Part 7

36.4K 1.1K 84
                                    

WARNING : Cringe











"Najwa.." Adam bangun dari baringnya. Kepalanya yang masih pening hanya diabaikan saja. Dipandang Najwa yang sedang tidur berbantalkan lengannya. Adam bangun lalu tubuh kecil itu diangkat ke sofa kemudian diselimutkan.

Adam naik ke atas untuk membersihkan dirinya. Usai membersihkan dirinya, dia ke almari pula untuk memilih baju. Baju t-shirt berlengan pendek serta seluar track berjalur putih itu diambil.

Perfumenya disembur lalu rambutnya dikemaskan malas-malas namun tetap kelihatan segak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Perfumenya disembur lalu rambutnya dikemaskan malas-malas namun tetap kelihatan segak. Jam tangannya dipakai lalu dia turun ke bawah semula. Kelihatan Najwa yang masih nyenyak tidur.

"Najwa, bangun cepat." Adam menarik selimutnya. Najwa bergerak sedikit lalu mula membuka matanya dan dia segera bangun berdiri di hadapan Adam. Matanya ditenyeh beberapa kali sebelum dia memandang Adam.

"Awak nak pergi mana?" Soalnya. Adam diam dan terus menerus merenung wajah Najwa yang baru bangun itu. Menguji betul.

"Kau pergi mandi cepat, aku tunggu." Katanya. Najwa mengangguk lalu mula menapak ke tangga. Dia masih lagi mengantuk, tapi memang tugasnya untuk mendengar arahan Adam. Kalau dia bantah akan arahan itu, tahulah sendiri apa nasibnya selepas itu.

"10 minit, Najwa." Katanya sambil melihat Najwa yang sedang berjalan naik ke atas.



NAJWA bergegas turun kerana dia sudah menggunakan masa 20 minit daripada masa yang diberi. Dipandang wajah ketat Adam yang sedang menunggunya di ruang tamu itu.

"Maaf, saya.."

"Aku taknak dengar alasan, so now my punishments." Pinggang Najwa ditarik rapat ke badannya lalu bibirnya dicantumkan bersama. Najwa menolak dada Adam apabila terasa dia semakin mendekat.

"Umm.." beberapa kali Najwa menolaknya. Akhirnya Adam melepaskannya sambil tersenyum manis.

"Nanti aku sambung denda aku."


SKIP






Najwa memandang jalan raya yang lenggang dengan kereta itu. Mungkin semua orang sedang sibuk bekerja dan bersekolah memandangkan hari ini bukanlah hari minggu.

"Kau menung apa? Cepatlah keluar." Adam mematikan enjin keretanya dan berjalan laju ke depan. Najwa yang baru sedar akan dunia nyata itu terus melangkah mengikut jejak langkahnya.

Semua orang menunduk hormat kepada Adam manakala Najwa di belakangnya hanya terkebil-kebil melihat semua orang yang begitu menghormatinya.

Sampai di pintu masuk, dua orang pengawal membiarkan Adam memasukinya tetapi menghalang Najwa daripada masuk. Dia tidak tahu ingin berbuat apa, takut dirinya pula akan ditembak.

"Lepaskan dia, bakal isteri aku tu."

"Maaf Cik muda." Dua orang pengawal itu menunduk hormat lalu membiarkan Najwa melaluinya. Sempat Najwa menghadiahkan segaris senyuman kepada mereka.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now