Part 13

29.4K 993 275
                                    

Tasya sudah mulai sering ke syarikat kerana difikirannya Adam sudah menerimanya. Walhal lelaki itu hanya melayannya kerana inginkan adiknya. Lelaki itu berniat jahat pada Najwa.

"Adam, I ada bawakan roti tuna untuk you. You suka kan?" Tasya membuka bekal makanan itu lalu diletakkan di hadapan Adam yangs sedang membuat kerja.

"Hm." balanya acuh tak acuh. Hatinya rindukan Najwa. Dia langsung tidak boleh fokus akan kerjanya tambahan pula Tasya yang tiap hari menganggunya.

"Adam, makan lah." Tasya tersenyum riang mengharapkan Adam agar memakannya. Namun lelaki itu langsung tidak memandangnya.

"Aku tak lapar la Tasya." Adam bangun menapak ke dapur mini di dalam biliknya. Tasya setia mengekori lelaki itu kemana-mana. Sudah naik rimas Adam melihatnya.

"Kenapa tak suruh I buatkan air untuk you macam dulu-dulu? I suka tau." Tasya senyum.

"Itu dulu." jawab Adam ringkas lalu menapak semula ke meja kerjanya. Entah bagaimana Tasya boleh melanggarnya sehingga air itu tumpah di atas kertas kerjanya.

"Tasya, kau—" Adam mengambil kertasnya yang sudah basah. Wajah Tasya dicerlung tajam. Kertas itu dibaling ke lantai lalu Adam keluar daripada ruangannya. Dia rimas.








*****




"Adam, taknak terima Tasya semula?" Dato Firash mula membuka bicara. Adam terus mengangkat wajahnya.

"Kenapa? Daddy nak Tasya jadi menantu Daddy?"

"Why not.." Dato Firash membuka kaca matanya. Wajah anak sulungnya itu dipandang lama.

"Adam sayang Najwa, daddy." Adam menutup fail yang dibacanya. Mood ingin membuat kerjanya terus hilang.

"Adam.. daddy teringin cucu, bila Adam nak bagi dekat daddy? Sekarang Najwa hilangkan diri, Tasya dah ada depan mata Adam."

"Adam tak cintakan dia daddy. Stop telling me to get back with her, dia masa lalu Adam." Adam menolak fail itu ketepi. Dia rimas.

"Daddy dah lamar Tasya."

"What? Untuk Adam? Daddy, kenapa tak bincang dengan Adam dulu? Daddy buat keputusan untuk Adam. Adam bukan budak kecik daddy." Adam bangun dari duduknya.

"Daddy terpaksa. Lusa majlis pertunangan kamu, get ready my son." Dato Firash menepuk bahu anaknya kemudian berlalu keluar. Adam menepis kasar semua fail di atas mejanya.

Tasya mula masuk ke ruangannya sambil membawa secawan kopi lalu diletakkan di atas meja. Fail yang terdampar di atas lantai itu dipandang sepi lalu dia memandang Adam semula.

"Kenapa ni?" soal Tasya sambil mengutip semua fail itu dan diletakkan di atas meja. Adam menarik tangan Tasya ke dalam pelukannya. Bibirnya digigit.

Kalau bukan kerana dendamnya pada Isyraf, memang dia tidak akan perlakukan Tasya seperti permaisuri hatinya. Hanya Najwa yang berhak memiliki hatinya, bukan wanita di hadapannya.

"Why? I ada buat salah dekat you ke Adam?" Tasya membalas pelukan hangat lelaki itu.

"Kita tunang untuk kali kedua. Kau tak gembira?" Adam terpaksa. Terpaksa melakukan semua ini demi Najwa.

"I happy. You terima?" Tasya menyentuh wajah Adam sambil diusap lembut. Dia masih sayangkan lelaki itu. Lambat-lambat Adam mengangguk.

Perit.

"Thanks, sayang." Tasya kembali memeluk tubuh itu. Akhirnya lelaki itu akan menjadi miliknya. Tidak sia-sia dia menghasut Dato Firash.






Mafia in LoveWhere stories live. Discover now