𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 20

20.1K 1.7K 505
                                    

Kau telah tercipta...

Bagiku sempurna...

Kau adalah penyeri buat hidupku...

"Sayang abang?"

Mata birunya tunak merenung Hawa penuh kehangatan kasih sayang. Selang beberapa saat, keadaan terusan dicengkam dengan kesunyian. Si suami tersenyum segaris mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik.

"Isteri abang mengigau ni sebab tu jadi macam ni. Hawa menjerit-jerit tadi dalam tidur masa abang tengah solat tahajud. Hawa berpeluh teruk ni.Cuba bawa istighfar banyak-banyak.Insya-Allah, akan perlahan-lahan bertenang. Hawa mimpi benda yang sama lagi ke?"

Andai aku hanyut...

Gapailah tanganku...

Menuju cinta abadi yang terindah...

Keprihatinan jelas terpamer dari riak wajah si suami. Hawa kekal membisu. Atau lebih tepat... Hawa kebingungan.

Sekarang dia berada di dalam sebuah bilik yang begitu asing buatnya.Susun atur perabot itu jelas bukan merupakan bilik tidurnya. Bilik ini kelihatan begitu mewah dan dua kali ganda besar dari biliknya.

Siapa lelaki yang berada di hadapannya sekarang?

Hawa tidak mengenali lelaki yang membahasakan dirinya 'abang' itu.

Sejak bila pula dia ada suami ini? Atau lebih tepatnya sejak bila dia berkahwin?

Gila!

Tak dapat diproses dek akal betul la! Sekarang dia ada di dalam sebuah bilik yang begitu asing dengan seorang lelaki aneh yang membahasakan dirinya 'abang'. Sah lelaki ini psiko!

Atau aku kena culik dengan lelaki psiko sebenarnya sekarang ni? jerit Hawa di dalam hati. Banyak perkara-perkara negatif yang bermain di kotak mindanya.

Apabila terasa ada sentuhan lembut mengenai bahunya yang terdedah itu, Hawa pantas menepis. Ada dengusan kasar terbit.

"Hawa... Abang nak tolong lap kan peluh Hawa tu." Sehelai tuala kecil digunakan untuk mengelap titisan peluh di dahi Hawa. Makin rapat kedudukan mereka. Saling berlaga kepala lutut. Melorot sepasang mata biru si suami melihat riak wajah Hawa yang cuak itu.

Kali ini Hawa tak membantah, hanya akur sahaja dengan kehendak lelaki psiko ini!

Si suami tersenyum segaris.

Kuharap kita selamanya...

Setia bersama...

Kutahu kau terbaik untuk diriku...

"A... A... awak siapa?"

"Hawa tak ingat abang?"

Berkerut kening Hawa. Macam mana aku nak ingat kau, kalau aku memang tak kenal kau! detik di hati Hawa.

"Kau siapa? Aku tak kenal kau la..." Kali ini keras nada suara yang dituturkan. Dia mengesot sedikit ke belakang sehingga kepalanya terhantuk ke kepala katil. Gusar diapa-apakan oleh mamat psiko ini.

"Suami Hawa." Ringkas jawapan yang diberikan. Senyuman masih tersungging di hujung bibir. Seorang lelaki yang tidak kedekut dengan senyuman. Namun, senyuman itu mengerikan buat seorang Hawa.

"Aku tak kahwin lagi la!" bentak Hawa meskipun ketakutan menguasai dirinya di saat ini. Kepala ditunduk sedikit memandang jari-jemarinya. Dinding pipi digigit. Itulah salah satu tabiat Hawa bila dilanda gemuruh.

"Kita dah lama kahwin, Hawa."

Gila! Bila masa pula aku kahwin ni? Sah mamat ni biul! jerit Hawa lagi di dalam hati.

Aku adalah Adam mu...

Kudambakan cinta ini...

Kau takdir yang takkan kulepaskan...

"Hawa lupa lagi la ni," ujar si suami bersahaja, ada terselit tawa kecil melihat kepolosan wajah Hawa saat ini. Jari-jemari Hawa dan dia bersatu dan diangkat tinggi mahu tunjukkan sesuatu.

"Ini... Cincin yang tersarung elok dekat jari Hawa tu cincin..." Meleret suara garau itu sebelum menghadiahkan kucupan ringkas di tangan Hawa penuh selamba.

Tersentak Hawa. Eeee,apa cium tangan anak dara orang ni?Gila!

"... Cincin nikah kita. Bukti penyatuan cinta suci kita, sayang."

Sayang? Meremang bulu roma Hawa mendengar perkataan itu. Geli gelaman. Pantas dia menarik laju tangannya dari genggaman lelaki itu. Persoalannya sejak bila pula cincin bertatahkan permata kecil ini tersarung di jaris manisnya? Aneh. Pening kepala Hawa mencerna bait-bait kata lelaki itu. Tak masuk akal langsung!

Aku adalah Hawamu...

Kau pimpinlah jiwa yang menanti...

Hamparan bahagia...

"Mungkin Hawa penat sangat ni sampai cakap merepek. Hawa tidurlah dulu. Abang nak baca Al-Quran sekejap ya. Kemudian, abang temankan Hawa."

Lelaki gila macam ni pun beriman juga ya... Dah la culik aku! Pandai baca Al-Quran pula. Ini... Penculik yang beriman la kiranya. Haish...Macam-macam la orang zaman sekarang ni, detik di hati Hawa.

"S... Saya nak Muhammad. Saya nak jumpa Muhammad!" Tiba-tiba sahaja ayat itu yang meluncur keluar dari mulut Hawa tanpa sedar. Pantas dia menekup mulutnya dengan telapak tangan,tersedar atas kelanjurannya.

Macam la penculik ni kenal Muhammad! Kamu memang dah gila, Hawa...

"Muhammad dah mati!" Memetir suara itu memeranjatkan Hawa sehingga terangkat kedua-dua bahunya. Kus semangat!








.










.












.















Thank you for reading ♥️

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now