2 Dare

1.2K 170 77
                                    

Beberapa orang pelajar lelaki tingkatan lima sedang menyusun kerusi plastik di bahagian hadapan kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa orang pelajar lelaki tingkatan lima sedang menyusun kerusi plastik di bahagian hadapan kelas. Lagi beberapa minit, pasti akan ada ibu bapa yang hadir untuk menerima laporan prestasi akademik anak masing-masing. Siapa yang sudah awal akan pulang ke rumah awal.

Mata pen biru terhenti pada ruangan kosong di atas kertas kajang. Salahuddin menoleh ke meja jiran sebelah. "Aqil, parents kau datang?"

Aqil yang sedang membelek sebuah buku latihan menangguk sekali. "Parents aku datang tapi lewat sikit kot bila nak dekat lunch hour. Dorang tengah kerja sekarang ni."

"Oh..." Dakwat pen dipahatkan sepanjang tarikan jari. Tiada apa yang hadir menjadi buah fikiran buat dia menyiapkan tugasan karangan Bahasa Melayu ini. Nama sendiri ditulis berkali-kali.

Salahuddin Ayub bin Faizal

"Parents kau?" soal Aqil kembali.

"Ibu aku ke klinik. Jadi... Dia tak datang." Bibirnya tersenyum nipis. Hati asyik menyoalkan tentang hal yang itu.

"Ibu kau sakit ke?" Aqil sedikit risau. Ibu Salahuddin ini telah melewati usia 50 tahun, lain pula jika nak dibandingkan dengan ibu sendiri. Aqil ialah anak sulung dalam keluarga, maka ibu dan bapanya masih muda dan kuat bekerja.

"Tak, ayah aku. Kau tahu kan ayah aku tu HIV. Kadang-kadang demam dia melarat, ibu aku selalu utamakan dia. Hari tu aku batuk sikit pun ibu nak marah-marah."

"Sebab kau tak pakai mask? Atau kau duduk dekat ayah kau time tu?" Selaku pelajar cemerlang subjek biologi, sudah tentu Aqil arif tentang penyakit dan mekanismanya.

"Em, ya." Batang pen dibaringkan di atas meja belajar. Habis satu muka surat kertas diconteng Salahuddin. Apa yang dilakar pun tidak tahulah. Hanya keserabutan yang memenuhi ruangan minda diterjemahkan ke atas selembar kertas 70gsm.

"Kau tahu tak, apa maksud HIV?" Aqil memperlahankan suara. Takut ada telinga menangkap perbualan mereka secara haram.

"Tak. Dari kecil aku cuma anggap ayah aku sakit kronik. Bila dah besar ni, hati aku mula tertanya-tanya. Dari mana datang penyakit tu? Ayah aku... Penagih dadah ke?" Salahuddin menyandarkan tulang belakangnya. Mata memerhatikan tingkah pelajar yang lain di dalam kelaa itu. Ada yang bermain bola kertas di belakang, ada juga yang mengulangkaji pelajaran.

"Tak semestinya sebab jarum suntikan. Kadang-kadang mungkin kerana pemindahan darah tercemar, contact rapat dengan pesakit HIV dan lain-lain. Kau tak boleh kata ayah kau macam tu," terang Aqil. "Ibu kau sihat? Tak berjangkit setakat ni?"

"Kak Ika selalu buat pemeriksaan darah dekat ibu. Setakat ni, cuma ayah yang sakit," jawab Salahuddin. Dalam kalangan ahli keluarga yang lain, remaja lelaki itu hanya rapat dengan Zulaikha. Penyakit Faizal yang ada semenjak Salahuddin kecil telah meletakkan jurang untuk mereka meluangkan masa bersama seperti anak dan ayah. Ibu pula sibuk menguruskan ayah ibarat satu kesilapan boleh menarik nyawa Faizal.

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Where stories live. Discover now