Part 31

28.7K 975 94
                                    

"Najwa.." Adam menolak lembut tubuh isterinya itu. Tahu sangat Najwa akan mula melekat dengannya apabila setiap kali dia hendak pergi ke tempat kerjanya. Gadis itu tidak membenarkan dia ke mana-mana.

"Nak cium.." bibirnya didekatkan.

Chup.

"Dah. Tengah hari nanti aku balik okay?" Adam mengusap lembut kepalanya sambil tersenyum. Wajah monyok Najwa ditenung lama. Ada saja perangainya pagi-pagi macam ni.

"Nak ikut." katanya perlahan. Wajahnya ditundukkan.

"Tak boleh la sayang. Aku hantar rumah mummy eh? Nak tak?" kedua belah pipi isterinya itu dicium tanda memujuk.

"Taknak."

Adam mengeluh kecil. Jika ditengking ada pula yang terasa, siap kurung diri sendiri di dalam bilik sampai tak nak sentuh langsung makanan.

Alahai, isteri.

"Najwa, aku kena pergi kerja. Please, nanti aku cuba balik awal." pujuknya. Lambat-lambat Najwa menggelengkan kepalanya.

"Aku tak akan benarkan kau keluar atau ikut aku. Pergi masuk bilik, tidur." suaranya ditinggikan sedikit. Mungkin dia harus berkasar sedikit?

"Tapi—"

"Najwa, kenapa susah sangat nak dengar cakap aku?" Adam mengeluh. Coatnya diambil lalu dia menapak ke kereta tanpa menghiraukan Najwa yang terdiam.

Dia terasa.














*****










"Kau.. apa?" soal Afiq terkejut dengan apa yang diceritakan oleh abangnya tentang kejadian pagi tadi.

"Adam, kau kata nak balik time lunch?" soal Afiq semula sambil menilik jam dinding. Adam mengangguk polos.

"Sekarang dah pukul 7 petang bodoh!"

"Aku tak tahu daddy tiba-tiba buat meeting tadi. Lepastu heret mesyuarat tu sampai pukul 2 lebih." Adam membela dirinya.

"Pandai-pandai la kau hadap nanti. Aku bukan ada pengalaman pun nak handle perempuan mengandung cane." tangannya disilangkan.

"Dam, due date dia bila?"

"Tiga minggu lagi." lambat-lambat Adam mengerling riak wajah adiknya yang mulai berubah.

"Kau pergilah balik, nanti aku cakap kat daddy."









ADAM naik ke bilik sambil membuka bajunya lalu diletakkan di dalam bakul pakaian kotor. Dia melangkah pula ke arah Najwa yang sedang nyenyak tidur tetapi wajah gadis itu berkerut seperti menahan sakit.

"Najwa.." panggilnya lembut. Wajah Najwa seperti tidak senang duduk itu direnung lama. Tangannya naik mengusap perut isterinya. Pasti dia tidak selesa dengan posisi tidur yang tidak menentu.

"Sayang.." bisiknya perlahan. Najwa perlahan-lahan membuka matanya lalu bergerak sedikit merapati Adam yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

"Awak tak balik tengah hari tadi.." Najwa menahan sebak. Dia tunggu kepulangan lelaki itu sehingga dia tertidur kepenatan demi memasak buatnya.

"Sorry.."

"Tu je awak tahu? Perasaan saya awak tak pernah nak fikir pun. Lepas saya dah macam ni awak layan saya nak taknak je kan?"

"Kenapa fikir macam tu? Najwa—"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Najwa sudah bangun keluar bilik. Hatinya sakit, emosinya tidak dapat dikawal.

Dia tertinggi suara pada suaminya kah?








SKIP










Najwa mengurut kepalanya yang terasa sakit. Dia perlahan-lahan menapak ke arah tangga untuk naik ke bilik. Adam yang kebetulan turun itu terus melangkah laju ke arah Najwa yang berjalan tidak tentu.

"Najwa.. najwa!" sempat dia menyambut tubuh isterinya itu. Wajah pucat gadis itu direnung lama sebelum dia mencempung tubuh itu ke bilik bawah.

Rambut gadis itu dielus lembut. Semakin hari rasa sayangnya pada gadis itu semakin tinggi. Kalau lah Tasya yang menjadi isterinya sekarang ini, barangkali dia sudah bankrup.

"Ha, Dam. Ada apa?" soal Amri yang selamba badak menerjah bilik itu. Adam mengeluh kecil. Mujur dia sempat selimutkan tubuh Najwa.

"Dam.. pucatnya muka dia." Amri mengerling seketika wajah Najwa yang kelihatan seperti orang kehilangan darah.

"Tu lah aku panggil kau."








"Lebih baik kau mati la! Aku takde kakak bodoh macam kau!" Isyraf menampar wajah Tasya beberapa kali. Wanita itu sentiasa menyerabutkan hidupnya sehingga rancangannya semua gagal.

"Isyraf.." air matanya mulai gugur. Sanggup adiknya mengikat dia pada tiang serta menampar pula wajahnya. Diperhati saja tingkah laku Isyraf yang mencurahkan minyak petrol di sekelilingnya.

Isyraf tersenyum sinis sambil menyalakan mancis. Perlahan-lahan mancis itu dijatuhkan ke atas permukaan minyak. Api mulai membara sedikit demi sedikit.

"Isyraf! Kenapa buat kakak macam ni?! Kakak yang bela Isyraf dulu!" jeritnya yang mulai merasai kepanasan. Isyraf menggeleng laju.

"We are nothing. Mati lah kau dengan semua dosa kau tu."

Pintu dirempuh kuat oleh Afiq. Dia melangkah laju ke arah Isyraf lalu satu tumbukan kuat mula mengenai wajahnya. Afiq memandang Tasya yang menggelupur kepanasan.

Dia terlambat.

Sempat Tasya tersenyum dalam keperitan padanya sebelum api memakan dirinya. Afiq merenung tajam Isyraf yang terbaring di lantai. Kolar baju lelaki itu ditarik lalu wajahnya ditumbuk sekali lagi.

"Dia kakak kau.. manusia apa kau ni?" Afiq turut menghumban Isyraf ke dalam api yang masih menyala kemudian dia menapak keluar tanpa mempedulikan jeritan lelaki itu.









SKIP






"Awak saya dah nak beranak ni! Jangan lah main-main!" jerit Najwa sambil menepuk kuat bahu Adam. Adam memandu laju ke hospital sambil menggosok bahunya.

Sampai saja di hospital, Najwa terus dimasukkan ke dalam wad sebelum ke ruangan bersalin. Tangan Adam digenggam kuat. Sakit.

"Aku ada ni. Isteri aku kuat!" jeritnya perlahan cuba memberikan semangat pada Najwa. Najwa tersenyum nipis.

"Awak.." dia sudah tidak senang duduk. Adam mengusap perlahan dahi Najwa yang sedikit berpeluh sambil menghadiahkan satu ciuman pada dahinya. Tak dapat dibayangkan sakitnya itu.

Memang la sebab dia lelaki. Korang kenapa? Eh.

"Aku teman kau sini, tidur la dulu. Be brave for Haidar, okay? I love you."
































Nakpi kolej dahni 😭

sorry lambat update, sibuk beli barang. Ehek.

Mafia in LoveWhere stories live. Discover now