Part 22

28.1K 975 202
                                    

Pagi-pagi lagi Adam sudah mengajak Najwa ke tempatnya menembak. Tetapi hari ini dia tidak ingin mengajar Najwa menembak kerana tangannya itu masih perlukan rehat.

Selain tempat menembak, di situ juga ada tempat seperti gym, gelanggang gusti dan pelbagai lagi sukan yang memerlukan daya fokus yang tinggi.

"Najwa, tukar baju ni." Adam menyerahkan sepasang baju pada Najwa. Gadis itu terus mengambilnya tanpa banyak alasan. Dia ke tempat menukar baju yang telah disediakan di dalam gym itu.

 Dia ke tempat menukar baju yang telah disediakan di dalam gym itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Perfect! Let's go."

Adam dan Najwa sedang memanaskan badan mereka. Kerana kesiankan isterinya itu, Adam juga akan turut berlatih serba sedikit tendangan yang dia tahu bagi memantapkan lagi kebolehannya.

"Okay, sekarang tunjuk tendangan kau." punching bag dipegang sambil posisi isterinya itu diperhati. Najwa mula menendang sekuat hatinya. Berkali-kali Adam menyuruhnya melakukan tendangan itu.

"Good job. Tak sangka pulak kau pandai guna kaki. Sekarang, jom lawan dengan aku."

"Ha? Tapi, saya.. mana boleh.. awak.." gila ke apa nak lawan dengan mafia? Mau patah dua badannya nanti.

"Tendang aku." arahnya. Dipandang wajah Najwa sekilas.

"Kalau Afiq ada peluang kan, Afiq tendang muka dia." celah Afiq di sebalik punch bag itu. Lolipop di tangannya dihisap beberap kali.

Ayoyo.

Najwa menarik nafas. Dia mula membayangkan di hadapannya sekarang ini adalah Tasya. Tasya yang sedang menggedik dengan suaminya. Terus satu tendangan kuat diberikan.

"Aduh." Adam sudah duduk melutut ke lantai. Pehanya digosok beberapa kali. Tidak sangka pula Najwa begitu hebat dalam menendang.

"Awak! Saya mintak maaf.. sakit?" laju gadis itu menerpa ke arah Adam yang sudah duduk tersungkur. Dia juga tidak menyangka tendangannya itu akan begitu kuat seperti itu.

Dia cuma tidak boleh menahan kekuatan tendangannya.

"Saya ambilkan ais kejap tau."







*****








"Hahahahahaha.. aduhh Adam hahahahaha" Afiq sudah bantai gelak melihat wajah berkerut Adam menahan sakit. Pehanya juga sudah bengkak sedikit.

"Afiq." kata Adam tegas. Lelaki itu terus berhenti berbuat apa-apa. Adam kalau mengamuk memang badan dia pun boleh dihancurkan.

Najwa masih diam sambil tangannya perlahan-lahan meletakkan ais pada bahagian peha Adam yang ditendangnya tadi. Dia risau pula jika lelaki itu cedera kerana dirinya.

"Kenapa muka tu." tegur Adam lalu duduk menghadap Najwa. Pipinya diusap lembut.

"Awak sakit sebab saya. Saya minta maaf." Najwa menunduk. Rasa bersalah pula.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now