𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 46

12.6K 1.2K 423
                                    

"I'M SORRY, sayang... Abang tak jadi balik hari ini.

Punah.

Hancur berkecai harapanku.

Aku tak dapat sorokkan lagi perasaan kecewa yang bertandang di hati aku sekarang. Abang tak tepati janji! Huwaaa...

"Hawa?"

"Okay... I'm really sorry, sayang. Insya-Allah... Lagi seminggu abang akan balik. Ada sesuatu yang terjadi dekat sini... Abang tak boleh tinggalkan Perth buat masa sekarang. Abang tak berniat pun nak mungkiri janji... Abang pun rindu bidadari abang dan anak kita dekat sana."

Mata aku terkelip-kelip. Mata aku mulai basah.

Kenapa... Kenapa lagi seminggu? Lamanya, Ya Allah...

"Hawa jangan la senyap macam ni... Hawa marah abang,ke?"

Tipulah kalau aku kata yang aku tak marahkan dia. Kata dua hari aje, tup tup lagi seminggu aku kena tunggu dia orang pulang ke sini. Pegangan telefon diperkemaskan di pegangan aku.

Kepala Luna yang diletakkan di atas riba aku itu, aku usap rerambutnya perlahan. Anak itu sudah lama terlena di atas riba aku... Aku dan dia sedang bersantai di gazebo laman rumah. Mulut anak kecil itu tak berhenti-henti berceloteh sedari tadi sehinggalah dia tumbang di pangkuan aku.

Aku menarik nafas.

Talian kembali sepi. Dia menunggu aku berkata.

"Abang..." Panggilan hormat itu meniti di bibirku dengan nada yang cukup lemah lembut. Bibir aku melengkung membentuk senyuman kecil, walhal dia bukannya boleh nampak reaksi wajah aku sekarang.

"Ya,sayang," sahutnya laju. Kedengaran resah nada suara itu di pendengaran aku.

"Abang... Kalau ditakdirkan Hawa dan anak kita ni pergi dulu... Tolong halalkan semua makan minum Hawa selama ini, ya? Terima kasih atas segala apa yang abang berikan kepada Hawa selama tempoh abang bergelar suami kepada Hawa. Terima kasih kerana membimbing Hawa ke jalan-Nya. Hawa sayang abang dan... Sangat cintakan abang sehingga ke akhir nafas Hawa."

Spontan ayat itu yang meluncur laju keluar dari mulut aku. Entah apa yang merasuki aku untuk berkata-kata sebegitu seolah tanda 'perpisahan' kami.

Diam.

"Hawa..." Bergetar nada suaranya. "Hawa... Kenapa cakap macam tu? Okay, sayang. Listen here..." Kalut suara itu bersuara.

Aku dapat bayangkan reaksi Adam sekarang. Dia tengah ketakutan. Ketakutan sangat. Kata-kata aku sebentar tadi mampu menakutkan dia.

"Jaga Ian dan besarkan dia dengan sepenuh kasih sayang. Dia bukti cinta kita."

"Hawa sentiasa cintai abang tanpa henti. Tanpa henti. Dan, abang jangan pernah lupakan Hawa."

"Sayang!" Suara itu menjerit lantang di hujung talian, menghalang daripada aku meneruskan percakapan aku.

Aku terus memutuskan panggilan telefon aku dengannya. Aku mengeluh kecil.

Kepala aku mengadah melihat langit yang terbentang luas itu. Biru. Masih biru. Sungguh indah ciptaan-Mu. Adakah masih berkesempatan untuk aku melihat segala keindahan ciptaan Kau di atas muka bumi ini?

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now