2↬

58 16 5
                                    

 
choi seungcheol ⌝

Sudah genap sebulan aku menetap di London dengan hati yang tidak rela untuk melepaskan si dia.

Bagaimanakah keadaannya?

sihat ataupun tidak?

omma pun dah ambil telefon pintarku yang satu-satunya mempunyai nombor telefon dia. Aku seperti mayat hidup di dalam rumah besar ini.

harap sahaja rumah besar, tapi sunyi sepi seperti tiada penghuni.

omma dan appa outstation di Kanada. Abang aku bekerja di Jepun dan adik perempuanku sedang bersekolah di sekolah baharunya. Aku yang tak tahu nak buat apa ini, terpaksa lah bergoyang kaki tidak membuat apa-apa di rumah.

Walaupun aku ditemani banyak pembantu rumah, aku masih dapat merasakan rumah ini sunyi.

ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ

Rak yang berwarna kelabu gelap itu aku hampiri. Bingkai gambar aku bersamanya aku tatap dengan penuh rindu. Sejujurnya, aku amat merinduinya. Dia adalah cinta pertamaku.

Sehingga pada suatu masa, aku pernah berfikir untuk hidup bersama dengannya seumur hidupku.

Tetapi aku tahu, hatinya bukan milikku.

hatinya milik kawan baikku, iaitu  kim mingyu.

[ flashback ]

Namhi Highschool 🪴

aku menatap Youngmi yang sedang duduk menghadap luar tingkap sambil mendengar lagu menggunakan


aku tersenyum sendiri.

"seungcheol-ah" panggilannya membuatkan aku tersedar dari lamunan ku.

Aku menghampirinya. "wassup!" kataku melambaikan tangan kepadanya. Dia bangun dari duduknya lalu secara tiba-tiba menendang kakiku.

"aduh!" teriakku. Pedih ya amat tendangannya. Betulkah dia ni perempuan? "sakit? Ish, tipulah. Kau laki kut, aku tendang sikit kau kata sakit? Penipu" katanya dalam nada menyampah.

"kau kata tak sakit, youngmi? kaki kau tu dahlah diperbuat daripada besi. Besi level standard high punya kau tahu tak?" kataku sambil mengusap kakiku yang menjadi mangsa tendangannya.

Ha, inilah wanita yang aku cintai.
Lee Youngmi.

Aku mula jatuh hati padanya sejak sekolah menengah lagi selepas dia berjaya menyelamatkan aku daripada dijatuhkan hukuman datang lewat ke sekolah.

Aku pun tak tahu kenapa aku jatuh hati padanya waktu itu. Yang aku tahu pada waktu tu aku dapat merasakan tarikan pada dirinya.

"eh, bila kau nak belanja aku roti cheese dekat kantin, hah?" tanya youngmi sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Aku yang mula teringat akan pertaruhan kami minggu lepas mula ingin melarikan diri daripadanya. Aku berlari keluar dari kelas lalu dikejarnya.

"yah, seungcheol! Kau dah kalah, kau nak lari pulak!! Menyesal aku buat pertaruhan dengan kau!" kata youngmi geram sambil mengejarku dengan kaki pendeknya itu.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now