7↬

40 14 2
                                    

❝ flashback ❞

6 tahun yang lalu🌴

"mingyu?", Kataku hairan apabila melihat mingyu sedang bersedih sendirian di gelanggang bola jaring ini.

Sepatutnya aku perlu bertemu dengan seungcheol kerana dia berkata bahawa dia perlu memberitahuku somethang, i mean something.

Mingyu memandangku. Terus dia menarikku ke dalam dakapannya. Aku yang diperlakukan sebegitu terkaku dalam pelukannya. "mingyu?", Panggilku apabila mingyu diam tidak berkutik.

"dia.. dia.. dia reject aku", kata mingyu lalu menangis teresak esak di bahuku. Aku membelai belakangnya lembut.

Mingyu sebenarnya ada crush dekat seorang perempuan sebelah kelas kitorang sejak tahun pertama lagi. Nama perempuan yang berjaya menambat hati si atlet kegilaan wanita ni ialah Hani, Yoo Hani.

"Hani ada cakap kenapa dia reject kau?", Tanyaku sambil meneruskan belaian. "dia.. dia dah ada boyfriend! HUAAAA"terhambur tangisan mingyu.

Aku ni sebenarnya nak gelak tapi kesian pulak. Kang tak pasal-pasal dia murung lebih teruk kang. Sapa nak tanggung? Aku mengeratkan pelukan kami. "It's okay, ramai lagi perempuan kat dunia ni. Nanti kau jumpalah dia", pujukku.

Mingyu berhenti menangis. Air matanya dilap dengan menggunakan hujung lengan bajunya.

"youngmi, aku nak berterima kasih kat kau. Thank you for comforting me", kata mingyu tersengih. Hingus yang meleleh dilapnya. "Pengotor lah kau", usikku.

Mingyu sudah membuat muka cemberut. Segan diusik sebegitu.


Telefon pintar ku berdering minta diangkat. "seungcheol" kataku sedikit teruja. Mingyu di sebelah smirk sambil keningnya terjungkit-jungkit macam kena penyakit.

"hello seungcheol. Kau dah sampai ke?", Tanyaku teruja sejurus panggilan dijawab.

"youngmi, uhm, aku tak boleh jumpa kau lah malam ni. Sorry tau", katanya lalu dia mematikan panggilan.

Aku terpegun seketika. Aku menjadi hairan. Mengapa seungcheol kata begitu? Kenapa nadanya seakan-akan kecewa? Kenapa, seungcheol?

"ha, kau nak gi date eh?", Kata mingyu tersengih. Mingyu tahu bahawa aku mempunyai perasaan terhadap seungcheol sejak kami kecil lagi. Tu dia seronok sakat aku tu.

"haah, tapi tak jadi", kataku sedikit kecewa. "Lah, kenapa?", Tanya mingyu.

Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dengan pertanyaan mingyu. " Aku balik dululah. Babai", kataku tiada semangat.

Mingyu hanya mengangguk.

Aku pulang ke rumah lalu merebahkan diri ke atas katil empuk milikku. Hatiku tertanya-tanya mengapa seungcheol berkelakuan sebegitu.

Akhirnya aku tertidur dek terlalu penat berfikir.

Esoknya aku datang ke sekolah seperti biasa. Aku memerhatikan meja seungcheol.  Mejanya kosong tidak berpenghuni.

Aik? Dia tak datang ke harini ? Hmm.. mungkin dia tak sihat kut.

Aku menjadi semakin hairan. Sudah tiga hari seungcheol tidak datang sekolah tanpa sebab. Apabila aku bertanya kepada mingyu, mingyu juga tidak tahu sebab apakah seungcheol tidak datang.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now