10 Adik angkat

1.4K 140 86
                                    

Lama tidak datang ke sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama tidak datang ke sini. Hari ini  sampai jua langkah sekadar melawat niat di hati. Segulung kek pandan dibawa sebagai buah tangan. Dia berlabuh ke sofa dengan sekuntum senyuman. Sungguh dekat dengan insan kesayangan Nain. Usai bersalam dan mengucup pipi, kerinduan pada arwah bertambah di hati.

"Hari tu Ika kata Huda pitam. Kenapa? Huda sakit ke?" soal Raudhah.

"Bukan sakit, cuma penat je. Sekarang dah segar. Itu yang boleh datang rumah ibu," terang Huda.

Lega hati mendengar. Dek terdedah dengan pelbagai penyakit negara asing, Raudhah juga khuatir dengan kesihatan gadis di hadapannya. "Huda lama ke duduk Malaysia?"

"Setakat ni takde perancangan lagi nak ke luar negara. Huda akan duduk dekat Malaysia je untuk bantu pasukan Huda. Pak cik sihat?" Mata hazel Huda meliar ke kiri dan kanan. Sunyi pula rumah ini tanpa kelibat ahli keluarga lain. Dalam sepersalinan kasual begini pun kecantikannya terserlah. Tidak perlu gaya fancy bagi menonjolkan diri. Cukup sekadar sehelai selendang pastel dan blouse bermotif flora.

"Macam tu lah Huda..." Wanita setengah abad itu tersenyum nipis. Khabaran kesihatan Faizal sebenarnya kian merosot berbanding bulan lepas. "Nak kata sihat, tak sihat. Nak kata sakit tenat, mampu lagi berjalan."

"Kalau ibu perlukan apa-apa, boleh minta pada Huda juga. Huda akan bantu yang mana boleh untuk kesihatan pak cik."

"Insya Allah. Pak cik ada dalam bilik. Huda nak jumpa ke?"

"Eh, saja je nak tanya." Huda tersipu malu. Dia tidak begitu akrab dengan Faizal, barangkali kerana perbezaan jantina atau sikap dingin Faizal. Huda lebih gemar berdua dengan Raudhah. Layanan Raudhah tak ubah sama seperti arwah Iskandar, membuatkan hatinya tenang sentiasa. "Ibu, mana salah?"

"Dia ada dekat sekolah. Sekejap lagi baliklah tu. Kalau tahu Huda datang ni, mesti dia akan teruja sangat."

"Kenapa?" Kening Huda berkerut seketika.

"Sebab dia suka Huda. Hari tu pun Salah nak ikut Ika ke rumah Huda tapi Ika tak izinkan. Mulalah merajuk semalaman." Raudhah dapat membaca perasaan anak sendiri dengan mudah.

"Ada pula macam tu..." Huda tersenyum. Agak terhibur akan sifat keanak-anakan Salahuddin. Salahuddin juga adik pada Iskandar, sikapnya tidak berkepimpinan seperti anak sulung. Pertemuan kali pertama pun sudah nampak perbezaan yang dimiliki. "Huda bawa kek untuk ibu. Kek ni Huda suka sangat kalau duduk dekat rumah. Ibu makanlah nanti dengan pak cik dan Salah."

Huluran buah tangan bertukar tangan. Huda akan sentiasa teringatkan insan kesayangannya apabila menikmati suatu makanan. Senyuman terlekuk di garisan bibir.

Sempat mata bundar Raudhah menangkap sebentuk cincin pada jari manis Huda. Dia memandang wajah anak dara itu. "Huda pakai lagi cincin Nain?"

"Huda tak rasa nak tanggalkan cincin ni."   Huda membiarkan tangannya diraih wanita kesayangan Iskandar.

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Where stories live. Discover now