Blurb

2.6K 178 40
                                    

Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.


Genre: Teen fiction
Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain

.
.
Bismillah

Mungkin semua kenal siapakah Nain, mata pula hanya tertumpu pada remaja lelaki itu. Lalu Salahuddin terus tenggelam walaupun bagaimana dia cuba untuk menarik perhatian insan di sekeliling.

"Kak Huda, tadi dekat sekolah... Salah dapat pingat dalam merentas desa. Tahu dah, Salah memang hebat pun." - Salahuddin

"Salah, berhenti. Awak cuma adik Nain pada mata akak. Fokus pada SPM, jangan bazirkan masa macam ni..." - Nurul Huda

"Ayah kau HIV, kan? Anak penagih dadah rupanya." - Khaifa

"Saya suka awak." -Hani

Terkadang Salahuddin penat asyik dibandingkan dengan arwah abang sendiri. Iskandar Dzulkarnain telah lama mati. Maka mengapa semuanya tidak mahu menerima hakikat itu?

"Along dah mati. Membazir air mata je ibu menangis macam ni. Tak payah bacakan yassin untuk dia. Dia dah mati, MATI." -Salahuddin

"Maaf, ibu tetap sayang along. Dia cinta hati ibu dan selamanya akan begitu. Salah hina along lagi, ibu takkan maafkan Salah." -Raudhah

Sampai bila nama Nain akan terus menyeksanya? Wajah Nain, Salah tahu bagaimana. Namun, secebis kenangan silam tidak pernah diingati remaja lelaki itu. Nain tetap menjadi lelaki asing dalam diari hidup Salahuddin.

.
votexkomen
.

Cepat add dekat RL korang dan spread ke message board supaya Sekuel ni dapat sambutan!

Boleh letak dlm library terus utk dapatkan notification nanti🌹

~author

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon