11↬

39 13 5
                                    

Tadika 하늘

"Ish, mana mama ni", kata yejin mencebik di luar pagar tadika menunggu ibunya, youngmi.

"woi! Kau ni yejin kan?", Tanya seorang budak lelaki yang agak berisi itu. Yejin memandangnya. "ye kenapa?", Tanya Yejin.

"kau kan yang takde papa? HAHAHAH kau ni jahat! Tu sebab papa kau tinggalkan kau dengan mama kau", kata budak lelaki itu.

"mana ada! Halmeoni yejin cakap, papa yejin pergi satu tempat yang jauh—. Nanti bila sampai masanya papa yejin jumpalah yejin. Yejin kena sabar je lah", kata yejin membalas.

Ingin sahaja dia cubit lemak milik budak lelaki itu.

"huh bluek! Kau tu jahat! Yejin budak jahat! Tu sebab ayah kau abandon kau! Bluek bluek bluek bluek ", kata budak lelaki itu lagi sambil mengejek.

Yejin bercekak pinggang. Terus ditariknya rambut milik budak lelaki itu. Budak lelaki itu menjerit kesakitan lalu dia terjatuh.

"HUAAAAAAA. yejin jahat! Takde sape nak kawan dengan orang yang takde papa macam kau", kata budak lelaki itu sempat menambah.

"kau ni nak kena lagi ke?!", Kata yejin menunjuk penumbuknya.

Belum sempat yejin ingin menumbuk budak lelaki itu, cikgu kelas yejin datang.
"yejin, kamu buat apa ni?", Tanya cikgu seohyun.

"dia cakap benda yang tak baik pasal papa yejin!", Kata yejin memandang budak lelaki itu seperti nak makan.

" cikgu telefon ibu bapa kamu berdua", kata cikgu seohyun lalu mendail nombor

Yejin mengetap bibir. Takut dia akan dimarahi oleh ibunya.

Tak lama kemudian, ibu budak lelaki itu dan youngmi tiba di tadika mereka. Mereka masuk ke dalam bilik guru.

Cikgu seohyun memberitahu bahawa yejin memukul budak lelaki itu. Mendengarkan benda itu, youngmi menjadi terkejut. Mustahil anak perempuannya akan berbuat demikian kerana dia tidak pernah mengajarnya bergaduh.

Apa sebabnya? Mesti ada sebab kenapa yejin buat macamtu.

youngmi pov

"Hey, you tengok rambut anak i ni", kata ibu budak lelaki itu. Aku memandangnya.

"ye, kenapa dengan rambut anak you?", Tanyaku. "huh, you ni memang tak tahu malu kan? You tau tak berapa nak buat rambut anak i ni?", Kata ibu budak lelaki itu geram.

"alah, setakat rambut. Lagipun kalau you buat rambut anak you berjam-jam pun.. rupa dia bukan makin elok, makin buruk sama macam perangai dia", kata aku geram.

Hampir sahaja tangan ibu budak lelaki itu ingin menampar mukaku. Tetapi ditahan oleh cikgu seohyun.

"Puan janganlah bergaduh dekat sini. Puan youngmi, sebenarnya yejin bergaduh dengan si na-mi adalah sebab na-mi kata yejin takde papa", terang cikgu seohyun.

Aku tersentak. Yejin di sebelah aku pandang.

"huh, patutlah anak kau perangai macam ni. Takde ayah rupanya. Humm, ntah ii budak ni pun kau buat dekat belakang lorong", hina ibu na-mi.

Aku mengetap bibir. Ini dah melampau.

"yejin sayang. Minta maaf dekat na-mi", pujukku tidak ingin mahu perkara ini berlanjutan. Encik wonwoo sedang menunggu di luar dan aku taknak dia tunggu terlalu lama.

𝗯𝗲𝗮𝘂𝘁𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗮𝗰𝗰𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 ❞ ‣ 𝚜𝚌Where stories live. Discover now