𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 03

28.5K 2.5K 677
                                    


"IBU. Hawa nak anak patung comel tu. Boleh la ibu..." Lengan baju milik ibunya ditarik-tarik dan digenggam erat. Wajahnya yang penuh pengharapan itu terbias namun, tiada sekelumit pun perasaan simpati di dalam hati Rafidah menatap wajah anak kecil itu. Menyusahkan aje ada lah!

"Ibu... Ibu... Hawa nak." Tidak henti-henti dia merayu. Berharapan permintaannya akan tertunai. Anak yang baru sahaja berusia tiga tahun itu sudah rambang mata apabila melihat banyak koleksi permainan yang terbentang di depan matanya. Apa yang paling menarik perhatiannya sekali adalah sebuah anak patung yang memakai dress kuning keemasan itu. Cantik!

Rafidah tidak peduli. Rasa menyesal juga apabila membawa anak kecil yang bernama Hawa itu keluar sekali dengannya bersama Puteri. Sakit telinganya mendengar rengekan itu. Huh!

"Erm.Ibu..." Puteri mulai bersuara sedikit was-was. Gusar untuk memberitahu permintaannya apabila melihatkan ibunya seakan tidak mempedulikan permintaan adiknya yang satu. Fikirnya layanan ibunya terhadap dia dan Hawa sama. Tetapi, tidak...

"Iya sayang... Puteri nak apa?" Dengan lemah lembut Rafidah bertanya kepada 'anak kesayangannya'. Berbeza sungguh nada suara yang digunakan. Dia menunduk sedikit untuk menyamai ketinggian dengan Puteri yang sudah berusia tujuh tahun itu.

"Puteri nak anak patung tu!" Jari telunjuknya dituding ke satu arah. Anak patung itu juga turut menarik minatnya.

Rafidah menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk oleh Puteri. Mengecil matanya. Itu kan anak patung yang sama Hawa mahukan sedari tadi. Dia bungkam sejenak sebelum Puteri kembali bersuara.

"Boleh tak ibu?" Puteri menayang wajah simpatinya.

"Mestilah boleh... Puteri kan anak ibu." Laju Rafidah mengangguk. Anak patung memakai dress berwarna kuning keemasan yang berada di dalam kotak itu dicapai.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now