𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 52

16.1K 1.3K 238
                                    

"UNCLE perlukan masa, umi. Dia suruh Luna jaga umi. Jangan biarkan umi bersedih."

Kening aku berkerut. Kata-kata Luna ada maksud yang tersirat tanpa sedar sehingga menggamit perhatianku.

"Apa Luna cakap ni?"

"Luna jumpa uncle Adam," beritahu Luna.

Luna tidak menipu. Itu yang aku boleh nampak dan budak kecik tak pandai menipu.

"Umi tak faham Luna... Bila Luna jumpa uncle Adam?" Aku memegang kemas kedua-dua belah bahu Luna, menghadap aku. Aku merenungnya lama penuh pengharapan inginkan penjelasan yang sebenar.

Luna menunduk kepalanya sebelum belahan bibirnya terbuka menuturkan sesuatu membuatkan jiwaku berkocak kencang. "Semalam Uncle Adam balik..." nyata Luna sedikit ragu-ragu.

Bagaikan ada batu besar yang menghempap kedua-dua belah bahuku saat ini. Aku terbungkam sejenak dengan kata-katanya. Bukankah aku hanya bermimpi sahaja ke? Takkan la kejadian itu benar-benar terjadi!

Aku buntu memikirkan itu. Jikalau benar Adam pulang semalam kenapa tiada orang lain tahu melainkan Luna?

"Luna terjaga dari tidur semalam sebab Luna haus sangat . Jadi, Luna pergi dapur nak minum air dan waktu itu Luna nampak uncle Adam baru keluar dari bilik umi. Luna nampak uncle Adam menangis."

"Betul ni uncle Adam balik semalam? Luna tak tipu umi?" Curiga masih lagi menebal. Entah mengapa sukar untuk aku mempercayai bahawa Adam benar-benar pulang semalam. Walaupun, itu memang yang aku harapkan sangat.

"Luna tak tipu, umi... Luna bercakap sendiri dengan uncle semalam. Mata Luna tak salah. Itu memang uncle Adam. Dia pesan dekat Luna supaya jaga umi. Jangan biarkan umi bersedih. Dia nampak lain umi... Muka uncle pucat sangat. Dia nampak macam orang sakit. Uncle menangis depan Luna. Kemudian, uncle terus pergi."

Spontan aku menekup mulutku dengan telapak tangan. Kemudiannya hatiku berbisik sendiri. Ya Allah! Jadi benarlah suamiku sudah pulang semalam! Aku tidak bermimpi... Kejadian itu benar-benar terjadi.

Aku telah melemparkan kata-kata yang cukup kasar kepada Adam semalam. Aku mengguriskan hatinya dengan sikapku. Aku meletakkan semua kesalahan ini terhadap Adam. Aku berdosa... Ya Allah.

Kejadian semalam mula berputar di layar mataku. Daripada mula Adam menemui aku sehingga saat aku menyalahi dirinya. Tangisan pilu Adam. Semuanya tentang Adam. Aku masih ingat lagi wajah mendung Adam pada saat itu. Betapa teruknya dia menangis ketika aku meletakkan semua kesalahan ini berpunca darinya.

Aku meraup wajahku beberapa kali penuh kekesalan yang terbenam di lubuk hatiku.

"Abang... Kenapa abang tinggalkan Hawa? Ya Allah. Hawa minta maaf. Hawa menyesal cakap macam tu dekat abang. Abang tak salah... Ini memang dah ketentuan takdir..." bisikku lemah."Pulanglah abang... Hawa perlukan abang."













.












.













.
















"AKU jumpa uncle Naufal. Papa Adam." nyata Muhammad perlahan. Kemudian, dia menjeling sekilas ke arah aku untuk melihat reaksi yang bakal dipamerkan oleh aku.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now