Rancangan Melarikan DIRI

58 7 0
                                    

  Jooheon seorang jejaka yang tampan namun dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan membunuh. Jooheon tidak dapat menerima kenyataan yang dia terpaksa menghabiskan masa hidupnya di penjara. Jooheon mula membuat satu rancangan untuk melarikan diri.

  Jooheon menjadi kawan baik dengan Minhyuk seorang pekerja di penjara itu. Tugas Minhyuk ialah mengebumikan mayat banduan yang meninggal dunia di penjara itu. Mayat banduan akan ditanam di kubur yang terletak di luar penjara. Apabila terdapat satu kematian, loceng penjara akan dibunyikan dan didengari oleh semua penghuni penjara.

  Minhyuk akan meletakkan mayat banduan ke dalam keranda. Selepas itu dia akan ke bilik pejabat untuk mengisi sijil kematian buat si mati dan kembali semula ke bilik mayat untuk memaku keranda itu. Akhirnya dia akan membawa keranda itu ke kubur dan kebumikannya.

  Jooheon mula mengetahui rutin kerja Minhyuk. Dia merancang satu pelan melarikan diri dan berkongsi kepada Minhyuk. Apabila bunyi loceng bunyi sekali lagi, Jooheon akan keluar dari sel dan pergi ke bilik mayat secara senyap-senyap.

Selepas itu Jooheon akan bersembunyi di dalam keranda bersama mayat yang baru meninggal dunia. Apabila Minhyuk selesai mengisi sijil kematian, Minhyuk akan memaku keranda itu dan tanamkan Jooheon bersama mayat itu sekali.

  Jooheon percaya yang dia masih boleh bernafas di dalam keranda itu sehingga waktu petang iaitu waktu Minhyuk pulang kerja. Jooheon akan tunggu Minhyuk untuk mengeluarkan dia semula dari kubur itu.

  Minhyuk teragak-agak dengan rancangan Jooheonnamun disebabkan mereka sudah berkawan lama, Minhyuk akur dengan rancangan itu. Jooheon menunggu beberapa minggu untuk ada banduan yang dikenakan hukuman mati.

Pada suatu malam, Jooheon terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi loceng. Jooheon membuka kunci sel dia dengan kunci yang dicuri dari pengawal dan berjalan perlahan-lahan ke bilik mayat. Dia hampir tertangkap namun berjaya meloloskan diri.

  Jooheon membuka pintu bilik mayat dan masuk dalam keadaan gelap. Jooheon terjumpa satu keranda yang baru disediakan. Jooheon buka keranda dan melihat ada mayat disitu. Dia masuk ke dalam keranda dengan berhati-hati supaya tiada siapa yang dengar. Jooheon akan menunggu Minhyuk datang untuk dia memaku keranda itu.

Tidak lama kemudian Jooheon  terdengar bunyi tapak kaki dan keranda itu dipaku oleh seseorang.  Jooheon rasa Minhyuk yang sedang memaku keranda itu. Jooheonagak tidak selesa berada di dalam keranda bersama mayat namun dia terpaksa bersabar demi mendapat kebebasan.

Keranda itu di letak di dalam van mayat dan di bawa ke kawasan perkuburan.  Jooheondapat merasakan dia di angkat dan diletakkan di tanah. Dia terdengar bunyi pasir-pasir yang jatuh di atas kerandanya.  Jooheon berdiam diri supaya tidak didengari oleh sesiapa. Jooheon  berharap Minhyuk mengeluarkan dia dari keranda itu secepat mungkin.

Setelah beberapa minit dikebumikan, Jooheon mula ingin tahu siapakah mayat yang baru meninggal dunia ini. Jooheon mengeluarkan lighter di poketnya dan nyalakan ia. Cahaya mula menerangi sedikit ruang di dalam keranda.

Alangkah terkejutnya Jooheon apabila melihat wajah mayat disebelahnya itu adalah wajah kawannya Minhyuk. Minhyuk meninggal dunia akibat dibelasah oleh banduan di penjara itu kerana berkawan rapat dengan Jooheon.

  Jooheon mula meronta dan cuba memecahkan keranda itu namun ia dipaku begitu ketat sekali. Akhirnya Jooheon tidak dapat buat apa-apa dah hanya menunggu maut datang menjemputnya sambil ditemani mayat Minhyuk yang kian mereput dimakan ulat.

Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/

http://mycreepypastacollection.blogspot.com/2016/03/malay-creepypasta-rancangan-melarikan.html

CREEPYPASTA(MALAY VER.)Where stories live. Discover now