𝓔𝓹𝓲𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

37.2K 1.9K 607
                                    

"Aku cintakan kau, Hawa.Aku cintakan kau!Aku nak kau jadi milik aku seorang... Bukan lelaki lain! Kenapa susah sangat untuk kau faham perasaan aku ni?"

"Itu bukan cinta,Adam... Itu nafsu. Awak bukan cintakan saya tetapi... Awak hanya bernafsu dengan saya. Awak manusia paling keji pernah saya jumpa. Saya sangat jijik dengan awak, Adam. Sangat."

"Hawa tetap milik Adam."

"Saya tak menyesal. Saya terima awak seadanya sebagai suami saya. Saya melamar awak dulu jadi suami saya atas kehendak-Nya juga. Saya yakin awak mampu bimbing kita bersama ke jalan Allah. Manusia layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Atas sebab itu... Saya memilih awak. Saya pilih awak jadi suami saya tanpa keraguan."

"Bidadari abang... Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu."

"I'm telling the truth... Setiap yang hidup pasti akan mati. Mati itu pasti. Teruskan hidup Hawa... Teruskan mengejar cinta Allah."






.











.











.





















"HAWA..." Salsabila mencuit bahuku sambil mulutnya memuncung ke depan. Menghala ke suatu tempat nun jauh di sana. Sebuah meja yang masih belum berpenghuni.

Kami baru sahaja melangkah keluar dari dewan kuliah. Terus kafeteria menjadi hala tuju kami untuk mengisi perut kami yang sudah berkeroncong hebat ini. Dah buat konsert kut perut aku ni.

Kening aku terangkat. "Kenapa?"

"Kau haus kan tadi? Pergi la beli air dulu. Aku pergi jaga tempat jap. Okay?" Salsabila sempat mengenyit mata kepada aku sebelum dia meninggalkan aku terpinga-pinga di sini.

Vending machine menjadi pilihan aku. Ketika aku sedang membuat pembayaran air, aku merasakan ada sesuatu yang 'aneh' melekap ni bahagian punggung aku.

Seperti diramas. Aku meneguk air liur sekali.

Gangguan seksual!

Aku pusing dan tanpa membuang masa lagi tangan aku diangkat ke atas dan...

PANG!

Argh, berpijar tangan kecil aku ni saat melekap di pipinya. Aku tahu tamparan aku beberapa saat tadi agak padu kerana bunyi yang terhasil cukup kuat.

"Dasar pervert!"

"Jantan gila seks!"

Gila betul! Berani jantan keparat ni meraba aku!

"W...wh...what?" tanya lelaki itu kebingungan sambil dia menggosok pipinya yang jelas kemerahan itu. Mata dia merenungku geram. Barangkali tidak percaya gadis seperti aku baru sahaja menampar muka tampannya tadi.

Aku bercekak pinggang dan tangan aku diangkat tinggi ke atas mahu menampar mukanya buat kesekian kalinya. Hati aku meradang apabila dia dengan muka tak bersalahnya boleh tanya 'what?'

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now