𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 18

19.6K 1.6K 517
                                    


KEPALANYA yang terasa berdenyut-denyut kuat itu diletakkan di atas meja beralaskan lengan kanannya. Helaan nafas kasar dihembus berat.Hawa mengatup perlahan kelopak matanya, berhasrat untuk melelapkan matanya buat seketika.

Suasana perpustakaan itu yang sedikit lengang itu membolehkan Hawa melelapkan matanya di sebalik sebuah buku tebal yang dibiarkan terbuka luas lembaran muka suratnya. Hampir dua jam dia duduk berteleku di perpustakaan itu mentelaah sedikit bahan bacaannya. Sengaja Hawa mencari tempat yang agak tersorok daripada orang ramai agar dia dapat mengurangkan rasa pitamnya dengan lelapkan matanya buat seketika.

"Lani..." Bersama seruan nama itu hinggap satu sentuhan lembut di bahu kanan Hawa. Qaira cuba mengintai wajah Hawa yang sedikit tersorok daripada pandangan matanya.

"Lani."

"Lani."

Lani? Panggilan singkatan dari nama Arlani.Hawa Arlani. Hanya Qaira seorang sahaja yang memanggil Hawa dengan nama itu walaupun beberapa kali sudah ditegah oleh Hawa kerana baginya panggilan nama itu agak 'aneh'.

Lani. Lani. Lani. Kesudahannya, Hawa pasti akan mentertawakan Qaira kerana memanggilnya sedemikian. Kata Hawa lagi... Qaira seorang gadis yang agak unik dari personalitinya.

Hubungan Qaira dan Hawa hanya sekadar rakan biasa tidak seperti akrabnya persahabatan Hawa dan Salsabila. Tempat perjumpaan Hawa dan Qaira kebiasaannya di perpustakaan kerana Qaira seorang ulat buku dan hampir setiap minggu gadis itu pasti akan ke perpustakaan untuk menghabiskan masanya dengan alam fantasinya bersama 'teman-temannya'.

Kerusi di sebelah Hawa ditarik perlahan kebelakang dan Qaira menghenyak punggungnya di atas kerusi. Beberapa buah buku yang baru dijumpai di rak-rak buku diletakkan sedikit kasar di atas meja sehinggakan menghasilkan satu bunyi yang agak kuat mampu mengejutkan lena Hawa Arlani.

Badan Hawa kelihatan sedikit bergerak-gerak saat ada bunyi kuat menyapa halwa telinga. Hawa mengangkat kepalanya. Semerta wajah manis Qaira yang bertudung litup itu memenuhi kornea matanya. Keningnya sedikit berkerut. Sejak bila pula Qaira muncul?

Bagaikan mengetahui isi hati Hawa, Qaira cepat mencelah."Saya baru je sampai.Tadi saya ada kejut awak tapi awak nampak macam nyenyak sangat tidur. Jadi saya biarkan aje la awak tidur."

Tersengguk-sengguk kepala Hawa sambil menopang dagunya di atas meja. Hawa menguap kecil.

"Lama awak tak datang sini."

Qaira membelek lama wajah Hawa itu mengundang kerutan di dahi Hawa."Muka awak pucat la."

Qaira tersengih pula. "Awak nampak gemuk sikit la sekarang Lani berbanding dulu." Jujur. Qaira menilik tubuh Hawa dari atas ke bawah. Menganalisis.

Hawa mengecilkan matanya merenung Qaira lama. Geram. Tetapi, memang tak dapat dinafikan yang selera makannya sekarang makin menjadi-jadi. Pernah suatu malam Hawa terjaga pada lewat malam kerana secara tiba mengidam mahu makan aiskrim Vanilla dan kantoi dengan Cik Bedah yang tiba-tiba muncul di dapur. Tidak pernah dibuat lagi, Hawa makan aiskrim pada tengah malam kerana Hawa bukan la seorang penggemar aiskrim. Hawa tidak meminati makanan yang terlalu manis.

"Ketara eh?" Mata Hawa turut melorot melihat tubuhnya sendiri.

"Tak ada la ketara mana pun. Tapi saya perasan yang awak nampak berisi sikit. Okey lah tu daripada kurus kering macam tulang ikan aje.Awak nampak comel sikit sekarang."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Kde žijí příběhy. Začni objevovat