Part 21

29.3K 993 140
                                    

"Harini Tasya ada checkup dekat klinik." suaranya sengaja dikuatkan. Najwa diam tidak memberikan sebarang reaksi. Dahtu kalau ada checkup, pergi jela. Sibuk nak heboh pulak.

"Boleh Adam temankan Tasya tak? Please.." rayunya. Datin Maya terus mengangguk apabila Tasya memandangnya. Itu pun anak Adam juga kan, walaupun sukar untuk dia percaya.

"Tak nak la, Adam sibuk la mummy."

"Sekejap je, lepastu kamu balik la." celah Dato Firash pula. Dia memberikan isyarat agar Adam terus memantau gadis itu. Boleh jadi dia ada rancangan untuk memusnahkan keluarga mereka sekali lagi.

"Fine." jawab Adam malas. Sudunya diletakkan lalu dia melangkah ke tangga. Dia sudah tiada selera untuk makan.

"Najwa, pergi lah sekali." bisik Afiq. Najwa mengangguk faham kemudian mula mengikut Adam naik ke bilik. Pintu dibuka perlahan.

"Gambar apa tu?" tegurnya. Adam pantas mengerling ke arah Najwa sambil menyerahkan gambar yang dilihatnya. Gambar Tasya dengannya sewaktu zaman persekolahan?

"Aku terjumpa. Buangkan."

Najwa terus melempar gambar itu ke dalam tong sampah sambil tersenyum manis. Dia mendekati Adam lalu tangannya naik memeluk leher lelaki itu.

"Saya nak bantu awak boleh?"

"Bantu apa?" dia pelik. Entah apa pula perangai isterinya ini.

"Saya nak jadi isteri mafia. Betul-betul isteri mafia." Najwa tersenyum. Ini semua kerana Adam menyuruhnya menembak tadi. Hatinya terasa mula berminat dengan benda sebegitu.

"You are. Kau dah jadi isteri mafia la." tangannya naik menyisir lembut rambut panjang Najwa yang menutupi wajahnya.

"Bukan. Saya nak belajar semua yang awak belajar. Boleh?"

"Kenapa tak boleh? Aku lagi suka kalau kau nak libatkan diri dalam dunia aku sekali. Tapi kenapa tiba-tiba je, hm?" dahinya disatukan bersama.

"Saya rasa, saya dah suka menembak."

"Sekarang baru pukul 9 pagi. Nak pergi belajar menembak tak?" Adam mengangkat kening. Najwa terus mengangguk laju.








*****






"Awak kejap! Bukan ke awak kena teman Tasya pergi klinik?" Najwa menahan Adam. Sudah sampai di tempat menembak barulah dia teringat akan wanita jalang itu.

"I don't care, sayang. Cepatlah, aku tak sabar nak jadikan kau kuat macam aku." terus dia menarik tangan Najwa yang masih terkebil-kebil. Dia terlalu memikirkan keadaan perempuan tidak penting itu.

Lihat sahaja pasangan itu berjalan ke arahnya, terus gelas yang berisi air oren itu diletakkan di atas meja semula. Matanya laju merenung pakaian mereka berdua.

 Matanya laju merenung pakaian mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia in LoveWhere stories live. Discover now