Part 30

26.7K 925 100
                                    

Lipbalm dia calitkan sedikit pada bibirknya. Sebentar lagi akan bermula majlis kesyukuran sempena ingin menyambut kelahiran Adam dan Najwa junior yang sudah tidak lama lagi.

"Nak jugak." Adam memusingkan badan Najwa lalu melekapkan bibirnya pada bibir isterinya. Najwa menjelingnya tajam. Habis comot lipbalm yang dipakainya.

"Sayang.. I love you."

Senyuman tidak pernah lekang pada bibirnya sejak dari tadi. Najwa turut tersenyum sambil menyembunyikan wajahnya di dada bidang lelaki itu. Tiba-tiba saja dia malu.

"Aww.." adunya perlahan. Perutnya dipegang setelah dia merasakan tendangan bayi di dalam kandungannya itu. Adam mengusap perlahan perut Najwa yang sudah membesar dan hanya menunggu masanya saja.

"Naughty Haidar in mummy's tummy." Adam tersenyum bahagia. Dia sudah tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya itu. Dia gembira, dalam masa yang sama dia risau jika Tasya muncul semula.

Namun itu semua hendak dia tolak ketepi terlebih dahulu. Biarlah perempuan itu dengan kehidupannya sekarang. Jika dia berani mendekati keluarga kecilnya lagi, tahu la nasibnya.

"Dam, tak keluar lagi ke? Mummy tunggu tu." laung Afiq dari luar. Adam mengenggam erat tangan Najwa dan berlalu ke ruang tamu di mana semua orang berada.

Usai majlis, para tetamu terdekat yang hadir mula menjamu selera dengan beberapa jenis hidangan makanan yang disediakan. Najwa mengurut pinggangnya lalu menapak ke ruangan dapur. Kerusi ditarik lalu dia duduk seketika.

Suasana riuh rendah dengan rakan-rakan rapat Dato Firash yang datang ke majlis itu. Cukuplah dia sudah menunjukkan wajahnya di hadapan mereka. Sekarang dia penat.







AFIQ menyiku lengan abangnya yang semakin lama rancak berbual dengan rakannya itu. Abang dia ni dah lupakan bini ke apa?

"Najwa kat dalam tu." bisiknya perlahan. Adam mengangguk faham lalu meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Kelibat Najwa dicari di ruang tamu dan juga bilik bawah. Dia menapak pula ke dapur.

"Najwa.. kenapa kau tidur sini ni?" Adam menarik bahu Najwa. Mata isterinya yang sudah merah-merah itu direnung lama. Air mata yang membasahi pipi gadis itu disapu lembut.

"Kenapa?" soalnya lembut. Najwa terus memeluk pinggang Adam tanpa berkata apa-apa.

"Rindu ibu.." air matanya dilap sendiri. Cengeng pula dia. Satu ciuman hinggap pada dahinya.

"Tak makan lagi kan? Jom, kita makan sama-sama." ajaknya namun ditolak oleh Najwa. Adam yang geram dengan perangai isterinya itu terus mencempung tubuh Najwa ke ruang tamu.

"Awak! Jangan lah!" Najwa memukul bahu Adam. Adam ketawa lalu meletakkan gadis itu di atas sofa. Najwa menutup wajahnya dengan telapak tangan. Malu.

Setelah mengambil makanan, dia menapak semula ke arah Najwa yang masih lagi menutup wajahnya. Kedua tangan itu dialihkan perlahan-lahan.

"Nak aku suap?" soalnya. Najwa pantas menggeleng sambil mengambil pinggan di tangan Adam. Mee goreng itu dikunyah perlahan lalu wajah Adam di sebelahnya ditilik.

"Apa pandang-pandang? Aku tahu aku hensem." pujinya sendiri. Najwa membuat muka. Memang hensem pun.

Hm.

"Nak air.." Najwa tersengih sambil menarik tangan Adam yang sedang fokus pada telefonnya. Adam bangun berdiri tanpa banyak songeh kemudian dia kembali semula ke tempat asalnya.

"Adam dengan Najwa tak pergi honeymoon mana-mana ke? Macam mana boleh mengandung pulak."

"Ha ah. Adam tu kan sibuk uruskan syarikat. Ada pulak masanya."

Suara-suara sumbang mulai kedengaran. Najwa hanya diam, tidak pula terasa ingin mengambil tahu. Adam meletakkan telefonnya ke tepi sambil memandang sekumpulan wanita yang tidak jauh darinya.

"Aunty, dalam bilik pun boleh je honeymoon. Tak up to date eh? Oh lupa, orang lama." bidasnya kasar. Najwa memukul perlahan lengan lelaki itu.

"Benda betul la sayang." wanita-wanitu itu dipandang lama. Ada je mulut-mulut belacan dekat sini.

"Hah diam. Tanya lah Afiq bila nak kahwin pulak. Mana tahu kot dia memang tak laku ke, tak cukup harta ke, memilih ke?"

Afiq yang sudah memang duduk di sebelahnya dari tadi itu memandang tajam abangnya. Dia pula dikaitkan dalam hal ini. Kedua tangannya disilangkan tanda merajuk.

"Enough. Rasanya majlis ni dah boleh ditutup memandang hari pun dah lewat malam." celah Dato Firash. Lama kelamaan, para tetamu sudah pulang semuanya.

"Adam, daddy support you! Sepatutnya Adam bakar lagi diorang." Dato Firash menepuk bahu anak sulungnya. Dia juga benci orang seperti itu. Ada saja yang tak kena.

"Adam nak mandi."

Adam mula naik ke bilik. Mood dia tiba-tiba hilang. Najwa yang mendapat isyarat daripada Afiq dan Datin Maya itu terus mengekori Adam dari belakang.









SKIP







"Dah?" soal Najwa sambil merapati Adam yang sudah siap memakai pakaiannya. Wajah masam lelaki itu dilihat.

"Awak fikir apa diorang kata?" kedua tangannya naik memeluk leher suaminya. Adam diam tidak bersuara sambil mempamerkan riak wajah yang tenang.

"Aku tak suka.." luahnya. Adam yang tadinya terasa serabut terus terasa kembali ke alam realiti. Tubuh Najwa ditilik dari atas sehingga bawah.

"Kau pakai baju apa pulak ni?" Adam memegang kepalanya. Entah apa pula plan Najwa dengan memakai baju tidur yang nipis itu.

"Nak honeymoon." jawabnya berani.

Pinggang Adam dipeluk erat sambil senyuman terbit pada bibirnya. Adam hanya melayan.

"Jom kita honeymoon." ajak Najwa.

"Serius? Jangan cabar Adam. Silap-silap nanti keluar kembar tau, sayang." usiknya.

"Ish! Jangan la kerjakan saya malam ni, saya penat." Najwa cuba memberhentikan Adam. Terasa dia perangkap dirinya sendiri. Niat ingin membuatkan lelaki itu tersenyum saja.

"Kalau aku nak buat jugak? Sayang la kalau kau dah pakai macam ni tapi takde orang usik."

Adam mengangkat kening. Tawanya cuba ditahan apabila dia melihat wajah cuak Najwa. Kan dah kena balik. Padan muka.

"Adam.. jangan laa.." Najwa menahan tangan Adam yang sudah naik memegang bahunya.

"Kata nak honeymoon. Jom, aku jadikan dia kenyataan."

Najwa terus melarikan dirinya di penjuru dinding. Adam tersenyum nakal sambil menapak perlahan ke arah Najwa yang sedang sibuk menutup bahagian hadapan tubuhnya.

"Kan dah termasuk perangkap sendiri." kata Adam sambil mengunci Najwa di dinding. Najwa menelan air liurnya perit. Takut.

"Let's go!" Adam mengangkat tubuh itu ke katil. Dia mula memanjat naik ke katil juga.

"Awak.. nanti saya—" Najwa terdiam. Adam hanya berbaring di sebelah sambil memeluk pingangnya.

"Kau fikir apa hah? Eee kotornya pemikiran dia." Adam menjentik dahi Najwa. Najwa mencebik sambil menggosok dahinya.

Sekarang ni siapa kenakan siapa sebenarnya?



































Aku malas terok nk double check typo 🤣

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now