5 Cincin dia

1K 127 95
                                    

Keadaan sekitar halaman rumah dilihat mata hazel itu dengan senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keadaan sekitar halaman rumah dilihat mata hazel itu dengan senyuman. Rindu menyeksa tatkala sepi menyapa. Pagar besi yang berkunci meletakkan si gadis berdiri terpacak di luar ini.

Destinasi yang pertama sudah tentu rumah kedua-dua orang tuanya. Dia sendirian pulang dari lapangan terbang tanpa ditemani siapa-siapa. Itu tidak mengapa kerana Nurul Huda sudah terbiasa. Walaupun sendirian di mana-mana entah mengapa memori lama akan menemani jiwa.

"First time naik bas?" soal Iskandar.

"Lebih kurang." Huda hanya menundukkan pandangan. Dia gugup apabila berdepan dengan lelaki ini. Gugup dan selamat berada di samping Iskandar.

"Nanti seat kau belakang aku je. Aku ambil single seat untuk kita. Kalau kau nak apa-apa nanti, boleh minta dekat aku." Iskandar cuba melegakan kegusaran hati Nurul Huda.

"Huda, dah lama sampai?"

Satu suara menarik gadis bermata hazel itu ke alam realiti. Dia mengerdipkan mata lalu tersenyum. Tangan tua itu disalami. "Baru je."

Bagasi diserahkan pada pembantu rumahnya yang telah membukakan pintu pagar. Lesunya badan seusai pulang daripada klinik buat pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah, dia kekal sihat seperti sedia kala. Hanya perlukan rehat yang mencukupi sebelum memulakan hari baharu pada keesokan. Tika melintasi kawasan halaman rumah, lensa mata Huda disapa dengan sebuah pacuan empat roda. Kening bertaut lalu dia menoleh ke arah sang pembantu.

"Cik Mah, ada tetamu ke?" soal gadis itu. Seakan pernah dilihat kereta begini namun dia telah lupa asal pertemuan pertama.

"Ya, Syafiq ada datang," jawab Asmah. Seorang wanita berusia setengah abad yang telah menjaganya semenjak dari kecil.

"Syafiq mana pula?" Beg galas yang berat pada bahu benar-benar akan mencabutkan segala sendi. Kereta biru gelap itu dikerling lama. Tiga bulan Huda tidak ada di Malaysia, habis hilang memori pada kenalan di sini kecuali buat insan bernama Iskandar Dzulkarnain.

"Tuan Syafiq Zuhri."

"Oh, dia tu." Bibir Huda membuat bentuk 'O' kecil. Gadis berkenaan masih tidak berpuas hati dengan jawapan Asmah. Dia mengintai pula kasut hitam pada rak kasut berdekatan pintu utama. Sudah tentu itu kasut teman sekerjanya. "Tapi... Kenapa datang ke rumah kita? Ada hal ke?"

"Saja nak melawat katanya."

Beg galas diturunkan Huda ke lantai rumah. Dia hendak menanggalkan kasut sambil menahan diri di bingkai pintu. Percayalah bahawa Huda akan tumbang pada bila-bila masa. "Cik Mah, saya letak sini je ya beg. Nanti saya heret buat masuk dalam. Saya penat... Nak rehat..." Dalam berkata, senyuman diselitkan menambahkan lagi keayuan yang telah lama terpeta wajah.

"Huda nak apa-apa?" Asmah khuatir melihat anak dara tuan rumah itu.

"Nak tidur," jawab Huda. Dia tertawa halus di muka pintu. Bahu diketuk perlahan, enak sungguh andai dapat tukang urut saat itu. Bolehlah hilang semua lenguh hasil pakej penerbangan 12 jam.

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Where stories live. Discover now