Mata(part 2)

66 9 2
                                    

beberapa bulan kemudian...

"Sayang,saya nak pergi pasar kejap.Sayang jaga rumah elok ii ye bila sampai rumah"suara isteri Mingyu di dapur dapat didengar jelas oleh Mingyu yang berada di luar pintu.

"Baiklah, jaga diri elok ii kat pasar.Jangan lupa masakkan sup bebola yang awak janjikan tu"

"Tengoklah dulu..."

Mingyu melangkah keluar dari rumah pondok kayunya itu.

Sekarang,Mingyu hidup bahagia dengan isteri yang baru dikahwininya itu.Kerjanya sebagai pegawal istana langsung tidak tergugat dengan kematian abangnya.Jadi,dia telah meneruskan tugasnya seperti biasa.Walaupun abangnya yang didapati' bersalah',namun raja masih ingin menyimpan Mingyu untuk bekerja di bawahnya.

Setelah pulang......
Mingyu berjalan dengan longlai ke arah rumahnya.Dia duduk di pintu rumah yang gelap gelita itu.Disangkanya , isterinya belum balik dari pasar.

Mingyu mengeluh.Hari ini amat memenatkan kerana terdapat segelintir penyangak yang membuat rusuhan di hadapan pagar istana dan Mingyu lah yang terpaksa menguruskan mereka.Nasib Mingyu dapat elak tikaman ii yang mereka lakukan dengan pisau.

Mingyu masuk ke dalam rumah.Walaupun tiada cahaya,Mingyu masih cuba meraba raba dinding untuk pergi ke dapur.Bila diri lapar sangat,gelap gelita sanggup diredahinya.Rumahnya
pula tak mempunyai pelita tanah,jadi gelaplah rumah.

"Hmm...sedapnya bau."

Sebaik melangkah ke dapur , aroma sup mula menusuk hidungnya.Fikirnya,mungkin isterinya telah menyediakan sup bebola yang diinginkannya itu sebelum keluar kembali.

Mingyu mengambil periuk itu dan meletakkan ke atas meja kecilnya itu.Dia laju mencapai sudu di sebelah walaupun dalam keadaan gelap.Entah kenapa,sup yang dibuat hari ini rasanya sungguh enak.Mingyu mengambil keputusan untuk menghirup sup dulu sebelum memakan bebola ikan di dalam sup itu sebentar nanti.

Tetiba fikirannya melayang kembali ke peristiwa yang berkaitan kematian abangnya itu.

"Mianhae , hyung...tapi aku rasa bila kau tiada,omma dah tak bandingkan aku dengan kau.Omma sekarang dah benci kau begitu juga dengan appa..."

"Dapat juga aku perhati badan tuan puteri haritu..."

Mingyu terngiur seketika sebelum meneruskan hirup sup itu.Di kala sup itu hampir habis,Mingyu mula meratah bebola yang ada.Sewaktu memakan bebola yang ketiga,dia mula berasa tak sedap hati.

"Kenapa bebola yang ni rasa kenyal lain macam?Selalunya okay je"dalam keadaan rumah yang gelap itu,Mingyu cuba mencari lilin di bawah meja.

Belum sempat Mingyu hendak menyalakan mancis,api pada lilin tersebut menyala dengan tiba-tiba.Mingyu terpaku.

"Aku tak nyalakan lagi api,macam mana lilin boleh menyala...."

Namun bagi Mingyu sekarang itu tak penting ,matanya  sekarang lagi tertumpu pada mangkuk yang berisi sup itu.Ternyata itu bukan sup bebola,tetapi semangkuk darah yang berlaukkan bebola mata .Hampir termuntah Mingyu dibuatnya.

Baru sahaja Mingyu bangun untuk mencari air untuk diminum,tetiba dia terduduk semula.

Matanya bagaikan tidak percaya, melihat tubuh susuk abangnya di hadapannya.Kelihatan susuk tubuh abangnya mirip saja seperti ketika dia masih hidup,namu yang mengerikan ialah kedua bebola matanya tidak kelihatan.Yang kelihatan hanyalah dua lubang pada tempat sepatutnya matanya berada.

Mingyu menekup mulutnya sendiri.Hampir saja dia menjerit .Dia menggigil ketakutan.Lilin yang masih dipegangnya hampir saja terlepas dari tangannya.

Abang Mingyu berdiri tepat di hadapan Mingyu.Namun,nampaknya abangnya itu tidak boleh melihat kerana tangan abangnya itu kelihatan jelas meraba raba di awangan seperti mencari sesuatu.Mingyu bernasib baik kerana dia sempat duduk semula tadi.

Jarak di antara Mingyu dan abangnya semakin dekat apabila abangnya semakin hampirinya sambil tangannya masih meraba raba keadaan sekeliling.Seolah mencari sesuatu.

"Mingyu......."
"Ikutlah hyung.....hyung rindukan kamu....."

Air mata kelakian Mingyu mengalir perlahan.Dia mesti kuat,dia tak akan sesekali menyerah diri kepada abangnya itu.Dia menekup mulutnya dengan kuat lagi apabila esakannya hampir didengari.

Selepas lima minit mereka berdua dalam keadaan begitu, abangnya seolah putus asa apabila tidak mendapat sahutan.Abangnya perlahan-lahan memusingkan badan lalu berjalan ke arah ruang rumah Mingyu yang lain sambil tangannya masih tidak lepas meraba dinding bagi membantunya jalan.

Mingyu menghela nafas lega apabila melihat abangnya yang mula beredar.

"Kenapa hyung ada kat sini?"soalan yang tercetus dalam fikiran Mingyu membuatkan Mingyu bingung.

Baru saja hendak bangun daripada duduknya , Mingyu terlanggar mangkuk yang berisi darah dan bebola mata yang meninggalkan kesan darah pada bajunya.

"Ish!" Mingyu sedang sibuk membelek kesan tumpahan pada bajunya sehingga......tanpa dia sedari ada makhluk yang berlari laju ke arahnya.

"Aaaarggghhh!" rumah Mingyu dipenuhi dengan suara jeritan lelaki.

.................................................................
"sayang,saya dah balik-aaaarrrghhhh!" habis terlepas barang barang yang berada dalam pegangannya tadi.
Isteri Mingyu terduduk apabila melihat keadaan ngeri di hadapannya.

Ruang dapurnya dipenuhi dengan percikan darah ,mayat Mingyu terbaring di sebelah meja tempat makan.........dan kedua mata Mingyu hilang dari tempat sepatutnya.

Mingyu dipercayai membunuh diri kerana tiada kesan pergelutan pada badannya dan .....

kedua mata Mingyu masih belum dijumpai walaupun penyiasatan khas telah dibuat oleh penyiasat di raja.

TAMAT

hmm sorry kalau cerita ni tak masuk akal or something like that.....
biasalah dah lama tak update

BintankPutri05 harap tak terlalu creepy lah ye 😇



CREEPYPASTA(MALAY VER.)Where stories live. Discover now