𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 15

20.1K 1.6K 231
                                    

"MIA.Akak nak keluar sekejap. Tolong jagakan kedai ya..." maklum Puteri seraya itu dia menyangkut beg tangan miliknya di bahu kanan.

"Baik, akak!" sahut Mia dari arah belakang iaitu salah seorang pekerjanya.

Puteri mengatur langkah keluar dari kedai 'The Flowers'. Kemudian, kereta Honda Civic Hybrid miliknya dituju. Baru sahaja tangannya ingin membuka pintu kereta,ada satu lagi tangan besar menahannya.

Semerta Puteri memanggung wajahnya menatap wajah itu. Wajah hanya bereaksi biasa.

"Can we talk,Puteri?"

Puteri menggeleng kepalanya seraya itu dia menolak sedikit tangan lelaki itu dengan berlapik. Dia membuka pintu kereta di tempat pemandu. Namun suara lelaki itu membantutkan niatnya ingin memboloskan diri ke dalam perut kereta.

"Puteri. Abang nak cakap dengan Puteri. Sekejap pun boleh la.Abang sanggup korbankan waktu kerja abang hanya untuk jumpa Puteri..."

Diam.

Puteri tak berkata apa-apa pun. Dia mengemam bibirnya. Hanya matanya meliar melihat sekeliling, tidak mahu menatap wajah itu. Dia masih berasa marah dengan lelaki itu.

"Puteri please say something.Jangan buat abang macam ni." Hafiz kebuntuan melihat kebisuan seorang Puteri. Kedua-dua telapak tangannya disatukan, memohon maaf atas perbuatannya yang telah mengguriskan hati wanita ini sekaligus menyebabkan Puteri bermasam muka dengannya. Dia jadi tak keruan melihat Puteri yang mula berjauhan hati dengannya.

"Maaf. Puteri sibuk sekarang. Abang kena ingat bukan abang seorang aje sibuk dengan pekerjaan abang itu. Puteri pun boleh buat sibuk dengan pekerjaan Puteri sekarang. Kadang-kala Puteri selalu tanya dekat diri sendiri yang abang ini nak kahwin dengan Puteri atau pekerjaan abang itu."

"Kenapa Puteri cakap macam tu?" Jelas terpamer riak ketidakpuasan di wajah Hafiz mendengar butir bicara tunangnya. Hafiz datang berjumpa Puteri semata-mata mahu memujuk bukannya bertikam lidah.

"Sudah la, bang. Jangan nak berpura-pura lagi. Setiap kali Puteri minta abang luangkan sedikit masa dengan Puteri... Beribu-ribu alasan yang abang berikan hanya kerana tak nak keluar dengan Puteri. Ini bukan kali pertama abang buat Puteri macam ini. Puteri ini pun ada perasaan. Puteri bukan barang yang abang boleh campak dan kutip bila-bila masa aje. Puteri ini bakal isteri abang. Tapi, abang lebihkan kerja abang dari Puteri."

Puteri mengemam bibirnya.Sebelum melanjutkan kata-katanya kembali."Abang serius tak dengan hubungan kita ni?"

Riak wajah Hafiz sedikit berubah. Badannya kelihatan sedikit mengeras. Bibir bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu namun tiada suara yang terlontar keluar.

"Abang serius tak dengan hubungan kita ni?" Ulang Puteri lagi. Serius.

"I loves you..." Lain yang dijawabnya.

"Puteri tak minta abang lafazkan perkataan tu. Kerana, lafaz cinta itu tak bermakna bagi Puteri kalau abang tak memaksudkannya langsung.Abang seperti tak bersedia lagi untuk membina mahligai dengan Puteri.Sepanjang kita ikat tali pertunangan ini macam Puteri yang sahaja nakkan terbaik untuk kita. Seperti Puteri seorang sahaja terhegeh-hegeh nak dekat abang."

"Abang kena ingat yang perkahwinan bukan satu perkara yang kita boleh ambil mudah. Kalau abang masih dengan perangai abang yang macam ini... Macam mana Puteri nak pertahankan hubungan kita? Puteri nakkan yang terbaik. Puteri memang serius dan dah lama bersedia untuk jadi isteri abang." Sambung Puteri lagi.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now