𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 08

20.2K 1.9K 298
                                    


FROM the first hello

To the last goodbye

From the first smile

To the last cry

I want you to stay by my side

Ouh sweetheart

I want you to stay by my side

Langit malam itu ditatap penuh sebak yang menghurung dadanya saban hari. Tangannya bersatu demi menghangatkan tubuh yang semakin dicengkam dingin malam itu. Setiap kali angin menyapa wajahnya, dia mengatup erat kedua-dua belah kelopak matanya. Menikmati.

Every hour of every day

Every day of every year

In the rain,in the snow

In the dark, in the glow

I want you to stay by my side

"Hawa Arlani." Matanya automatik tercelik luas saat terasa bahang hangat melekap di belakang tubuh. Tidak perlu berpusing kerana dia tahu siapakah gerangan tersebut.

"You are special...There's only one of you in the entire universe."

"Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place and I don't care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't about how hard ya hit. It's about how hard you can get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That's how winning is done!" Sambung suara garau itu lagi. Tangan kekarnya dilingkarkan di pinggang Sang Hawa.

Pelukan hangat yang dia rindukan.

Suara garau ini yang dia rindukan. Segala-gala butir bicara yang terbit dari bibir berwarna merah bak delima ini selalu mengkhayalkan dirinya.

Take my soul ,Take my heart

Leave no thing, Spare no part

Cause sweetheart, I want to stay by your side

Oh oh oh

I want you to stay by my side

"Kenapa tak tidur lagi ni? Kan sejuk dekat luar ni."

Hawa mencipta senyuman nipis saat terasa kepalanya memberat akibat dagu lelaki itu ditampung atas kepalanya.

"Itu tanggungjawab untuk abang hangatkan sayang."

Hawa menyandar rapat ke arah tubuh lelaki itu. Sangat hangat didakap sebegitu. Ibu jari Hawa mengelus perlahan tangan kekar yang melilit tubuhnya.

Masing-masing selesa mendiamkan diri. Mengabdikan masa yang cukup berharga ini.

"Dari bintang aku belajar untuk menjadi indah tidak boleh hanya dengan satu cahaya bintang. Namun,memerlukan ratusan malah ribuan bintang untuk menjadikan malam penuh sinar, terkadang mendung menjadi penghalang sehingga tampak suram. Begitu juga kehidupan, apabila sempurna sudah menjadi impian, tidak boleh hanya dengan satu kebaikan.Malah ia memerlukan ribuan kebaikan dan amal untuk menjadi insan dambaan Tuhan, meskipun niat tulus dipandang rayuan halus..." Ayatnya tergantung. Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dihembuskan perlahan.

Hawa mendongak kepalanya. Hatinya tersentuh melihat seraut wajah yang cukup mendamaikan hatinya itu. Ibu jarinya mengelus lembut dari rahang lelaki itu sehinggalah kepada sepasang mata yang menghayalkan itu.

"Ku ingin seperti bulan,menemani rembulan... Menjadi indah dilangit bertaburan. Membuat hati tenang apabila dipandang,akan aku abaikan cercaan,kata hinaan...Untuk satu harapan iaitu hidup bermanfaat berbalut kasih Tuhan."

"Terima kasih abang kerana memperjuangkan cinta kita sehingga kini." Mata Hawa mulai bertakung, hanya menunggu saat empangan air matanya pecah sahaja. Bibirnya sudah bergetar hebat.

Pelbagai dugaan yang mereka tempuhi untuk sampai ke tahap ini. Semua memori pahit dan manis kembali menjengah di fikiran Hawa.

Till my last breath

I want you to stay by my side

Till the end of time

I want you to stay by my side

Hawa memusingkan badannya,berhadapan dengan lelaki yang dicintainya.Badan mereka bersatu dalam kedinginan malam.

Dahi saling bertemu dahi. Mata merenung antara satu sama lain.

"Never wipe your tears if you still wanna cry."

Dahi Hawa dikucup penuh syahdu buat masa yang lama. Hawa membalas dengan senyuman lebar. Tangisan terus dihamburkan perlahan,sebelum dirinya di masukkan erat ke dalam dakapan seorang lelaki bernama...














.














.













.


















"HAWA! Bangun. Bangun!" jeritan Cik Bie kedengaran nyaring segenap di dalam bilik tidur seorang Hawa.Cik Bie sudah bercekak pinggang sambil mata menikam tajam melihat sekujur tubuh yang masih lena diulit mimpi di atas katil.

"Haih... Budak ni!" dengus Cik Bie tidak puas hati. Kaki Hawa yang terlunjur itu ditarik-tarik kuat, mahu mengejutkan gadis itu.

Dasar tidur mati!

Selang beberapa minit, seorang Hawa menguap mulutnya besar. Dia melakukan beberapa regangan badan sebelum bangun dari pembaringannya.Terpisat-pisat kelopak matanya yang masih memberat. Hawa masih dalam keadaan mamai.

Cik Bie mendekati Hawa. "Reti pun nak bangun... Ingatkan dah mati tadi," perli Cik Bie pedas.

Hawa mencebik. "Benci, Cik Bie. Hawa tengah mimpi tau... Hawa nak tahu sangat siapa suami Hawa! Argh!"

"Cik Bie jahat!"

"Hawa suruh ibu potong gaji Cik Bie sebab ganggu Hawa dengan suami Hawa!"

Seharian jugalah Hawa bermuram durja.Mimpi itu amat terkesan di hatinya. Apa yang dia yakin... Mimpi itu pasti akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Sejak dari hari itu juga, mimpi yang sama menjengah ke lenanya setiap malam.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now