22↺

50 10 3
                                    

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.

Mak andam yang telah diupah oleh seungcheol sedang sibuk berceloteh di hadapan youngmi.

"Kulit kau sihat dan bagus. Mesti kau rajin jaga muka kan?", Tanya mak andam itu sambil touch up makeup youngmi.

Youngmi hanya mengangguk sambil tersenyum apabila dipuji sebegitu.

Tidak hairanlah mukanya dipuji sihat dan berseri, sudah habis duitnya memborong skincare sahaja. Mahu murung jika kulit masih tidak sihat.

Mak andam itu meletakkan brush makeup ke dalam beg makeupnya. "done! Selamat pengantin baru, mrs choi!", Ucap mak andam itu memeluk youngmi.

Youngmi membalas pelukannya. "cepat-cepat lah bagi adik dekat si yejin tau", usik mak andam.

Pipi youngmi merona merah seperti tomato. "eh, aku terletak banyak blusher ke? Meh aku lap", usik mak andam itu lagi.

Youngmi menampar lembut bahu kurus mak andam.

"Dahlah, aku nak pergi dewan. Jangan risau aku punya makeup tu waterproof. Kalau kau nangis ke berpeluh ke, it's okay. Tak cair", ujar mak andam membawa beg makeup di tangan kirinya.

Youngmi seraya mengangguk tanda faham. Dia kembali duduk di atas kerusi tersebut lalu memandang wajahnya yang dihiasi solekan ringkas oleh mak andam tadi.

"fuh, youngmi. It's okay. Jangan nervous", kata youngmi gelisah. Habis tangannya berpeluh.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Mata youngmi tertancap pada gerangan yang masuk ke dalam bilik pengantin tersebut.

Kelihatan seungcheol yang tampak segak bergaya mengenakan tuxedo hitam bersama yejin di tangannya. Seungkwan juga turut berada di sebelahnya.

"mama!", Jerit yejin berlari ke arah youngmi. Seungcheol menuruti langkah yejin perlahan dari belakang.

Youngmi mendukung yejin. "mama nampak pretty today!", Bisik yejin pada telinga youngmi. Bukan bisikan.. lebih kepada jeritan. Habis tersentak youngmi.

Youngmi mengangkat wajahnya memandang seungcheol. "seungkwan, bawa yejin keluar kejap", kata seungcheol kepada seungkwan .

Seungkwan mengangguk lalu mendukung yejin keluar dari bilik tersebut.

Tangan runcing milik youngmi diraihnya. "thank you for everything, sayang", kata seungcheol.

Walaupun sudah banyak kali seungcheol memanggilnya sayang, tetapi entah mengapa harini dia berasa terharu  dipanggil sebegitu.

Air mata milik youngmi bertakung di tubir mata. Matanya sudah berkaca-kaca.

Seungcheol terkejut, cepat ii dia menarik youngmi ke dalam dakapannya.

"Aku takut kalau dulu aku gugurkan yejin, kau akan bencikan aku dan kau tak akan kembali bersama dengan aku hiks

Aku jugak takut kau akan marah dekat aku kalau aku tak jaga dan besarkan yejjn baik ii. Sebab aku cintakan kau seungcheol.

Aku minta maaf sebab ingat kau hanyalah nak mainkan perasaan aku sahaja. Aku minta maaf, hiks

Aku menghakimi kau tanpa bertanya perkara yang sebenar kepada kau hiks.Sejak aku sedar kau hanyalah mainkan perasaan aku, cinta aku pada kau sudah mati tertanam bumi.

Tapi.. sekarang hiks aku tengok effort kau untuk layan dan sayang yejin walaupun kau tak pernah pun jumpa dia sebelum ni. Perasaan lama telah berbuah kembali.

Aku cintakan kau, seungcheol hiks", habis lencun tuxedo milik seungcheol.

Seungcheol terkesima dengan luahan hati youngmi. Jadi selama ini, dia benci aku sebab dia ingat aku mainkan perasaan dia?

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now