Mata(Part 1)

52 6 0
                                    

"Tangkap dia!!"

Keadaan di Kampung Gyeongu semakin kecoh.
Apatah lagi kejadian yang baru sahaja berlaku melibatkan puteri Raja Ing-Yeong.

"Cari dia sampai jumpa!"kedengaran suara tegas ketua pegawal istana memekik.
Pengawal-pengawal mula berpecah memasuki setiap lorong kampung Gyeongu untuk mencari buruan yang mereka kehendaki.

Tanpa mereka sedari,di sebalik pokok lebat yang ada di belakang mereka, terdapat sepasang mata yang memerhati.

"Fuh.....nasib baik dapat terlepas.Aku kena cari jalan untuk lepaskan diri."

keluh Mingyu perlahan.

Dia memeriksa keadaan sekeliling yang sudah aman.
Nasib waktu sudah masuk tengah malam, kalau tidak, pasti bilangan penduduk yang ramai di kawasan kampung pasti akan mengganggu rancangannya untuk melarikan diri.

Setelah dia memikirkan tempat yang ditujunya selepas ini,dia memastikan baju pegawal istana yang dipakainya itu dilitupi dengan kain sutera merah yang mampu menutup seluruh badannya.

Jikalau Raja Ing-Yeong dapat tahu bahawa Mingyu lah yang mengintai sewaktu puterinya sedang bersiram,boleh dihukum mati Mingyu dibuatnya.

(Di kawasan hutan...)

Mingyu menghela nafas lega apabila pondok yang pernah menjadi tempat tinggalnya dulu masih kukuh berdiri.

Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggung di anjung pondok itu,dia terdengar namanya dipanggil.

"Mingyu ke tu?"

Mingyu membuka pintu pondok itu perlahan , tergamamnya seketika.

"Hyung...kenapa kau ada kat sini dan apa jadi.....pada kulit kau?"

Abang Mingyu hanya tersenyum kelat.

"Aku dikuarantinkan daripada penduduk kampung aku yang lain.Penyakit kulit yang aku baru alami ni....dipercayai boleh merebak melalui sentuhan,jadi Raja perintahkan aku supaya keluar dari kampung"

Abang Mingyu kelihatan sungguh pasrah.Kulitnya yang mengelupas jelas menampakkan isi daging yang merah serta nanah di sekelilingnya.

"Kenapa kau ada dekat sini?Setahu aku ,kau dah berpindah le kampung yang berpuluh baru dari sini"

Mingyu meneguk air liur . Takkanlah dia nak bagitahu abang tunggalnya itu bahawa dia sedang menjadi buruan Raja.

"Saja nak melawat tempat tinggal  kita yang dahulu"
Ringkas jawapan Mingyu membuatkan abang Mingyu tidak banyak bertanya.

Mereka berdua mengahabiskan masa bersama-sama pada malam itu walaupun Mingyu terpaksa duduk berjarak dengan abangnya yang khuatir akan jangkitan kulitnya.

Keesokan paginya,pada awal subuh,Mingyu mengambil keputusan untuk melarikan diri ke tempat yang lebih jauh,walaupun tanpa memberitahu abangnya.

Mingyu yang baru saja ingin bertolak ke tempat lain, memeriksa keadaan abangnya yang sedang nyenyak tidur dulu.

Kasihan melihat abangnya yang tidur berbantalkan lengan dan tiada selimut,Mingyu mengambil keputusan untuk menyelimutkan abangnya menggunakan kain sutera merah yang digunakannya sebelum ini sebelum berangkat pergi.

(Beberapa hari kemudian.....)

"Eh,kau dah dengar tak pasal lelaki yang dikenakan hukuman mati oleh raja tu?"

"Oh,lelaki yang mengintai puteri raja kita tu ke ? Memang patut pun dia mati, dia telah menyebabkan raja sangat murka"

"Aku dengar , semasa dia dijumpai , dia masih pakai kain sutera merah yang dia curi hari tu dari bilik pakaian puteri untuk menyembunyikan diri dia.Baginda sangat murka,jadi baginda suruh pekerja istana keluarkan biji mata dia sebagai hukuman mati"

"Ish,tak padan dengan penyakit kulit mengelupas,ada hati nak berbuat jahat"

Mingyu yang sedang makan roti di warung itu terhenti seketika.Bualan dua orang yang berada di hadapannya membuatkan dia resah.

"Hyung...." Mingyu terus menghabiskan roti yang dimakannya sambil memikirkan tentang abangnya.

"Hyung aku kena hukuman mati sebab aku,apa yang aku dah buat ni" Mingyu yang menyelit dua antara orang ramai yang lalu lalang di pasar itu masih tidak dapat menghilang kan rasa kesal dalam dirinya.

"Tapi...... mungkin ada baiknya abang aku yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman.Ye la, takkan lah aku nak biarkan abang terus hidup dengan penyakit kulit dia tu ,lebih baik dia mati kena fitnah.Pasal nama baik dia tu,alah biarkan je lah.

"Yang dah mati biarkan pergi,yang hidup ni kena teruskan hidup"rasa egois Mingyu mula menguasai.Dia membuat keputusan untuk membiarkan kematian abangnya yang difitnah itu.

Walau pun dia sayangkan abangnya, tapi dia cemburu dengan pangkat abangya sebagai penasihat raja yang tak setaraf dengan pangkat nya sebagai pegawal istana.Akhirnya,dapatlah dia hidup tanpa perlu memikirkan perasaan cemburu nya itu.

Bersambung......




CREEPYPASTA(MALAY VER.)Where stories live. Discover now