𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 01

39.7K 3.1K 792
                                    

Beberapa puluh tahun kemudian...

"IBU! Kak Puteri!" jeritan riang daripada seorang Hawa bergema segenap rumah agam itu seawal pagi lagi.

Pembantu-pembantu rumah yang sedang melakukan tugas masing-masing sekadar mengerling sekilas sebelum menyambung membuat tugasan kembali. Pemandangan seperti itu sudah menjadi kebiasaan buat mereka.

"Selamat pagi,cik Bedah!"

"Selamat pagi, cik Bambam!"

"Selamat pagi,cik Bie!"

Hawa menyapa riang tiga 'B' itu selaku pembantu rumah di rumah agam itu.

"Morning, sunshine!" ucap tiga 'B' serentak. Senyuman lebar diukir kepada anak majikan mereka iaitu Hawa Arlani.

Tersenyum lebar Hawa apabila nama manjanya disebut penuh semangat. "Hiks.Ini Hawa suka. Tak payah suruh panggil sunshine. Cik B semua dah panggil. Rasa bersemangat Hawa nak buat kerja hari ini."

Serentak tiga 'B' mencebik mendengar pembalasan Hawa. Kerja yang dilakukan masing-masing terus tertangguh apabila melayan karenah Si Hawa.

"Hawa... Kau jangan main-main dengan puan besar hari ini. Mood dia tak okay.Kau jangan nakal sangat." Cik Bambam menitipkan beberapa pesanan ringkas buat Hawa dengan nada yang perlahan, gusar didengari pula oleh Rafidah.

"Eleh... Hawa tak takut la dengan ibu, cik Bambam... Ini Hawa la." Hawa mendabik dada dengan nada yang sedikit angkuh.

"Aku dah kata Bam... Budak Hawa ini bukannya nak dengar cakap orang.Kau tengok la kejap lagi macam mana." Sambil mengelap pasu kaca, Cik Bie menyampuk di dalam perbualan. Sempat dia menyindir Cik Bambam.

"Hari ini Hawa cantik tak?" Hawa dengan lagaknya seperti model memperagakan blouse berwarna biru cair paras lutut di hadapan tiga 'B'. Pelbagai pose dilakukannya. Rambutnya yang dua tona asli itu coklat gelap dan karamel turut dilibas-libas ke belakang.

Hanya anggukan lemah di balas tiga 'B'. Itu pun kelihatan reda tak reda aje.

"Cemburu la tu sebab Hawa cantik hari ini. Bluerk!"

"Cik Hawa. Kamu nak jumpa siapa sampai berhias macam ini? Jumpa buah hati eh?" tanya Cik Bedah, yang sedari tadi mendiamkan diri sahaja. Sikapnya berbeza dengan Cik Bambam dan Cik Bie yang lebih becok mulutnya. Dia hanya akan berkata bila perlu sahaja dan percakapannya lebih sopan.

Hawa mengerdipkan matanya gedik."Tak la,bukan buah hati! Hawa nak jumpa Uncle Zin. Dia baru aje balik dari Australia."

Tiga 'B' saling berbalas pandangan yang mempunyai maksud tersirat. "Buah hatilah tu! Tak nak mengaku pula..." ujar mereka serentak dan terletus ledakan ketawa daripada mereka. Gamat suasana seawal pagi lagi di hadapan tangga.

Hawa mencebik. "Dia kan pak cik Hawa."

"Uncle Zin Hawa tu kan orangnya hot..."

Hawa hanya tersenyum nipis, sebelum dia mengatur langkah ke ruang makan sempat dia melambaikan tangan kepada tiga sekawan.

"Selamat pagi kakak dan ibu!" Sekali lagi dia mengucapkan selamat pagi dengan riangnya.Dikucup pantas pipi kanan Puteri yang sedang bersarapan di meja makan.

Puteri membalas dengan senyuman senang. Sudah menjadi kebiasaan buatnya iaitu setiap pagi dia akan mendapat morning kiss daripada Hawa. Baru sahaja Hawa mahu mendekati Rafidah yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya, Rafidah lebih pantas menghalang dengan isyarat tangannya.

Hawa akur. Ditilik dari raut wajah ibunya dia tahu yang ibunya dalam keadaan mood yang tidak baik. Tetapi takkan morning kiss pun tak boleh. Selalu sangat Rafidah akan menghalangnya daripada berbuat sedemikian.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now