal"

Kakaknya yang tidak mengendahkan kata kata Na young mula mendekati satu kubur yang berada di sebalik lalang.Na young terkaku.

"Ja-jangan kata yang unnie sebenarnya dah mati"

Kakak Na young mula mengeluh.Tak paham lagi rupanya si Na young ni.

"Na young"

Na young segera menoleh ke belakang.Dengan segera dia mendakap ibunya yang turut berada di situ.

Kakak Na young mula mengeluh perlahan sebelum menoleh ke arah ibunya dan Na young sedang berpelukkan.

"Omma, omma sepatutnya lepaskan dia .Omma tak boleh hidup selamanya dengan dia.Omma dengan dia adalah makhluk dari alam yang berbeza"

"Tapi omma sayangkan dia"

"Omma tak boleh pentingkan diri omma sorang je.Omma kena terima kenyataan,bukan untuk omma je tapi untuk Na young juga"

Sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh kakaknya,Na young terus melepaskan pelukannya .Dia memandang ibunya dengan tidak percaya.

"Om-omma d-dah mati?"

Ibu Na young hanya tersenyum pasrah sambil memandang Na young.

"Rasanya , memang betul apa yang unnie kata tu.Omma sepatutnya........dah lepaskan kamu pergi"

"Apa maksud omma?"

Na young mula mengerutkan dahinya.Dia masih tidak faham tentang situasi sekarang ni.

"Na young,sebenarnya kamu dah....................meninggal tiga hari lepas .Kemalangan kereta ."

Kata kata kakak Na young itu membuatkan Na young terpaku.

"Memang susah nak terima tapi itu lah kenyataannya"

Air mata Na young mula mengalir membasahi pipi.Memang betul beberapa hari lepas dia mengalami koma setelah terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang dari sekolah.Namun sebaik saja dia sedar dari koma,entah bagaimana dia boleh ada di dalam rumahnya.

Air mata terus menerus membasahi pipi Na young.Kakaknya dan ibunya pula tersenyum manis melihatnya.

THE END........

SILA BACA NOTE DI BAWAH















Aipppp,sekejap.Tak syoklah kalau cerita tu tak ada happy ending kan.Sila teruskan membaca.

Ibu dan kakak Na young mula mendekati Na young.Mereka mendakap Na young dengan erat.

"Aigoo,our precious Na young is crying"

kata kakak Na young sambil mengusap belakang Na young perlahan.

"Alololoo,janganlah menangis"

ibu Na young pula mula mengelap air mata Na youn menggunakan kedua dua ibu jarinya.

"Happy birthday to you.....Happy birthday to you.......Happy birthday to Na young "

Na young menoleh ke arah celah lalang di mana dia melihat beberapa orang rakannya sedang berjalan ke arahnya sambil  membawa satu kek coklat.Baru dia teringat bahwa hari ni adalah hari jadinya,

"Maksudnya,semua ni...."

"Semua ni prank je"

kata kakak Na young sambil tersengih.Na young mengesat air matanya.

"Thank you, guys"




hahahaha,sorry lah kalau cerita tak best dan bukan seperti yang korang expect.

kebetulan ada idea,tulis je lah.




CREEPYPASTA(MALAY VER.)Where stories live. Discover now