1↬

80 18 4
                                    

sejak kami berdua putuskan untuk menjaga bayi ini. Mingyu mengajak aku untuk berjumpa dengan ibu bapanya terlebih dahulu.

Ibu bapanya telah aku kenal kerana mingyu merupakan kawan karib aku sejak kecil lagi jadi aku agak rapat dengan ibubapanya.

Aku membesar dengannya bersama seungcheol. Kami bertiga bersahabat baik sehinggalah sekarang. Akan tetapi, seungcheol terpaksa berpindah ke luar negara sejak minggu lepas atas arahan ibu bapanya.

"tarik nafas, hembus. Bertenang. It's okay. Semuanya akan baik-baik je. Okay?" Kata mingyu menenangkan aku sebelum masuk ke dalam rumah ibu bapanya. Aku yang gementar mengikut arahan mingyu dengan menarik nafas dan bertenang. Tanganku yang berpeluh dilap oleh mingyu.

"we can do it! fighting!" Kata mingyu memberikan sokongan kepada aku. Tanganku digenggam kemas olehnya dan kami masuk ke dalam rumahnya selepas aku sudah bertenang.

"omma, appa. Mingyu nak mintak izin. Mingyu dengan youngmi nak jaga bayi dalam perut youngmi ni" kata mingyu on point. Sudah semestinya reaksi omma dan appa mingyu terkejut dengan kata-kata mingyu.

"Apa? Youngmi mengandung? Anak kamu? Bila korang bercinta? Tak bagitau appa pun? Betul ke ni?" tanya ayah mingyu bertubi-tubi.

"appa bagi ke tak ni?" tanya mingyu sedikit jengkel. Seolah-olah dia dapat merasakan bahawa ayahnya ingat dia membuat cerita tentang bayi di dalam perut youngmi. "diam kau" kata ayah mingyu mengetuk kepala mingyu.

Aku terkejut dengan tindakan ayah mingyu yang mengrtuk kepala mingyu secara tiba-tiba. Mingyu mengusap kepalanya yang sakit itu.

"omma youngmi tahu ke tak ni?" tanya emak mingyu pula. Aku memandang muka emak mingyu lalu menundukkan kepala tanda aku masih belum memberitahu ibu.

"erm, macam ni lah korang berdua. Omma okey je, appa pun okey. Tapi korang berdua tak boleh kahwin lagi. Masih bawah umur. And youngmi tak bagitahu lagi mak dia" kata mak mingyu.

"sebenarnya kami rancang nak bagitahu mak youngmi lepas bagitahu omma dengan appa. Kami baru 19 tahun omma. Mingyu tahu kami tak boleh kahwin lagi, bila umur 20 tahun baru boleh kan?

.. jadi tahun depan mingyu nak buat majlis kahwin proper untuk kami berdua. Bagi bayi dalam perut youngmi lahir dulu" kata mingyu memegang erat tanganku.

Sungguh aku terkejut mendengar perancangannya. Tak bincang dengan aku pun.

"ha, yang tu omma setuju. Bagus dah rancang awal ii. Uhm, macam mana dengan impian korang berdua? Youngmi?" Tanya omma.

"Mingyu sanggup tinggalkan bola keranjang demi bayi ni omma. Mingyu tak kesah asalkan youngmi dan bayi ni happy. Dorang happy, mingyu pun happy" kata mingyu memandang mataku dengan mendalam.

Dia betul maksudkan apa yang dia cakap. Bukan sekadar janji palsu ataupun kata-kata yang kosong.

"dah besar dah anak appa" kata ayah mingyu bangga lalu memegang bahunya.

"Omma dengan appa setuju. Youngmi dengan mingyu bagitau omma dengan appa kalau ada apa-apa masalah tau? Jangan simpan. Omma dengan appa akan bantu korang" kata mak mingyu mengusap belakang ku.

tidak ku sangka, keluarga mingyu dapat menerima aku dan bayi ini sebegitu mudah dan positif. Tiada sebarang konflik. Mereka menerima kami dengan tangan yang terbuka.

air mata ku jatuh apabila melihat betapa baiknya keluarga ini. Dan juga mingyu. Patutlah dia sangat baik, genetik daripada ibu bapa rupanya.

setelah selesai berbual dengan bakal ibu dan ayah mertuaku, kami meminta diri untuk pulang. Mingyu menemaniku ke rumah ibuku.

kami berdua menenangkan diri sekali lagi kerana ibuku lebih sukar untuk ditawan. Ibuku terkenal dengan sikap tegasnya kerana ibuku merupakan seorang pengetua sekolah yang cemerlang pada suatu ketika dahulu.

Setelah ayahku meninggal dunia,ibu terus meletakkan jawatannya dan mula membuka kedai jahit di pekan kecil ini.

kami masuk dengan perasaan berdebar-debar di dalam hati. "omma" panggil ku. Mingyu di sebelah hanya mendiamkan diri.

Ibuku yang sedang melayan drama kegemaran petangnya memandangku hairan. "kenapa? eh, mingyu pun ada?" kata ibu sambil memandang mingyu.

Kami melutut di hadapan ibu.
"young.. youngmi.. youngmi mengandung" kataku tergagap-gagap tetapi keluar juga.

"APA?!" kata ibu yang sudah ingin mengamuk apabila mendengar kata-kata ku. Ibu bangun dengan drastik "omma, dengarlah apa yang youngmi nak cakap ni" kataku sedikit takut.

"Kau yang buat anak aku mengandung kan?!" Kata ibu menunding jari ke arah mingyu. Mingyu yang sedar dia akan dikerjakan oleh ibu mula menyorok di belakang aku.

"omma, duduk dulu" kataku menenangkan ibu.

"Youngmi dan mingyu nak jaga bayi ni. Kami nak besarkan dia macam bayi yang lain. Youngmi just perlukan persetujuan omma je" kata ku memberanikan diri.

Omma nampaknya seperti tergamam dengan diri ku. "apa dia? korang nak jaga bayi ni? perlukan persetujuan aku? ! korang ni muda lagi lah! High school pun tak graduate lagi! Ha, your dream? Impian kau macam mana? Kau nak lepaskan je impian kau disebabkan budak ni ke?" Kata ibu meninggikan suaranya.

"omma, youngmi ikhlas nak jaga bayi ni omma. Youngmi kesian dekat dia. Omma bolehlah. Youngmi nak besarkan dia dengan mingyu" kataku merayu kepada omma.

"ikhlas tak ikhlas, aku tak kesah. Ah, takde! Kau gugurkan budak ni! Kau tu satu ii nya anak aku kau tahu tak?! Kalau kau lahirkan budak dalam perut ni, nanti semua jiran pelik sebab kau muda lagi nak mengandung!

Nanti anak kau ni orang ejek anak luar nikah! Kau nak ke?! Ha, satu lagi . Muka aku ni! Muka aku nak letak mana pasal anak tunggal aku ni sebelum kahwin dah mengandung?!" kata ibu mengamuk.

"youngmi tak boleh gugurkan anak ni ommaaaa!" Kataku bangun lalu menjerit sambil air mataku tumpah.

ya, ibu betul. Aku memang akan memalukan ibu sebab anak ni. Tapi, aku tak boleh gugurkan dia. Dia tak bersalah. Maaf, omma.

"youngmi tak boleh gugurkan anak ni sebab youngmi dapat rasa dia omma. Youngmi dapat rasa yang dia perlukan youngmi, ommaa! Youngmi tak sanggup untuk lepaskan dia. Kalau youngmi buat macamtu, youngmi akan rasa bersalah sepanjang hidup youngmi, omma" kataku melepaskan kesemua benda yang dipendam aku selama beberapa hari ini.

"huh" ibu kelihatan tergamam kerana aku sudah berani meninggikan suara kepadanya. Ya, aku tahu aku bukan anak yang baik. Tapi aku tak sanggup nak bunuh anak ni. Dia juga berhak untuk merasa hidup di dunia ini.

Mingyu yang tertunduk itu juga menitiskan air matanya.

Aku menemani mingyu ke luar rumah. "Aku rasa persetujuan omma tak penting. Asalkan omma dan appa kau setuju kiranya okey lah.

Aku minta maaf, mingyu" kataku menahan air mata.

Terlalu banyak kali aku menangis harini. Tetapi sebabnya berbeza-beza.

Ada yang sebabnya aku berasa gembira, sedih , kecewa dan juga rasa serba salah.

Mingyu mencapai tanganku. "No, it's not your fault. Not me and either bayi ni. Takde sape yang salah. Benda dah pun jadi. So kita jangan tengok yang dah lepas, kita tengok yang akan datang okey? Past is the past, youngmi" kata mingyu mengusap lembut pipiku.

Aku tersenyum segaris lalu memeluknya.

"esok lepas aku habis kerja kita pergi check-up eh?" Kata mingyu melepaskan pelukan. "okeyy" kataku bersetuju.

to be continued

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now