4↬

45 18 2
                                    

Hari berganti hari, kandungan usia ku sudah mencecah 8 bulan lebih.

Dan tidak lama lagi aku akan melahirkan anak ini. Perutku yang besar itu aku usap lembut.

"tak lama lagi  baby boleh jumpa mama", kataku kepada perutku seakan-akan bertapak bersama yejin.

Ya, aku sudah memutuskan untuk menamakan bayi ini dengan nama 'lee yejin ' setelah dicadangkan oleh omma.

Omma dan Appa mingyu yang menjaga pakai dan makanku sejak 5 bulan yang lalu. Mereka menjaga ku dengan sangat baik sehinggalah bayi di dalam perut ini juga berisi.

Sedang aku sibuk mengemas bilik aku, tiba ii perutku sakit. Aku mengerang kesakitan . Nasib baik jeritan aku didengari oleh omma dan appa.

Lantas mereka bergegas ke bilikku dari ruang tamu.

"youngmi, kenapa ni?", Tanya appa mingyu. "perut.. youngmi....SAKIT", kata aku memegang perutku.

Tiba ii aku dapat merasakan suatu cecair keluar dari celah kangkangku. "Abang, air ketuban youngmi dah pecah dah tu. Dia dah nak bersalin! CEPAT CALL AMBULANS abang", kata omma menolak appa mingyu keluar dari bilik.

Appa mingyu menelefon ambulans.

wad bersalin hospital 행복

"push, puan. PUSH!", kata doktor itu memberi semangat kepada youngmi. Youngmi meneran semahu-mahunya. Akan tetapi, dia tidak kuat. 

"huh, huh. Tak boleh dah doktor" kata youngmi menangis teresak-esak. Sesungguhnya, sakit yang dialaminya sangatlah teruk sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sedang youngmi ingin berputus asa, tiba-tiba wajah mingyu dan ibunya menerpa mindanya. Kata-kata dan pesanan mereka juga dia teringat.

Dia perlu kuat. Youngmi mencuba sekali lagi untuk meneran. Diterannya dengan sekuat tenaga. 

"UWEK UWEK" , kedengaran suara bayi menangis.  Aku menghembus nafas lega. ( pls, i don't know why I feel this is so embarrassing,)

Aku berasa sangat lemah dan juga sangat mengantuk. Aku menutup mataku lalu duniaku pun menjadi gelap.

Bangun sahaja aku sudah berada di wad biasa. "Youngmi dah bangun? Youngmi okey tak? Nak omma panggil doktor?", Kata omma mingyu sebaik sahaja aku tersedar dari tidur.

"yejin mana omma?", Tanyaku.

Omma mingyu mendukung bayi di sebelah katil wadku lalu dihulurkan kepadaku. Aku dukung bayi itu.

"welcome to the world, sayang", kataku sambil mencium pipi gebu milik yejin.

Sungguh comel si yejin ni. Pipinya gebu dan iris matanya berwarna hitam coklat muda.

Selepas seminggu aku berada di dalam wad itu, akhirnya aku boleh pulang ke rumah. Omma dan appa tidak lekang berkepit dengan yejin.

"cucu, nenek~", kata omma manja. "apa pulak cucu nenek je? Cucu atuk jugak lah", kata appa mula tidak puas hati.  Aku yang duduk hanya melihat .Telatah pasangan ini membuatkan aku tercuit hati.

Secara tiba ii yejin menangis. Panik nenek dan atuknya. "eh, yejin! Nape nangis ni sayang?", Kata omma terus memberi yejin kepadaku.

Aku menyusukan yejin. "dia penat lah tu tengok atuk dan nenek dia gaduh manja tadi HEHEH", kataku mengusik.

Omma dan appa ketawa. "youngmi, omma nak tanya sikit boleh?", Kata omma mula mengambil tempat di sebelahku. " tanyalah, omma", kataku sambil tersenyum.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now