Prolog

1.7K 192 50
                                    

بسالله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah, aku menulis picisan karangan cerita. Semoga yang menulis dan yang membaca peroleh manfaat bersama.
.
.
.

"Ibu, bila ibu nak beranak? Macam dah besar sangat je perut tu abang tengok..." Iskandar tersengih sambil mendongakkan kepalanya sedikit. Remaja lelaki itu berbaring di atas lengan sendiri di sisi Raudhah yang sedang duduk menjahit seluar trek sekolah miliknya. Asyik jatuh sahaja, mana tidak koyak.

"Bila tiba masa, keluarlah nanti. Sabarlah, awak nak cepat-cepat kenapa? Nak tolong jaga adik baru ni?" Koyakan di lutut seluar disudahkan jahitannya sebelum wanita itu mencuit pucuk hidung anak bujang seorang ini.

"Hm... Takdelah... Abang cuma risau kalau nanti waktu ibu bersalin, abang takde dekat sisi. Kesian ibu... Ayah bukannya nak kisah sangat pasal kita," gumam Iskandar sendiri.

"Tak baik kata dekat ayah macam tu. Dia sibuk kerja. Dalam rahim ibu ni anak ayah juga tau, mesti ayah akan jaga dan lindungi kita semua."

Telinga dipekakkan Iskandar. Pujian terhadap lelaki bergelar ayah itu tidak akan diterimanya sesekali. Raudhah memang buta dan sanggup menelan sembilu Faizal. Sudah diduakan pun mahu beralah lagi.

Sayang sekali perangai Faizal di belakang mereka semua hanya diketahui Iskandar. Kalaulah bondanya tahu juga, keadaan akan menjadi lebih buruk. Sungguh remaja lelaki itu buntu. Pergaduhan adalah perkara yang cuba dielak, air mata ibunya tak mahu dilihat. "Abang nak ambil cuti bila ibu masuk hospital... Abang tak boleh belajar kalau ibu tengah sakit... "

Kerisauan Iskandar terpeta di wajah pada malam itu. Dia asyik berkerut memikirkan jarak cuti yang akan datang.

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Where stories live. Discover now