3 Motosikal

1.1K 161 67
                                    

Lengan dilipatkan ke belakang kepala dengan kaki yang melunjur ke hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lengan dilipatkan ke belakang kepala dengan kaki yang melunjur ke hadapan. Fahim terlalu fokus membaca agenda dan minit mesyuarat yang baru dikirimkan melalui email pejabatnya. Keberadaan Zulaikha yang pulang dari tempat kerja pun tidak disedari.

"Assalamualaikum," ucap seorang gadis bertudung litup. Beg tangan dilurutkan menuruni bahu di hadapan meja solek kamar utama. Beberapa pin tudung dicabut Zulaikha sebelum dia memasukkan selendang ke dalam bakul baju kotor.

"Waalaikumsalam." Skrin telefon diturunkan sedikit bagi mengintai isterinya. "Ika, lewatnya balik..."

Jam di penjuru kanan telefon memaparkan digit 12. Fahim duduk bersila di katil dengan mata yang mengekori tingkah Zulaikha.

"Abang tak tidur?" Gadis manis itu berlabuh di birai katil. Baju blouse panjangnya tidak dibuka lagi, tangan suami terlebih dahulu dikucup dan disalami. Membiarkan tangan kekal dipegang Fahim, hangat cinta pasangan yang baru berkahwin menghiasi kamar itu.

"Abang tunggu Ika lah," kata Fahim. Tangan isterinya dibawa ke bibir. Satu kucupan berlabuh pada tangan kuning langsat itu. Agenda mesyuarat telah pun dilupakannya apabila terlihat wajah buah hati ini.

"Ingat sweet ke?" Zulaikha terhibur dengan layanan sang suami. Jarak beza umur mereka hanyalah dua tahun, sama seperti perbezaan umurnya dan arwah Iskandar Dzulkarnain.

"Abang memang manis," sengih Fahim sendiri. "Ibu dan ayah kirim salam dekat awak."

"Iya? Ayah sihat?" Gadis berkenaan meminta izin buat menyalin pakaian sebentar. Dia langsung ke almari baju di sebelah meja solek dan menukar kepada pakaian tidur. Barulah selesa hendak berbual dengan sang suami setelah penat bekerja seharian.

Tangan Zulaikha dipelawa Fahim untuk naik ke atas katil dan duduk di sebelahnya. Bila dah bernikah ni, tangan pun tak mahu lepas jika boleh. "Abang tak tahulah. Mulut ayah ada luka. Doktor kata hermes..."

"Herpes simplex?" tebak Zulaikha sekali lalu.

"Rasanya yang tu lah." Perubahan riak wajah sang isteri diperhatikan Fahim Luth. Membuak kerisauan di dada Zulaikha tak siapa yang tahu. Kekuatan cuba disalurkan Fahim melalui sulaman jari jemari. Rasa hangat darah mengalir sampai menerusi roma kulit.

"Nasib baik ayah akur nak ke klinik hari ni. Ika risau kalau nanti berlaku jangkitan kuman dekat bibir dia... Terus jadi kudis..."

Virus itu membiak pada lapisan mukosa sel epithelial dan menyebabkan ulser atau kumpulan cecair di bawah kulit bibir. Sarat pula dada Zulaikha di tengah malam.

"Abang bawa ayah makan luar ke tadi?" soal Zulaikha. Dia tersenyum kecil apabila Fahim menarik tubuhnya masuk ke dalam pelukan.

"Ya, kitorang pergi sarapan je. Makan tengah hari pula dekat rumah sebab ibu yang minta nak pulang masak." Mereka telah cuba untuk menggalas tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan ayah dengan baik. Fahim sendiri tak punya ibu bapa kandung di dunia yang fana, kedua orang tuanya telah meninggal sewaktu dia di tingkatan tiga. Raudhah dan Faizal saja yang tinggal buat dia menumpang kasih.

Aku bukan Nain✓  (new story + OG) Where stories live. Discover now