𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 24

18.4K 1.7K 338
                                    

"PAK Ahmad dan Mak Nah. Kita nak pergi mana ni?" Hawa bertanya sedikit hairan kerana dia dan Ian dipaksa untuk mengikuti pasangan suami isteri itu ke suatu tempat. Menjadi keresahan di hati Hawa ialah cuaca yang agak buruk pada waktu petang ini. Hujan lebat membasahi bumi. Kilat sambar-menyambar menjadi latar bunyi.

Mak Nah dan Pak Ahmad saling bertukar pandangan seketika mendengar soalan yang diajukan oleh Hawa yang duduk di tempat penumpang belakang bersama Ian yang sudah terlelap di dalam pangkuan uminya.

Mak Nah kelihatan teragak-agak untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Sebenarnya, dia diarahkan oleh Dato' untuk membawa Hawa dan Ian ke suatu tempat. Sejujurnya,berita buruk yang disampaikan oleh Dato' kepada Mak Nah beberapa minit yang lalu amat mendukacitakan. Gugur air mata tuanya.

"Sebentar lagi kita akan sampai, Datin.Mak Nah... Tak tahu sama ada Datin masih mengingati Puan Khadijah atau tak.Puan Khadijah atau dipanggil Tok Ma."

Hawa terpempan sejenak. Tok Ma?

"T... Tok... Ma."

Bibirnya bergetar hebat. Dan saat itu memori beberapa tahun yang lalu menjengah ke fikirannya.

"Hawa suka dekat Aboy?"

Hawa terkedu dengan soalan cepumas Tok Ma.Lidahnya terkelu seribu bahasa.

Tok Ma tersenyum penuh makna melihat reaksi gadis muda di hadapannya.

"Tok Ma pun pernah jadi muda... Dan, sekarang Tok Ma masih muda, Hawa."

Hawa menarik senyuman lebar. Boleh pula Tok Ma buat lawak. Hai la... Hilang sekejap rasa gugup saat diajukan soalan cepumas dari Tok Ma sebentar tadi.

"Hawa suka dekat Aboy?" ulang Tok Ma lagi dengan panahan mata yang tajam.

Hawa mengangguk kepala laju. Argh, layankan aje la soalan Tok Ma ni!

"Tok Ma suka dekat Hawa ni sejak kali pertama kita jumpa lagi... Sebelum ini dah berpuluh-puluh perempuan yang Aboy bawa jumpa dekat Tok Ma. Tapi, Hawa berbeza daripada mereka.Tok Ma berkenan sangat dengan Hawa ni meskipun Tok Ma tak tahu sama ada Hawa ada perasaan dekat cucu Tok Ma ataupun tidak... Kalau boleh Tok Ma mahu Hawa jadi sebahagian dari keluarga kami sebelum Tok Ma hembuskan nafas terakhir."

Terasa sesak dada Hawa mendengar permintaan Tok Ma. Kalau la Tok Ma tahu yang Hawa ni dah tak suci lagi. Dan... Kalau Tok Ma tahu yang cucu Tok Ma sendiri iaitu Adam telah meragut kesucian Hawa penuh keji. Apakah reaksi Tok Ma?

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now