1 Bukan Abang

1.6K 174 57
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah, aku menulis picisan karangan cerita. Semoga yang menulis dan yang membaca peroleh manfaat bersama.
.
.
. بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah, aku menulis picisan karangan cerita. Semoga yang menulis dan yang membaca peroleh manfaat bersama.
.
.
.

Bibir kering dikemamnya sepanjang bahu jalan perumahan. Rasa dahaga menyucuk anak tekak.

Kaki melangkah tidak terlalu dan tidak terlalu perlahan. Di saat yang lain pulang ke rumah bermotorsikal, dia masih berjalan kaki di bawah terik mentari. Mujur sahaja kawasan berumput dipayungi redupan pokok rendang. Kepala cuba untuk mengalihkan pandangan ke arah lain setiap kali ada rakan-rakan sekelasnya melintasi dari arah belakang.

Kedengaran sayup-sayup suara sumbang dibawa angin tunggangan setiap rakan-rakannya. "Panas kan hari ni? Seronok juga berjemur tengah panas."

Gelak tawa pelajar lelaki itu menyakitkan hati Salahuddin. Perlukah sindirinya di sini? Tidak cukup hanya di dalam kelas?

"Panas jugalah. Bagi asap motor sikit dekat yang tengah jalan tu. Kesian dia..." sambung pelajar bermotosikal yang lain.

Kira-kira tiga ke empat motorsikal juga yang sedang memperlahankan tuggangan bagai mengikuti langkah kaki ini.

"Jangan dengar, Salah," bisik hati kecil memujuk diri. Tidak cukup dengan sindiran di dalam kelas, atas jalan tar pun hendak menjadi kacang hantu.

Lima minit kemudian barulah lengang lorong yang menuju ke taman permainan itu.

Kertas peperiksaan pada minggu lalu dimasukkan kembali ke dalam beg galasnya. Apabila terdapat carikan benang pada tali kain beg, Salahuddin mengerutkan kening. Tidak hairan juga begnya akan lusuh begini, inikan beg tiga tahun lepas?

Setiap kali Zulaikha menghulurkan duit saku, wang kertas berkenaan akan dimasukkan ke dalam tabung. Remaja lelaki itu tidak mahu membelanjakannya kerana hendak mengumpul wang buat membeli motorsikal apabila tamat persekolahan nanti. Harapnya impian besar Salahuddin akan tertunai.

Buat malu sahaja jadi orang lelaki jika tidak punya motor. Salahuddin sentiasa berasa dirinya dipandang enteng oleh rakan-rakan lain.

"Salah, nak tumpang tak?" pelawaan yang entah dari mana seakan tahu hasrat hati Salahuddin.

Salahuddin berhenti melangkah dan memalingkan wajah monyoknya. Seorang pelajar lelaki berkulit cerah memberhentikan motorsikal berlogo 'H' betul-betul disebelahnya. Cermin helmet ditolak ke atas untuk memperlihatkan wajah.

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Where stories live. Discover now