Part 16

30.1K 977 353
                                    

Najwa masih batuk-batuk kerana kesan daripada gas beracun itu. Alat bantuan pernafasan yang sedang dipakainya sekarang sedikit sebanyak membantunya untuk bernafas.

Adam mengusap lembut dahi Najwa. Gadis itu masih belum sedarkan diri tetapi Adam setia menanti. Hatinya masih rindu.

"Dam, kau tak balik dari semalam?" soal Afiq yang baru saja masuk melawat Najwa. Dia duduk di sofa sambil mengerling Najwa yang masih terbaring lemah.

"Tak."

"Mummy tak risau ke? Tasya?" Afiq memang hendak menyuruh Adam pulang. Takut pula Tasya datang ke sini.

"Kau jangan la sebut nama dia." Adam mengusap wajahnya. Serabut rasanya nama wanita yang menjadi isteri paksanya itu disebut.

"Kau pun mesra-mesra la sikit dengan Tasya, macam mana la kita nak dapat info adik dia." Afiq menyilangkan tangannya.

"Fiq, muka dia pun aku benci nak pandang apatah lagi aku nak mesra dengan dia. Kau cari Adam lain la." Adam menjeling adiknya. Idea entah apa-apa.

"Kau tak kerja ke? Daddy tak marah pulak."

"Aku tak kesah dah Fiq. Yang penting sekarang ni Najwa okay, tu je aku mintak." kata Adam. Tangan Najwa diraih lalu diusap lembut, berharap gadis itu akan bangun.

"Takpe la Dam. Biar aku cover kau harini, kau tengok-tengokkan lah Najwa." Afiq mula bangun lalu menapak ke pintu.

Najwa batuk-batuk lalu bernafas berat. Tangan Adam digenggam seperti dia sudah hampir sedarkan diri. Adam merapati Najwa sambil mengusap lembut ubun-ubun gadis itu.

"Najwa.." panggilnya perlahan. Najwa perlahan-lahan berpaling ke arah Adam. Sungguh, dia rindukan lelaki itu. Tetapi, dia sudah menjadi milik orang lain.

"Najwa.. kenapa?" Adam menyoal apabila Najwa melarikan tangannya. Terus tangan gadis itu diraih semula.

"Tasya.. isteri awak.." katanya perlahan. Adam menggelengkan kepalanya.

"Aku terpaksa, kami kahwin bukan atas dasar cinta. Aku cintakan kau, Najwa." Adam mencium sekilas dahi gadis itu.

"Saya.. pun cin..takan awak." Adam tersenyum mendengarkan luahannya. Butang kecemasan terus ditekan.

Doktor Amri datang untuk memeriksa keadaan Najwa. Alat bantuan pernafasan itu dibuka lalu tangannya disuntik.

"Najwa dah beransur pulih, kalau keadaan dia lebih baik, esok mungkin dia boleh keluar." kata Amri sambil menepuk bahu Adam. Dia mengukir senyum sebelum menapak keluar.

"Awak.. saya lapar." adunya sambil menyelesakan duduknya. Adam mula melayannya mesra.

"Kau nak makan apa? Aku suruh pengawal ambilkan." soalnya. Lama dia memandang Najwa yang sedang berfikir.

"Tapi, Najwa. Kau tak boleh makan makanan berat lagi. Kau nak bubur?" sarannya. Najwa mengangguk ceria sambil Adam mengarahkan anak buahnya untuk membeli bubur ayam.

"Aku suapkan eh?" Adam terus menyuap bubur itu tanpa menunggu balasan daripada Najwa. Najwa mengunyah sambil menjelingnya.

"Cepat sihat tau, rindu."






*****







Tasya masuk ke bilik adiknya yang sedang bermain permainan video. Tasya melabuhkan punggungnya di sebelah adiknya lalu beg tangannya dihempas di atas meja.

"Isyraf, kenapa tak bunuh terus je Najwa?" soalnya bengang. Kalau ikutkan hatinya, dia ingin Najwa mati masa tu juga.

"Kakak, kau ingat senang ke? Aku kena tengok dua orang dalam satu masa. Lain la kau tolong aku time tu." matanya masih fokus pada game.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now